"syarfa, henpon saya hilang."
"hah? kauthar!!!!! bila? kat mana? macamana boleh hilang?"
"hmmm... mlm tadi. masa balik dari liqa'. rasanya terjatuh depan istad."
"ya allah kauthar. awak dah try carik ke belum? dah call henpon awak? ada orang angkat tak?"
"hmmmm.... dah call pagi tadi. xde orang angkat. awak jangn bagitau sape2 e syarfa. xpelah. benda dah hilang. xnaklah bising2. saya redha. ustaz cakap, letaklah harta di hujung hati, jika hilang kita tak sedih. hmmm... dah la tu. biar je lah."
"heiiii...awak dah cuba carik ke belum? awak dah tanya2 orang kat situ x? ntah2 ada lagi kat situ. eh dah2. habiskan air tu. kita pergi cari depan istad sekarang jugak."
syarfa segera meneguk kopi panas di tangan. guk3. cepat2 dia campak dalam tong sampah. kemas2 buku2 dia yang besepah. bangun. lalu pandang ke arah saya.
"kauthar! bo bo. takyoh make batotis tu. habiskan air tu cepat. batotis tu make dale teksi. cepat!!!!!"
"haha...alaaa syarfa. kok ye pun. tunggu le saya minum kopi ni dulu. berasap lagi ni ha. haiiii....ntah ade ntah tidak henpon tu. barang2 camni, once dah tercicir. let go je lah. xyah fikir lagi. mestila dah ade orang yang ambik. saya x sedih pun. mungkin bukan rezeki saya."
syarfa dah bangun dari tempat duduk. tengah tunggu saya habiskan kopi. saya pun xtau camna dia boleh teguk air yang panas ni laju2. cawan saya penuh lagi.
sementara tunggu saya habiskan kopi yang berbaki, syarfa sibuk duk menelefon hp saya. berkali2 diulangnya. tapi xde jawapan. saya pandang takde perasaan.
tiba2, hp syarfa berbunyi.
"waalaikumsalam. ye aisyah."
"hah? henpon kauthar ada dengan awak? ada pakcik arab bagi?"
aku dengar sebijk2 apa yang diorang bualkan. tiba2...... ya allah.
aku terasa seperti ditampar.
sebak.
aku x layak ditemukan kembali dengan barang yang hilang itu. aku x berusaha. aku x berdoa. aku x bertawakal. aku hanya tahu nak sedapkan hati aku je. sebab tu aku terus lupakan. bukankah itu tandanya cepat berputus asa? sedangkan allah suruh kita berusaha, berdoa, bertwakal. barulah akhirnya redha. tapi aku........ aku silap. aku yang salah. aku bukan hambanya yang berusaha. allah menegur aku dengan kelembutannya. dengan kasih sayangnya.
sekali allah tunjuk, baru aku tersentak. baru nak nampak. sedangkan selama hayat ini, kita hidup bawah rahmat allah. dibawah kasih sayang allah. tapi, kita ni manusia yang kurang bersyukur.
allah sangat baik. allah sangat baik...... terasa seperti bukan hambanya yang bersyukur. bukan hambanya yang setia. sungguh aku terasa. allah menegur sikapku. maafkan aku ya allah.
maafkan aku...
p/s- terima kasih mas kerana ada disaat empangan ini pecah.
No comments:
Post a Comment