Hamah ialah nama sebuah bandar dalam negara Syria yang terletak di sebelah barat kira-kira 210 km dari Damsyik, ibu negara Syria.
Penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Hamah berlaku pada 2 Februari 1982
Ia adalah satu operasi ketenteraan yang terbesar dilakukan oleh tentera Syria bagi menghadapi kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan politik di Syria
Operasi tersebut dinamakan "Operasi bumi hangus" kerana dua pertiga pekan dan kampung dalam Hamah musnah termasuk 88 buah masjid dan 3 buah gereja dirobohkan.
Operasi berlaku selama 27 hari.
Angka korban antara 10,000 hingga 40,000 dari kalangan rakyat awam dan majoritinya beragama Islam
15,000 orang lagi dilaporkan hilang
Memaksa lebih 100 ribu orang berpindah dari bandar tersebut
Ketua operasi ialah Rifa'at Al-Asad, adik kandung Hafiz Al-Asad, Hafiz adalah bapa Bashar Presiden Syria sekarang.
Operasi menggunakan meriam, kereta kebal, kereta perisai selain ketumbukan tentera terlatih dan askar tetap.
Pada awal 1982, pasukan Rifaat menamatkan ancaman Ikhwan Muslimin dengan mematahkan pemberontakan di bandar Hamah.
Angka korban berikutan serangan meriam selama tiga minggu dan pertempuran di bandar itu menjangkau 5,000 hingga 10,000 orang, kata Patrick Seale, seorang penulis biografi Hafez dan Rifa'at al-Assad.
Penduduk Hamah tetap mengadakan sambutan memperingati tragedi hitam dalam sejarah negara hingga sekarang dalam jiwa dan sanubari keluarga mangsa yang terkorban atau yang hilang. Apatah lagi, sejak peristiwa berdarah itu, penduduk Hamah dilayan seperti orang terbuang atau sebagai pengkhianat negara.
No comments:
Post a Comment