Tuesday, February 14, 2012

Deru cinta intifadah (2)

“telah kita cuba marxisme, sosialisme dan segala macam teori lain dalam tempoh 20 tahun ini.tapi kita tetap kalah dalam peperangan. Tapi jangan gusar sahabat-sahabat.percayalah kemenangan itu hanya datang dari allah. Tugas kita hanya berusaha. Berusaha menegakkan islam dalam diri. Juga berusaha mendirikan Negara islam yang berpandukan syariat islam.”

Berkobar-kobar zaid naim berbicara. Dihadapannya berkumpul berpulh-puluh pemuda sedang asyik mendengar ucapannya.

“wahai sahabat, percayalah. Zaman ini adalah zaman perubahan. Ramai pemimpin gerakan islam hari ini dulunya adalah anggota marxisme, komunisme, dan sekularisme. Aku telah mngalami sendiri dan melihat perubahan ini. Baru aku sedar rupanya selama ini segala slogan dan janji2 mereka adalah palsu. Lalu mereka berpaling tadah dan bersama kita. Kita harus mengalu-alukan perpindahan ini.”

“ tengok saja sheikh Muhammad abu toir. Dulu dia seorang nasionalis yang berbisa kalam-kalamnya. Seorang warga Saudi yang keras dengan nasionalisnya. Tapi kerana dia dituduh bekerjasama dengan pertubuhan2 gerakan islam palestin, dia dipenjara selama 10 tahun. Dengan maha kuasa allah,akhirnya dia menjadi seorang fundamentalis silam yang benar2 mendalam tentang agama ini. Jadi sahabat2, jangan kita sisihkan mereka. Ini adalah zaman kita. Kita yang membangkitkannya. Hanya islam yang mampu membebaskan palestin”

***

Kisah ustaz abu toir begitu menjadi kebanggan penduduk palestin. Zaid naim saja sering bercerita mengenainya dalam ucapan-ucapannya. Bangga.

Tanggal 10 1987. Berlaku satu peralihan fenomena. Ramai orang berpaling dari sekularisme kepada islam. tanda bahawa umat akhir ini semakin mengambil berat tentang urusan kebangkitan islam di palestin, serta mengamati kesan-kesannya dari segi politik.

Perihal ustaz abu toir yang telah bertukar kepercayaan dari kepercayaan kebangsaan kepada kepercayaan islam dilihat sebagai satu penjelmaan terhadap apa yang sedang berlaku kepada pergerakan2 penentangan orang arab terhadap penaklukan Israel.

***

Tasnim berdiri ditepi pintu masjid. Di tangannya ada sebuah quran kecil peninggalan ibunya, dia mengahafaz ayat2 al-qurqn sementara menunggu abangnya. Dari tadi abangnya seperti sudah habis urusannya. Sudah siap mengimamkan solat asar. Sudah siap menyampaikan tazkirah. Sudah siap bersalam-salaman dengan para jemaah. Tapi sampai satu jam masih belum muncul2 juga. Tasnim nampak dari jauh, ada saja orang yang menyapa abangnya. Berbicara apalah orang2 ni. Aku pun mahu bersama abangku. Bingkis tasnim dalam hati.

“abang…. Kenapa lambat sangat? Dah nak magrib dah ni. Pagi tadi kata nak belikan tasnim buku.” Tasnim menarik muka masam apabila abangnya tiba.

“alaaa…sory la. Abang minta maaf ye. Tadi ramai pula orang nak berbincang dengan abang. Abang minta maaf sangat. Jom, jom. Kita pergi cepat. Takut nanti kedai buku tu tutup.”

Zaid menarik tangan adik kesayangnnya. Dia tersenyum melihat adiknya yang masih merajuk.

“eiiii, janganla masam muka lagi. abang ikat muncung ni kang.” Zaid mencubit bibir adiknya. Tasnim segera berlari kedepan untuk mengelak. Tasnim gembira.

Selama ini dia hanya melihat saja kanak2 sebayanya membaca buku. Dia pun pandai membaca.tapi hanya belajar membaca dari sebatang kapur dan menulis diatas simen. Jika kapurnya habis dan tiada duit untuk beli, dia akan gunakan ranting kayu untuk menulis diatas pasir. Kadang2 dia dapat surat khabar lama dari jiran-jirannya. Hanya itu sumber bacaannya.

Walaupun begitu tasnim bukan seorang yang suka mengeluh. Walaupun dia baru berumur 11 tahun. Dia matang dalam berfikir. Dia tahu hidupnya susah. Neneknya sedaya upaya menyara kehidupan mereka 2 beradik dari hasil upah menjahit. Semenjak Israel masuk kenegerinya dia tahu keadaan hidup menjadi semakin susah. Cuma kadang-kadang dia sangat ingin mempunyai sebuah buku yang ada gmbar dan warna di dalamnya.

***

Pecan Nablus dulu meriah. Kini banyak binaan telah musnah dibedil bom. Kedai yang beroperasi boleh dibilang dengan jari. Mujur satu-satunya kedai buku masih disitu. Tasnim segera berlari masuk kedalamnya.

Waaahhh…tasnim sangat gembira. Semua buku dihadapnnya berwarna- warni menarik perhatiannya.

“abang, abang. Cepatla. Anim boleh beli yang mana satu ni?”

Abangnya tersenyum dari luar. “tengokla dulu yang mana tasnim suka.pastu tunjuk kat abang.”

Zaid menyeluk koceknya. Duit yang ada tak seberapa. Duit itulah untuk beli tepung yang dah lama habis. Duit itulah juga untuk beli ubat untuk neneknya yang sering batuk akhir-akhir ini.

Hati kecilnya berbisik “ya allah, engkau yang mencukukpan segala yang kurang.”

Tasnim berlari kearahnya. “abang, abang. Boleh x tasnim nak yang ni?” tasnim menghulurkan sebuah buku berwarna pink kepada abangnya. Sebuah buku cerita kanak2.

Zaid ambil dan membeleknya. Buku cerita 1001 kisah. Dalamnya penuh dengan kisah2 dari barat. Cinderella, Aladdin, repunzel. Tasnim memandang dengan penuh harapan. Sangat berharap agar abangnya membenarkan.

“hmmm…”

Zaid berdehem, sambil tangannya terus membelek buku tersebut.

“kejap ye tasnim. Jom kita cuba tengok2 dulu buku lain. Zaid pergi ke satu rak. Atasnya tertulis – usebook. Zaid mencapai satu buku didalam rak itu. Kulit depannya berwarna coklat. Didalamnya tidak bergambar. Tiada warna. Di depan buku tertulis ‘wanita-wanita dalam hidup rasulullah.’

“haaaa…buku ni lagi bagus tasnim. Abang rasa lebih baik kita beli buku ni. Dibeleknya dari muka ke muka. Buku itu buku lama. Warna ketasnya juga sudah kekuning-kuningan.

Tasnim diam. Dia cuba menahan rasa.dia tak mahu buku itu.dia mahukan buku yang dipilihnya tadi. Tapi kerana abnagnya sudah berkata demikian, dia x berani membantah. Dia tahu abangnya bukan ada banyak duit. Memang buku ini jauh lebih murah dari buku yang dipilihnya tadi.

“tasnim suka x?” tanya abangnya.

Tasnim angguk. Matanya memandang lantai. Cuba menyembunyikan kelopak mata yang bertakung. Melawan perasaan sendir. Dalam hati dia x mahu mengecewakan abangnya. Tapi dia sangat berharap untuk mendapat buku yg dipilihnya sejak dulu lagi.

Zaid membayar buku tersebut lalu memberi kepada adiknya. “ nah, untuk tasnim. Cakap apa?”

“terima kasih abang”.

***

Dalam perjalanan balik, mereka melintasi banyak masjid. Dulu tanah semenanjung gaza ini mempunyai 200 masjid. Tapi kini tedapat lhampir 600 masjid. Inilah bukti kelahiran komuniti islam yang besar di gaza dan tebing barat. Zaid cuba menduga walaupun pemerhatiannya tidak menyeluruh, tapi itulah yang sepatutnya. Bertambah masjid menunjukkan bertambah suburnya islam dikala itu.

Bersambung….

~serang mereka dan jangan undur.

1 comment:

  1. menarik dgn gaya yg santai tapi rasanya backgraound rumah dinding kayu tk tepat bagi rumah di daerah sebelah sana...
    ad potency utk jd penulis....

    dr umi..

    ReplyDelete