Bagaimana kerajaan turki othmaniyah jatuh?
Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing.
Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu.
Di atas semangat kebangsaan, Arab menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah jatuh. Kamal Ataturk ambil alih dengan mendirikan kerajaan secular. Dan kesudahannya berakhir dengan bangsat.
Yang kedua, melagakan umat mengikut mazhab.
majoriti umat Islam adalah bermazhab sunni. Dan kerajaan Othmaniyyah bermazhab sunni (Hanafi). Iran, Iraq dan Lubnan – syiah (bawah pemerintahan syah iran)
Yaman - Mazhab Zaidiyyah. (bawah pemerintahan raja yaman)
Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah.
Syah Iran dan raja Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.
Sekarang, isu nasionalisme dan mazhab sengaja dihidupkan semula.
Sepatutnya isu mazhab hanya dibincangkan dikalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja. tapi hari ini dihidupkan dikalangan masyarakat islam yang cetek pengatahuan agamanya.
Ini bukan menambahkan penyebaran Islam tapi melagakan sesama islam.
Pengikut Syiah, sila berhenti mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin dan para sahabat R.A!
Pengikut sunni, berhenti mengkafirkan syiah!
Jika tidak kita akan dijajah semula.
p/s: saya pernah bertanya kepada seorang ustaz. bagaimana syiiah dan sunni boleh bersatu. jawapnya: tidak, kecuali syiiah berhenti membunuh sunni.
No comments:
Post a Comment