Berjalan seorang daei. Hari2nya penuh dengan senyuman. Seorang yang ramah dan juga mesra. Ramai orang tertarik padanya. Ramai orang memandangnya hebat. Pelajar perubatan, seorang exco, seorang naqib, seorang jaksi, seorang tutor.
Tiba2 dalam satu masa, banyak tugas terpundak di dadanya. Asalnya berat hati untuk menerima. Tapi dia cuba juga. Melakukan setiap tugas dengan semampu mungkin. Kerjanya berlanjutan. Sehari tidak selesai. 2 hari tidak selesai. Akhirnya berbulan2 juga masih belum selesai.
Lalu dia terduduk. Menangis mengenangkan nasib sendiri. Mengeluh dalam doa. Mengadu seadunya.
Adakah aku seorang yang tidak ikhlas ya Allah? Aku letih ya Allah. Aku dah x mampu teruskan lagi. Masihkah ada pahala yang tersisa padaku selepas aku mengeluh disetiap kerjaku? Ya Allah... di mana ikhlas aku? Dimana pahala aku? Dimana ya Allah? Aku sudah cuba untuk ikhlas. Tapi kenapa masih berat juga hatiku ini ya Allah. Bolehkah dikira sebutan ikhlas dilidah ini sebagai keikhlasanku? Aku bingung ...bingung. Aku xmahu teruskan lagi tugas ini tanpa ikhlas. Sungguh aku xmahu..
Gugur satu semangat. Dia tidak teruskan lagi langkahnya. Dia tidak tersenyum lagi seperi biasa. Tiada lagi ramah dan juga mesra. Membuatkan orang tertanya-tanya. Dirinya seperti drug yang rebounce. Berhujan dia dengan tohmahan. Dia menangis dan berlalu pergi. Benar dia futur. Benar dia letih.
Lalu datang seorang sahabat. Merangkul bahunya dari belakang. Mengajar dia senyum semula. Meleret bibir sahabatnya itu tersenyum. Senyuman yang lama dan ikhlas. Memaksa dia untuk membalas. Walau kelat dia cuba senyum.
“ kau ok ke?”
“ do I look ok?”
“sabar e”
“ yes, I’m trying”
“hari ni tido rumah aku jom”
“hmm”
Malam itu mereka berkongsi rasa.
Benarkah aku seorang yang tidak ikhlas? Aku tak tahu diamana ikhlas aku. Aku xnak buat kerja sia-sia lagi. Berpenat setiap hari, terbuang masa sana sini, hilang masa study…tapi…akhirnya aku hanya dapat penat.
Mata sahabatnya direnung dalam2. Berkaca-kaca kerana menahan air mata. Akhirnya ia terjatuh juga. Dalam sayup, terdengar sedu sedannya.
Ikhlas...
Walau definisi mampu difahami, tetap soal yang bukan mudah untuk diterjemah.Sahabatnya diam. Membiarkan dia menangis sepuasnya. Akhirnya sahabatnya bersuara.
“Sayang, ikhlas itu rahsia Allah.Kamu tak tahu dimana ikhlasmu. Aku juga tak tahu diamana ikhlas aku. Jangankan kita manusia, malaikat pun tidak tahu. Sebab ikhlas itu tidak boleh dilihat, juga tak boleh diukur, mungkin juga tak boleh dirasa. Tapi ia boleh diharap. Kita sentiasa berharap agar semua amalan kita ikhlas.
Tapi,jangan kita berhenti kerana tiba2 kita rasa, sudah tidak ada ikhlas. Waktu kita tidak ikhlas, adakah kita tak mahu buat kerana kita tahu nilainya kosong? Sedangkan ia satu kewajipan? Jika wajib tuntutannya, maka haramlah penolakannya.
Rasa tak ikhlas? Allah jua yang bagi segala rasa. Rasa itulah yang boleh membawa kita paling hampir kepadaNya. Kadang-kadang kita rasa penat. Mengadu pada Allah. Kalau nak mengadu pada kawan2, Allah tak larang kita kongsi perasaan. Bukanlah itu tanda kita tidak ikhlas. Cuma itu cara untuk kita dapat semula semangat. Kalam2 yang mampu membangkitkan. Kefahaman yang boleh mengikhlaskan. Allah itu awal dan akhir, hujung mula dan sampai habis. Allah tahu apa yang kita rasa.
Cuma kadang2, kita saja yang tak rasa itu adalah peluang. Allah telah bagi kamu banyak sangat peluang itu. Sangat banyak. Rasa tak mampu yang membuatkan kita bersungguh2 minta pertolongan Allah."
"Aku hanya nak buat semuanya dengan ikhlas. Tapi kenapa aku masih ada ragu2 dalam hati. Aku tak faham."
Sahabatnya senyum. panjang lagi diamnya. kemudian dia bersuara.
“Ikhlas itu ada beberapa tahap. Pertama; Ikhlas orang biasa. Kedua; Ikhlas orang-orang tertentu(bertaqwa). Ketiga; Ikhlas golongan muqarrabin. Ikhlas orang biasa, dia akan buat sesuatu kerja tanpa sebarang ganjaran atau pulangan.Tapi bila penat, dia akan mengeluh.
Ikhlas orang yang bertaqwa ialah buat sesuatu kerja kerana Allah. Dia berlatih untuk dapatkan keikhlasan. Dia cuba untuk tidak mengeluh bila diuji.Dan Ikhlas golongan muqarrabin bila dia melakukan sesuatu perkara kerana dia rasa ia satu kewajipan dari Allah. Maka, dia akan pastikan semua amalannya ikhlas kerana dia merasakan bahawa ‘ikhlas’ itu sebagai syarat pada setiap amalan.
Kalau hati merasa berat utk melakukan sesuatu perkara, boleh jadi memang benar kita tak ikhlas, boleh jadi juga itu adalah ikhlas golongan biasa. Tapi kita bukan orang biasa kan? Dan ikhlas juga perlu menepati syara'. Tidak ada ikhlas dalam melakukan maksiat. Mencuri dengan keikhlasan?
Yang boleh mengikhlaskan hati hanyalah kefahaman. Bina kefahaman dan kekuatan terhadap tugasan. Kekuatan juga perlu untuk memperanankan tanggungjawab yang dibawa. Kemudian, tingkatkan kekuatan itu. Kalau sebelum ini kita tak mampu, mungkin esok lusa tulad, kita akan mampu.
Ada juga perkara yang tak mungkin kita dapat buat dengan ikhlas. Bila mana ia diluar kemampuan. Contohnya, meniup kipas sampai berpusing dengan penuh keikhlasan. Jadi tak mungkin seseorang Itu akan ikhlas kan? Sebab itu kita perlu menilai setiap tugas yang bakal diterima dengan kemampuan. Jika tak mampu buat seorang, kan aku ada?”
Dengan erat dia memeluk sahabatnya. Esoknya dia bangun. Melangkah dengan senyuman.
Semoga ikhlas selalu ada padanya. Selalu ada ya Allah. Mudah datang dan takkan pergi...
seikhlas dirimu kausar~~
ReplyDeletehi k.kauthar.lame kite x bersua..:)
bestnya kak kauthar!
ReplyDelete