Thursday, March 15, 2012

Deru cinta intifadah (5)


~ israel, kau gila!~


Matahari tegak diatas kepala, namun cahaya yang panas memijar itu tidak dihiraukan oleh mereka. Tekun bekerja sejak dari pagi, membina sebuah masjid bagi kegunaan penduduk kota. Masjid dibina atas tanah masjid. Bukan membetulkan, tapi membina semula kerana masjid yang asal hanya tinggal debu. Hasil bedilan bom apatche Israel.


Tiba waktu zohor, mereka berhenti untuk solat dan berehat. Kemudian kerja itu disambung semula hingga ke senja. Kerja menjadi mudah selepas asar kerana ramai penduduk datang membantu. Mungkin mereka baru selesai urusan masing2. Anak2 kecil juga tidak ketinggalan. Walau tak banyak membantu, mereka menceriakan keadaan.

“Tentera Islam bukan saja gagah di medan perang tapi juga mahir bertukang dan membina bangunan.” Puji seorang pakcik tua kepada anak2 muda itu. Pakcik itu duduk di atas batu sambil menyanyi2 kecil. Kadang-kadang dia menepuk tangan. Walaupun buta, pakcik Nasir pandai bergerak diposisinya. Pembakar samangat anak muda.

Sedang semua orang sibuk bekerja, tiba2 sekumpulan kanak2 berlari sambil menjerit. “ Kereta kebal datang. Kereta kebal datang. Kereta kebal datang.”

Ibu2, anak2 dan orang ramai mula beredar. Melarikan diri dari bertembung dengan robot yang berhati perut itu.

“Umar, kau tak nak balik ke?”

“Kau baliklah. Aku nak siapkan dinding ni.”

“Jangan Umar, aku takut diorang menyerang nanti. Diorang mana boleh nampak kita buat masjid. Kalau kau takde kat sini, sekurang-kurangnya tentera Israel tak tahu yang kita tengah buat benda ni.”

“kalau kau takut sila balik.”

Nada umar sedikit naik. Tangannya masih bergerak menyusun batu-bata di dinding masjid.

“Baik. Aku disini bersama kau.”

Asalnya kawan2 mereka juga ingin beredar, tapi bila nampak Umar dan Ubai teruskan bekerja, mereka rasa terpanggil untuk bersama. Lalu semua kawan2 mereka tidak berganjak.

5 buah kereta kebal jenis MK-2 Matilda melintasi kawasan masjid. 'Alhamdulillah, diorang tak perasan kita kat sini.' Bisik umar dalam hati.

Tiba2, kereta kebal yang terbelakang sekali berhenti. Lalu berundur. Berhenti semula betul2 didepan Umar dan kawan. Seorang tentera Israel keluar dari perut besi.

“Kau buat apa?”

“Simen dinding.” Jawap umar tanpa mengangkat muka.

“Kau nak mati?”

Umar diam. Semua diam. Umar ambik batu dan teruskan menyusunnya.

“Aku cakap dengan kau ni. Kau pekak ke?”

Umar terus bekerja.

“Hoi orang islam bodoh. Kau nak rasa peluru ni? Kau tau x. harga sebijik peluru ni lagi mahal dari nyawa kau.”

“Kalau mahal kamu sepatutnya simpan.” Balas umar tanpa menoleh.

Tentera itu menarik picu senapang dan menghala ke arah kepala umar.

Ubai tak tahan lagi. Batu bata yang dipegangnya sejak tadi dihayun terus ke tengkuk si yahudi. Darah memancut, terpercik ke muka umar. Tentera itu terjatuh dan terkulai. Kepalanya pecah.

Tangan Ubai menggigil. Tiba2 4 buah kereta kebal yang sudah melepasi kawasan itu berpatah semula. Pasti kawan si tentera yang didalam kereta kebal itu yang memanggil mereka.

“Lariiiiiiiiiiiiiiiii……”

Bertempiaran mereka lari di celah2 bangunan2. Dalam masa beberpa minit, jip2 dan motosikal berkuasa tinggi tentera Israel tiba. Mereka memanggil konco2 mereka untuk menangkap Umar dan rakan2.

Peluru dilepas rambang. Ubai terjelepok. Peluru menebusi tulang belakangnya. darah membuak2 mengalir. Severe hemorrhage. complete spinal cord transection.

Umar menjerit memanggil nama Ubai. Segera dia memanggku ubai di ribaannya. Darah panas mengalir dirasa. “Maafkan aku ubai. Maafkan aku ubai.”

Ubai tersenyum. Mulutnya terkumat kamit seperti membisikkan sesuatu. Tapi tiada suara kedengaran. Bunyi peluru semakin mengganas.

Ubai angkat tangan dan mengusap pipi sahabatbaiknya. Berusaha untuk berkata2. “Tolong jaga ibu dan adik2 ku.”

Peluh sejuk merecik keluar. Perlahan-lahan, deria rasanya mula hilang. Pandangn menjadi kabur. Kejang. lumpuh kedua belah kaki dan tangan. Loss of bladder and bowl voluntary control. akhirnya...

Mata terpejam. Mengalir air mata. Jantung tidak berdegup lagi.

Dalam hiba umar mendukung jasad sahabatnya untuk dibawa ke tempat selamat. “Tunggu aku di syurga Ubai.” Bisik umar ke telinga ubai.

Tentera Israel semakin menggila. Pembesar suara dipasang. “Kepada mereka yang membunuh kawan kami disini tadi. Sila serah diri sekarang atau aku akan tembak semua rumah di sekitar masjid ini.”

1

2

3

4

5

6

7

8

….

Umar keluar dari persembunyian. Semua senapang diacu ke arah Umar.

Seorang tentera berjalan kearahnya dan mengikat tangan Umar kebelakang. Dia dibawa masuk ke dalam truck. Bila pintu dibuka umar terkejut, ramai kawannya disitu. Ada yang berdarah di tangan. ada juga berdarah di kepala.

pang!!! pintu truck dihempas. gelap. Langsung tiada cahaya. Mungkin juga tiada lubang udara. Bau darah menyengat ke lubang hidung.

Bunyi enjen mengaum bila dihidupkan. Truck bergerak. Selang beberpa minit truck berjalan, Bom! Bom! Bom! Beberapa letupan kedengaran.

"Penipuuuuuuu....!" Umar menjerit dari perut truck. Tentera yang memandu ketawa berdekah-dekah.



DALAM kekautan, Zaid masih cuba untuk tersenyum. Dia sedang merawat seorang kanak2 lelaki yang hancur tangannya dibedil roket. Anak kecil itu terbaring diatas katil sambil menahan diri dari menangis. Mungkin juga sudah tidak berdaya untuk menangis sambil menahan kesakitan. Namun dia masih mahu bertanyakan nasib adiknya apakah masih hidup atau tidak. Adiknya berada diatas lantai. Dia terkena peluru di bahu kanan. Tidak meraung. Hanya air mata mengalir laju. Mungkin kerana takut melihat keadaan abangnya yang lebih parah darinya.

Zaid sedaya upaya membuatkan anak-anak ini "ketawa" seketika untuk menghilangkan rasa takut dan sakit kerana ubat-ubatan telah habis dalam simpanan.

Zaid berbisik kepada adiknya di sebelah. “Tasnim, tolong balik rumah kejap. Abang ade sikit gula2 dan coklat. Abang letak dalam plastic, kat bawah katil. Sebenarnya abang nak hadiahkan untuk tasnim. Tapi, boleh tak kalau abang bagi dekat budak2 ni dulu. Nanti abang beli yang lain untuk Tasnim ye. ”

Mata tasnim berkaca. Dia mengangguk laju.

"Tolong ambikkan ye sayang. Baik2 jalan."

Tasnim segera berlari keluar.

Dalam hati zaid. "Israel, kau gila!"


Bersambung siri 6- peristiwa lari dari penjara yang menggegarkan pihak berkuasa israel.

No comments:

Post a Comment