~cinta hadir bersama kebangkitan islam~
Tasnim termenung di tingkap. Leka memerhati. Kanak-kanak kecil berlari berkejar-kejaran di lereng2 bukit. Ibu-ibu menyusui bayi-bayi bakal pahlawan. Pemuda-pemuda berlatih menggunakan senjata. Nenek-nenek tua terenung mengenangkan anak-anak mereka yang disembelih di Dir Yasin dan Halhal. Anak gadis tak berani menjengah keluar. Takut dinodai oleh kedengkian zionis dan kristian yang melata.
Inilah bumiku. Bumi palestin yang diceroboh. Tempat letak al-quds yang mulia. Masjid al-aqsa yang diluka parah.hanya menanti masa untuk dibela.
Mujur dicerun ini ada pelopor islam yang bangkit menggerakkan revolusi. Sheikh izzuddin al-qassam meniup obor perjuangan. Sheikh sayyed Muhammad amin al-husseini setia di bangku mufti, dalam payah masih berusaha mempertahankan kemuliaan al-quds.
Dari jauh tasnim nampak, bayang2 seorang pemuda sedang menuju kearahnya. Bertubuh sasa, tinggi, menyandang senjata. Segera tasnim menutup tingkap kayunya. Dari lubang kecil bekas tembusan peluru, dia mengintai.
Matanya mengecil. Sedaya upaya dia cuba mengecam. Siapa pemuda ini. Kenapa dia datang kearah rumahku. Nenekku tiada dirumah. Hatinya berharap, jangan ada apa2 yang berlaku. Dia masih disitu. Mengintai dibalik dinding.
Tanpa disedari air matanya menderu. jantungnya berdegup kencang. orang yang disangka telah lenyap dari hidupnya kini muncul. Tasnim segera bangun. Berlari ke muka pintu.
Sebaik pintu dikuak, pemuda itu mengangkat dan memeluknya. Tiada kata2 yang keluar. Hanya esak tangis kedengaran.
Zaid naim an-nablus. Abang kandung tasnim yang hilang 3 bulan lalu.seorang anggota pergerakan islam. Kehilangan ahli keluarga bukan fenomena luar biasa. Tasnim sendiri telah kehilangan ibu-bapanya sejak kecil. Hilang tiba-tiba. Tak tahu samada masih hidup atau telah mati. Sejak itu dia dan abangnya dibesarkan oleh neneknya.
Kehilangan abangnya perkara yang sukar untuk tasnim terima. Abangnyalah yang telah mengajar tasnim menulis dan membaca. Selama 3 bulan itu tasnim tak pernah bersuara. Hanya angguk dan geleng sahaja yang menjadi tanda bicara.
Syukur ya allah atas pertemuan ini.
No comments:
Post a Comment