~serang dengan terang!
Selesai solat subuh berjemaah. Zaid tak segera bangun. Dia masih duduk disitu. Satu persatu jemaah mula meninggalkan masjid. Dia terkenang ayah dan ibunya. Ayah seorang penjual roti. Ibu pula suri rumah. Ayah dan ibu akan bangun sebelum subuh untuk mengguli roti. Bila masuk subuh, ayah dan ibu akan berhenti berehat. Ayah ke masjid ibu menyiapkan sarapan. Balik masjid, ayah akan membakar roti. Dan selesai bakar, ayah akan menjaja di sekitar kota dengan menaik motor. Begitulah rutinnya saban hari. Zaid tersenyum mengenang memori indah, sambil mulutnya berkumat-kamit membaca doa untuk ibu bapanya.
Pagi itu, mentari musim sejuk menyingkap ketebalan kabus di kota Nablus.mentari kelihatan indah memancarkan cahaya. Kadang2 pantulan yang silau menyulitkan pandangan. Tapi zaid gembira. Sudah lama tak merasa ketenangan begini.
Kota Nablus senyap. Bunyi burung pun tiada. Zaid merasa hairan. Lain benar rasanya hari ini. Dalam mindanya tertanya, kenapa tak nampak kereta2 kebal Israel yang biasa parking di sini. Zaid berjalan laju melintasi lorong2 berdinding batu. Berjalan menuju ke masjid Mustafa. Ada sedikit perbincangan dengan sahabat2 seperjuangan.
Tiba-tiba zaid terdengar bunyi sayup jet pejuang dari atas langit. Zaid mendongak. 4 buah jet pejuang milik Israel sedang berlegar di atas kepalanya. Hati zaid mula berdegup kencang. Dalam hati berharap, jangan ada apa2 yang berlaku.
Dia melihat jet pejuang itu mula meluncur beriringan dan merendahkan levelnya. Betul2 hampir dengan menara2 masjid. zaid tersentak dan terkejut. Sekilas, dia terlihat jet itu seperti mengeluarkan sesuatu dari perut bawahnya.
Ya allah….
Bom! Bom! Bom!
Zaid tercampak. Api melambung ke langit. Lalu merasa ketulan batu-batu besar menghempap dirinya. Satu persatu rumah meletup. Zaid nampak rumah2 sedang terbakar. Segera zaid menolak batu2 yang menghempap dirinya. Zaid berlari ke arah menara masjid Mustafa yang sudah terlihat di hadapannya. Air matanya mengalir.
Kakinya terasa perit.namun akal mengingatkan dirinya agar segera bangkit berlari sekuat tenaga ke tempat di mana sahabat2nya berkumpul. Zaid berlari sekuatnya sambil melaungkan2 nama allah.
Hatinya bagai disiat pedang. Menara masjid masih teguh. Tapi ruang utama telah musnah. Hancur. Roboh.
Zaid segera mengangkat batu2 yang termampu olehnya. Tangnnya menggigil. Dia tak tahu batu mana yang harus diangkat. Mulutnya menjerit2 nama HusSsin. Basyir. Saad. Muaz.
Akhirnya dirinya rebah mencium bumi. Menjerit sekuat hati. Tak ada lagi sebarang bunyi kedengaran. Jet pejuang Israel telah beredar meninggalkan runtuhan2 binaan itu. Keadaan sekeliling sunyi sepi. Yang dengar hanyalah bunyi halus marak api yang sedang membakar bongkah2 kecil.
***
Kehilangan demi kehilangan. Zaid tekad. Biar aku mati dari mempertahankan bumiku.
Kompleks kerajaan yg terletaknya jabatan perdana menteri Israel Yitzhak Shamir dan menteri2 lain di al-quds meletop. Ini balasan kami untukmu. Bisik hati kecil zaid.
Kumpulan syahid kamal adwan telah melancarkan operasi. 80 tentera Israel mati dan ramai yg cedera. Tentera jihad islam menyerang balas di kawasan bab al-magharibah di al-quds. Kumpulan ini dilancarkan bg membalas pembunuhan yg dilakukan oleh jentera mossad Israel terhadap komred kernel Khalid nizal, setiausaha jawatankuasa pusat barisan demokratik. Juga letupan masjid Mustafa di Nablus.
Akhbar al-sharq menyiarkan – kumpulan ghassan kanafani di ghazah telah menyerang hendap satu rondaan askar Israel dan berjaya menghapuskan semua anggota rondaan itu.
Akhbar haqiqah – kumpulan al-fatah telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan .
Pertubuhan pembebasan palestin (plo) di tunis juga mengaku bertanggungjwb keatas operasi yg telah berjaya menghapuskan anggota yang menjalankan rondaan Israel termasuk seorang pegawai badan al shin beth Israel. Manakala jeneral ishak mourdkhai panglima kawasan selatan di Israel mengaku bahawa 4 orang gerilla yang telah melancarkan serangan itu yang telah mati syahid adalah anggota “ pertubuhan jihad islam” yang telah bergerak secara cergas sejak setahun lalu di bumi palestin yang ditakluki.
***
Zaid menampal poster di dinding2 jalan. Ramai kanak2 mengerumuni poster tersebut. Zaid berlalu pergi. Sepanjang perjalanan dia tunduk. Hatinya panas. Kadang2 ada air jernih mengalir di pipinya. Itulah poster nama-nama para syuhada yang telah terkorban dalam serang balas di wilayah gazzah. Ada juga yg tertangkap oleh askar Israel, itu lebih merisaukan zaid. Tak tahu bagaimana sahabat2nya akan diseksa ditahan itu.
“Kenapa sekarang kita berlumba-lumba diantara pertubuhan dalam mengaku melancarkan operasi2? Ya memang ini yang sepatutnya. Kita berlumba untuk mendapatkan kemuliaan melancarkan serangan terhdap musuh dan itulah yang dituntut, terpuji dan patut mendapat ucapan terima kasih.” Kata zaid dalam perjumpaan gerak kerja dalam pasukan pertubuhan jihad islamaiah kawasan Nablus.
Mereka menggelar diri mereka sebagai “al-muqawamah”.
Katanya lagi, “ ini bertepatan dengan firman Allah, dalam kitabnya yang mulia- amalam serupa inilah yang mesti dilakukan oleh orang-orang yang beramal, dan pada yang demikian itu hendaklah orang-orang berlumba melakukannya.”
“ Adapun berlumba-lumba mengaku dan mengeluarkan kenyataan, maka itu tergolong dalam golongan munafiq. Sengaja mencari keagungan kosong yang dibina atas asas yang kosong serta menenggek atas perkiraan orang lain yang rela lapar, di penjara, mati dalam penjara, disebat, menentang serta berjuang dengan mengunakanpisau2, batu dan bom. Ingatlah, sebesar-besar dosa dissisi allah ialah kamu berkata, tapi kamu tidak melakukan.”
zaid cuba meniup semangat dalam hati anak2 muda. membina rekrut baru. muda sungguh anak2 ini. jangan bersedih sayang, walaupun kalian kecil, aku tahu hati kalian besar. kamulah penyambung mata rantai perjuangan.
Misi kita sekarang, serang dengan terang!
No comments:
Post a Comment