Sunday, February 12, 2012

hari kekasih

manusia ini macam2 bodohnya. sepatutnya tak perlu lagi rakyat Malaysia yg Islam memerlukan majlis fatwa untuk putuskan bahawa amalan meraikan valentines day itu adalah haram.

kebodohan ini dicipta oleh media massa. berapa banyak tagline yang menggalakkan sambutan valantines day. luahkan kasih sayang anda. expresskan cinta anda. korang kene tahu,
tv dan radio itu hanyalah bisnes thing. nak kaut untung. then mula la segelintir pihak kata, benda ni just to show our love. xsemestinya dengan kekasih. dengan mak ayah pun boleh. kawan2. guru. suka-suka je. bukan nak buat dakyah cristian.

cuba mengaji sejarah sikit. ambik contoh mudah la, kita xberniat nak sembah patung. tapi kita pegi bakar colok dan buat ritual cara menyembah patung dengan alasan saja nak meraikan kawan2 yg bukan islam.

sejauh mana kesedaran kita terhadap bodohnya sambutan2 seperti ini. dan sejauh mana kita celik dalam menilai baik buruk sesuatu situasi.


No comments:

Post a Comment