Friday, March 23, 2012

golongan garis keras masih kuat bersarang.

akhirnya mereka menjadi bahan jenaka.

teruskanlah dengan otak di otot.

dunia selama2nya masih memerlukan otot untuk memajukan negara.

tapi boleh jadi juga sampai satu masa robot yg akan menggantikan mereka.

waktu itu, fikirlah posisi kalian dimana.



p/s: post terakhir untuk tahun ini. sy nak fokus utk final exam. perlahan2 aku mengundurkan diri.....

Thursday, March 15, 2012

Deru cinta intifadah (5)


~ israel, kau gila!~


Matahari tegak diatas kepala, namun cahaya yang panas memijar itu tidak dihiraukan oleh mereka. Tekun bekerja sejak dari pagi, membina sebuah masjid bagi kegunaan penduduk kota. Masjid dibina atas tanah masjid. Bukan membetulkan, tapi membina semula kerana masjid yang asal hanya tinggal debu. Hasil bedilan bom apatche Israel.


Tiba waktu zohor, mereka berhenti untuk solat dan berehat. Kemudian kerja itu disambung semula hingga ke senja. Kerja menjadi mudah selepas asar kerana ramai penduduk datang membantu. Mungkin mereka baru selesai urusan masing2. Anak2 kecil juga tidak ketinggalan. Walau tak banyak membantu, mereka menceriakan keadaan.

“Tentera Islam bukan saja gagah di medan perang tapi juga mahir bertukang dan membina bangunan.” Puji seorang pakcik tua kepada anak2 muda itu. Pakcik itu duduk di atas batu sambil menyanyi2 kecil. Kadang-kadang dia menepuk tangan. Walaupun buta, pakcik Nasir pandai bergerak diposisinya. Pembakar samangat anak muda.

Sedang semua orang sibuk bekerja, tiba2 sekumpulan kanak2 berlari sambil menjerit. “ Kereta kebal datang. Kereta kebal datang. Kereta kebal datang.”

Ibu2, anak2 dan orang ramai mula beredar. Melarikan diri dari bertembung dengan robot yang berhati perut itu.

“Umar, kau tak nak balik ke?”

“Kau baliklah. Aku nak siapkan dinding ni.”

“Jangan Umar, aku takut diorang menyerang nanti. Diorang mana boleh nampak kita buat masjid. Kalau kau takde kat sini, sekurang-kurangnya tentera Israel tak tahu yang kita tengah buat benda ni.”

“kalau kau takut sila balik.”

Nada umar sedikit naik. Tangannya masih bergerak menyusun batu-bata di dinding masjid.

“Baik. Aku disini bersama kau.”

Asalnya kawan2 mereka juga ingin beredar, tapi bila nampak Umar dan Ubai teruskan bekerja, mereka rasa terpanggil untuk bersama. Lalu semua kawan2 mereka tidak berganjak.

5 buah kereta kebal jenis MK-2 Matilda melintasi kawasan masjid. 'Alhamdulillah, diorang tak perasan kita kat sini.' Bisik umar dalam hati.

Tiba2, kereta kebal yang terbelakang sekali berhenti. Lalu berundur. Berhenti semula betul2 didepan Umar dan kawan. Seorang tentera Israel keluar dari perut besi.

“Kau buat apa?”

“Simen dinding.” Jawap umar tanpa mengangkat muka.

“Kau nak mati?”

Umar diam. Semua diam. Umar ambik batu dan teruskan menyusunnya.

“Aku cakap dengan kau ni. Kau pekak ke?”

Umar terus bekerja.

“Hoi orang islam bodoh. Kau nak rasa peluru ni? Kau tau x. harga sebijik peluru ni lagi mahal dari nyawa kau.”

“Kalau mahal kamu sepatutnya simpan.” Balas umar tanpa menoleh.

Tentera itu menarik picu senapang dan menghala ke arah kepala umar.

Ubai tak tahan lagi. Batu bata yang dipegangnya sejak tadi dihayun terus ke tengkuk si yahudi. Darah memancut, terpercik ke muka umar. Tentera itu terjatuh dan terkulai. Kepalanya pecah.

Tangan Ubai menggigil. Tiba2 4 buah kereta kebal yang sudah melepasi kawasan itu berpatah semula. Pasti kawan si tentera yang didalam kereta kebal itu yang memanggil mereka.

“Lariiiiiiiiiiiiiiiii……”

Bertempiaran mereka lari di celah2 bangunan2. Dalam masa beberpa minit, jip2 dan motosikal berkuasa tinggi tentera Israel tiba. Mereka memanggil konco2 mereka untuk menangkap Umar dan rakan2.

Peluru dilepas rambang. Ubai terjelepok. Peluru menebusi tulang belakangnya. darah membuak2 mengalir. Severe hemorrhage. complete spinal cord transection.

Umar menjerit memanggil nama Ubai. Segera dia memanggku ubai di ribaannya. Darah panas mengalir dirasa. “Maafkan aku ubai. Maafkan aku ubai.”

Ubai tersenyum. Mulutnya terkumat kamit seperti membisikkan sesuatu. Tapi tiada suara kedengaran. Bunyi peluru semakin mengganas.

Ubai angkat tangan dan mengusap pipi sahabatbaiknya. Berusaha untuk berkata2. “Tolong jaga ibu dan adik2 ku.”

Peluh sejuk merecik keluar. Perlahan-lahan, deria rasanya mula hilang. Pandangn menjadi kabur. Kejang. lumpuh kedua belah kaki dan tangan. Loss of bladder and bowl voluntary control. akhirnya...

Mata terpejam. Mengalir air mata. Jantung tidak berdegup lagi.

Dalam hiba umar mendukung jasad sahabatnya untuk dibawa ke tempat selamat. “Tunggu aku di syurga Ubai.” Bisik umar ke telinga ubai.

Tentera Israel semakin menggila. Pembesar suara dipasang. “Kepada mereka yang membunuh kawan kami disini tadi. Sila serah diri sekarang atau aku akan tembak semua rumah di sekitar masjid ini.”

1

2

3

4

5

6

7

8

….

Umar keluar dari persembunyian. Semua senapang diacu ke arah Umar.

Seorang tentera berjalan kearahnya dan mengikat tangan Umar kebelakang. Dia dibawa masuk ke dalam truck. Bila pintu dibuka umar terkejut, ramai kawannya disitu. Ada yang berdarah di tangan. ada juga berdarah di kepala.

pang!!! pintu truck dihempas. gelap. Langsung tiada cahaya. Mungkin juga tiada lubang udara. Bau darah menyengat ke lubang hidung.

Bunyi enjen mengaum bila dihidupkan. Truck bergerak. Selang beberpa minit truck berjalan, Bom! Bom! Bom! Beberapa letupan kedengaran.

"Penipuuuuuuu....!" Umar menjerit dari perut truck. Tentera yang memandu ketawa berdekah-dekah.



DALAM kekautan, Zaid masih cuba untuk tersenyum. Dia sedang merawat seorang kanak2 lelaki yang hancur tangannya dibedil roket. Anak kecil itu terbaring diatas katil sambil menahan diri dari menangis. Mungkin juga sudah tidak berdaya untuk menangis sambil menahan kesakitan. Namun dia masih mahu bertanyakan nasib adiknya apakah masih hidup atau tidak. Adiknya berada diatas lantai. Dia terkena peluru di bahu kanan. Tidak meraung. Hanya air mata mengalir laju. Mungkin kerana takut melihat keadaan abangnya yang lebih parah darinya.

Zaid sedaya upaya membuatkan anak-anak ini "ketawa" seketika untuk menghilangkan rasa takut dan sakit kerana ubat-ubatan telah habis dalam simpanan.

Zaid berbisik kepada adiknya di sebelah. “Tasnim, tolong balik rumah kejap. Abang ade sikit gula2 dan coklat. Abang letak dalam plastic, kat bawah katil. Sebenarnya abang nak hadiahkan untuk tasnim. Tapi, boleh tak kalau abang bagi dekat budak2 ni dulu. Nanti abang beli yang lain untuk Tasnim ye. ”

Mata tasnim berkaca. Dia mengangguk laju.

"Tolong ambikkan ye sayang. Baik2 jalan."

Tasnim segera berlari keluar.

Dalam hati zaid. "Israel, kau gila!"


Bersambung siri 6- peristiwa lari dari penjara yang menggegarkan pihak berkuasa israel.

Tuesday, March 13, 2012

Allah sangat baik.

"syarfa, henpon saya hilang."

"hah? kauthar!!!!! bila? kat mana? macamana boleh hilang?"

"hmmm... mlm tadi. masa balik dari liqa'. rasanya terjatuh depan istad."

"ya allah kauthar. awak dah try carik ke belum? dah call henpon awak? ada orang angkat tak?"

"hmmmm.... dah call pagi tadi. xde orang angkat. awak jangn bagitau sape2 e syarfa. xpelah. benda dah hilang. xnaklah bising2. saya redha. ustaz cakap, letaklah harta di hujung hati, jika hilang kita tak sedih. hmmm... dah la tu. biar je lah."

"heiiii...awak dah cuba carik ke belum? awak dah tanya2 orang kat situ x? ntah2 ada lagi kat situ. eh dah2. habiskan air tu. kita pergi cari depan istad sekarang jugak."

syarfa segera meneguk kopi panas di tangan. guk3. cepat2 dia campak dalam tong sampah. kemas2 buku2 dia yang besepah. bangun. lalu pandang ke arah saya.

"kauthar! bo bo. takyoh make batotis tu. habiskan air tu cepat. batotis tu make dale teksi. cepat!!!!!"

"haha...alaaa syarfa. kok ye pun. tunggu le saya minum kopi ni dulu. berasap lagi ni ha. haiiii....ntah ade ntah tidak henpon tu. barang2 camni, once dah tercicir. let go je lah. xyah fikir lagi. mestila dah ade orang yang ambik. saya x sedih pun. mungkin bukan rezeki saya."

syarfa dah bangun dari tempat duduk. tengah tunggu saya habiskan kopi. saya pun xtau camna dia boleh teguk air yang panas ni laju2. cawan saya penuh lagi.

sementara tunggu saya habiskan kopi yang berbaki, syarfa sibuk duk menelefon hp saya. berkali2 diulangnya. tapi xde jawapan. saya pandang takde perasaan.

tiba2, hp syarfa berbunyi.

"waalaikumsalam. ye aisyah."

"hah? henpon kauthar ada dengan awak? ada pakcik arab bagi?"

aku dengar sebijk2 apa yang diorang bualkan. tiba2...... ya allah.

aku terasa seperti ditampar.

sebak.

aku x layak ditemukan kembali dengan barang yang hilang itu. aku x berusaha. aku x berdoa. aku x bertawakal. aku hanya tahu nak sedapkan hati aku je. sebab tu aku terus lupakan. bukankah itu tandanya cepat berputus asa? sedangkan allah suruh kita berusaha, berdoa, bertwakal. barulah akhirnya redha. tapi aku........ aku silap. aku yang salah. aku bukan hambanya yang berusaha. allah menegur aku dengan kelembutannya. dengan kasih sayangnya.

sekali allah tunjuk, baru aku tersentak. baru nak nampak. sedangkan selama hayat ini, kita hidup bawah rahmat allah. dibawah kasih sayang allah. tapi, kita ni manusia yang kurang bersyukur.

allah sangat baik. allah sangat baik...... terasa seperti bukan hambanya yang bersyukur. bukan hambanya yang setia. sungguh aku terasa. allah menegur sikapku. maafkan aku ya allah.

maafkan aku...



p/s- terima kasih mas kerana ada disaat empangan ini pecah.

Friday, March 9, 2012

Silap undang2 atau kerajaan?

pertama. Imam hoslan, membaling kasut ke muka hakim mahkamah. Akibat dari tindakan itu, beliau dipenjarakan selama setahun. Tapi apa kisah utama dia masuk ke mahkamah? hakim terlupa?

Kedua. Pak Najib sibuk berbicara soal negara,soal hak pekerja. pekerja-pekerja di kawasan parlimen Pekan terus ditindas. Selamat menindas pekerja Najib!

ketiga. Sokongan politik adalah hak peribadi. Tapi ini tidak berlaku. 1Malaysia hanyalah satu slogan. Seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ditarik kembali bantuan hanya kerana beliau adalah penyokong pembangkang.

Keempat. Kerajaan Malaysia beri jaminan syarikat lynas akan bawa pulang bahan buangan ke Australia. Gila. Sudah buang air besar di rumah orang. Mana ada orang bungkus dan bawa pulang ke rumah sendiri.

yennadeyyy!

Di depan itu ada neraka

Tak sedarkah kau akan asalmu
Tak lihatkah kau akan Kebaikannya

Kau hanya setitis air yang hina
Kemudian di bentuk dengan kesempurnaan ilmunya
lalu kau hidup dengan rahmatnya
Bila kau akan sedar Yang hidup ini sementara
Tapi mengapa kau seolah mengekalkan hidupmu dari kebodohan dalam mengingatNYA

Kuasakah kau akan dirimu
Ketika dia mengambil kembali akan miliknya

Tidak
Tiada kuasa yang akan bisa menahannya

Sumpah yang diabaikan
Kau tak peduli posisimu sekadar hamba

Bebas tanpa percaturan
Tak sadar diri akan mati
Tak ingat tuhan sedang mengawasi

Sampai satu saat Kau akan dihujung
Tak mampu lagi kembali

Berujung usia
Menjadi bangkai yang hina
Tanpa menundukkan hati kepadanya.
Di depan itu ada neraka.

Friday, March 2, 2012

sudah lama tidak lepak di bilik pada hari jumaat.

sudah lama tak ke pasar membeli ikan dan ayam. makan telur setiap hari.

sudah lama tidak lunch bersama family mistres hermanas. walaupun hanya bertiga, tapi jadual yang pack tak mengizinkan kami makan bersama.

sudah lama tidak menulis cerita2 dalam kepala.

sudah lama.....

aku nak tulis kat status fb. tapi ade orang kata nak bercerita perasaan jangnlah dalam fb. so, aku tulis dlm blog aku je la.

i love you. hayati dan fatihah.

love.love.love.