Wednesday, November 30, 2011

Tersedar dari ikhlas

Berjalan seorang daei. Hari2nya penuh dengan senyuman. Seorang yang ramah dan juga mesra. Ramai orang tertarik padanya. Ramai orang memandangnya hebat. Pelajar perubatan, seorang exco, seorang naqib, seorang jaksi, seorang tutor.

Tiba2 dalam satu masa, banyak tugas terpundak di dadanya. Asalnya berat hati untuk menerima. Tapi dia cuba juga. Melakukan setiap tugas dengan semampu mungkin. Kerjanya berlanjutan. Sehari tidak selesai. 2 hari tidak selesai. Akhirnya berbulan2 juga masih belum selesai.

Lalu dia terduduk. Menangis mengenangkan nasib sendiri. Mengeluh dalam doa. Mengadu seadunya.

Adakah aku seorang yang tidak ikhlas ya Allah? Aku letih ya Allah. Aku dah x mampu teruskan lagi. Masihkah ada pahala yang tersisa padaku selepas aku mengeluh disetiap kerjaku? Ya Allah... di mana ikhlas aku? Dimana pahala aku? Dimana ya Allah? Aku sudah cuba untuk ikhlas. Tapi kenapa masih berat juga hatiku ini ya Allah. Bolehkah dikira sebutan ikhlas dilidah ini sebagai keikhlasanku? Aku bingung ...bingung. Aku xmahu teruskan lagi tugas ini tanpa ikhlas. Sungguh aku xmahu..

Gugur satu semangat. Dia tidak teruskan lagi langkahnya. Dia tidak tersenyum lagi seperi biasa. Tiada lagi ramah dan juga mesra. Membuatkan orang tertanya-tanya. Dirinya seperti drug yang rebounce. Berhujan dia dengan tohmahan. Dia menangis dan berlalu pergi. Benar dia futur. Benar dia letih.

Lalu datang seorang sahabat. Merangkul bahunya dari belakang. Mengajar dia senyum semula. Meleret bibir sahabatnya itu tersenyum. Senyuman yang lama dan ikhlas. Memaksa dia untuk membalas. Walau kelat dia cuba senyum.

“ kau ok ke?”

“ do I look ok?”

“sabar e”

“ yes, I’m trying”

“hari ni tido rumah aku jom”

“hmm”


Malam itu mereka berkongsi rasa.

Benarkah aku seorang yang tidak ikhlas? Aku tak tahu diamana ikhlas aku. Aku xnak buat kerja sia-sia lagi. Berpenat setiap hari, terbuang masa sana sini, hilang masa study…tapi…akhirnya aku hanya dapat penat.

Mata sahabatnya direnung dalam2. Berkaca-kaca kerana menahan air mata. Akhirnya ia terjatuh juga. Dalam sayup, terdengar sedu sedannya.

Ikhlas...

Walau definisi mampu difahami, tetap soal yang bukan mudah untuk diterjemah.Sahabatnya diam. Membiarkan dia menangis sepuasnya. Akhirnya sahabatnya bersuara.

“Sayang, ikhlas itu rahsia Allah.Kamu tak tahu dimana ikhlasmu. Aku juga tak tahu diamana ikhlas aku. Jangankan kita manusia, malaikat pun tidak tahu. Sebab ikhlas itu tidak boleh dilihat, juga tak boleh diukur, mungkin juga tak boleh dirasa. Tapi ia boleh diharap. Kita sentiasa berharap agar semua amalan kita ikhlas.

Tapi,jangan kita berhenti kerana tiba2 kita rasa, sudah tidak ada ikhlas. Waktu kita tidak ikhlas, adakah kita tak mahu buat kerana kita tahu nilainya kosong? Sedangkan ia satu kewajipan? Jika wajib tuntutannya, maka haramlah penolakannya.

Rasa tak ikhlas? Allah jua yang bagi segala rasa. Rasa itulah yang boleh membawa kita paling hampir kepadaNya. Kadang-kadang kita rasa penat. Mengadu pada Allah. Kalau nak mengadu pada kawan2, Allah tak larang kita kongsi perasaan. Bukanlah itu tanda kita tidak ikhlas. Cuma itu cara untuk kita dapat semula semangat. Kalam2 yang mampu membangkitkan. Kefahaman yang boleh mengikhlaskan. Allah itu awal dan akhir, hujung mula dan sampai habis. Allah tahu apa yang kita rasa.

Cuma kadang2, kita saja yang tak rasa itu adalah peluang. Allah telah bagi kamu banyak sangat peluang itu. Sangat banyak. Rasa tak mampu yang membuatkan kita bersungguh2 minta pertolongan Allah."

"Aku hanya nak buat semuanya dengan ikhlas. Tapi kenapa aku masih ada ragu2 dalam hati. Aku tak faham."

Sahabatnya senyum. panjang lagi diamnya. kemudian dia bersuara.

“Ikhlas itu ada beberapa tahap. Pertama; Ikhlas orang biasa. Kedua; Ikhlas orang-orang tertentu(bertaqwa). Ketiga; Ikhlas golongan muqarrabin. Ikhlas orang biasa, dia akan buat sesuatu kerja tanpa sebarang ganjaran atau pulangan.Tapi bila penat, dia akan mengeluh.

Ikhlas orang yang bertaqwa ialah buat sesuatu kerja kerana Allah. Dia berlatih untuk dapatkan keikhlasan. Dia cuba untuk tidak mengeluh bila diuji.Dan Ikhlas golongan muqarrabin bila dia melakukan sesuatu perkara kerana dia rasa ia satu kewajipan dari Allah. Maka, dia akan pastikan semua amalannya ikhlas kerana dia merasakan bahawa ‘ikhlas’ itu sebagai syarat pada setiap amalan.

Kalau hati merasa berat utk melakukan sesuatu perkara, boleh jadi memang benar kita tak ikhlas, boleh jadi juga itu adalah ikhlas golongan biasa. Tapi kita bukan orang biasa kan? Dan ikhlas juga perlu menepati syara'. Tidak ada ikhlas dalam melakukan maksiat. Mencuri dengan keikhlasan?

Yang boleh mengikhlaskan hati hanyalah kefahaman. Bina kefahaman dan kekuatan terhadap tugasan. Kekuatan juga perlu untuk memperanankan tanggungjawab yang dibawa. Kemudian, tingkatkan kekuatan itu. Kalau sebelum ini kita tak mampu, mungkin esok lusa tulad, kita akan mampu.

Ada juga perkara yang tak mungkin kita dapat buat dengan ikhlas. Bila mana ia diluar kemampuan. Contohnya, meniup kipas sampai berpusing dengan penuh keikhlasan. Jadi tak mungkin seseorang Itu akan ikhlas kan? Sebab itu kita perlu menilai setiap tugas yang bakal diterima dengan kemampuan. Jika tak mampu buat seorang, kan aku ada?”

Dengan erat dia memeluk sahabatnya. Esoknya dia bangun. Melangkah dengan senyuman.

Semoga ikhlas selalu ada padanya. Selalu ada ya Allah. Mudah datang dan takkan pergi...


Saturday, November 26, 2011

ikhwan muslimin

Exam terpaksa dipostpone kerana pilihanraya. ini memberi peluang saya memahami sikap pihak yang ingin saya fahami. persoalan yang menjadi tanda tanya saya selama seminggu. Mengapa Ikhwan Muslimin mengambil sikap lepas tangan?

Bukan lepas tangan tapi merancang dalam pemerhatian. IM memerhati dan menimbang tara antara logic dan perasaan menurut kaedah syarei. Menolak jauh dasar kepentingan peribadi. Inilah yang merungkai persoalan saya, mengapa ikhwan tidak turut berdemonstrasi akhir-akhir ini. Berikut adalah jawapan dari kalam pimpinan IM atas persoalan tadi:

1. Para pemuda terpengaruh dan marah dengan tindakan keras polis dan militer terhadap para demonstrasi sehingga mereka turun ke Tahrir Square bagi membela nasib mereka.

2. Bertindak keras terhadap polis juga merupakan sebuah kesalahan dan pelanggaran.

3. Kalau IM ikut serta dalam demonstrasi tersebut, bimbang kekerasan, kerusuhan dan kematian jiwa semakin bertambah. Hal ini bercanggah dengan tujuan revolusi 25 Januari.

4. Kalau benar IM mementingkan kepentingan peribadi, maka pasti IM akan ikut serta dalam demonstrasi di Tahrir untuk meraih simpati dan undi. Tetapi, IM lebih memilih tidak bergabung meskipun dikritik pelabagai pihak.

5. IM ingin pilihanraya berjalan lancar pada tarikh yang telah disepakati bukan karena berkepentingan terhadap kerusi di Parlimen, tetapi, kerana pilihanraya merupakan langkah awal dalam proses demokrasi untuk menentukan kelengkapan sebuah negara (Parlimen, Undang-undang, Pemerintahan, Presiden) juga perpindahan pemerintahan dari Militer kepada pemerintahan sebenar dalam waktu yang segera.

6. IM telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan sikap-sikap mereka dan telah disebarkan keseluruh media. Kenyataan itu adalah:

• bersepakat untuk menghentikan kekerasan dan pembunuhan dari pihak militer dan menjadikan Tahrir Square aman.
• para demonstrasi mendapat perlindungan Undang-Undang untuk melakukan demonstrasi damai yang tidak merosakkan harta awam.
• Inginkan penjelasan tentang proses pelaksanaan Pilihanraya Parlimen dan berjalan pada tarikh yang telah disepakati.
• Menerima pengunduran diri Isham Syaraf.

Maka saya faham dan saya bersetuju. Teruskan langkahmu wahai para pejuang.

Thursday, November 24, 2011

p/s~ minat aku teralih sekejap. sedang memahami beberapa sikap. ok thats it. sambung lepas exam pulak. xpuas hati.... ingin segera memahami. exam segeralah pergi.


“Mesir adalah mainan besar aktivitas intelegen Zionis untuk menghancurkan Mesir sesuai dengan strategi yang sudah dicanangkan semenjak tahun 1979. mereka telah mengobarkan kecamuk politik, keamanan, ekonomi, militer dalam banyak dimensi. mereka telah cemerlang dalam memecah belah kelompok dan sosial masyarakat dalam rangka melahirkan suasana pertentangan terus-menerus. merosak susunan masyarakat dan negara Mesir, hingga akhirnya apapun sistem yang dibangun dan siapapun pemimpin setelah rezim Mubarak tidak mampu memulihkan permasalahan ini.” - kalam pemimpin IM.

Apakah para intelektual masih tidak sedar?!

Semoga Allah menjaga Mesir, menyatukan barisannya, menunjuki rakyat dan pemimpinnya untuk kebaikan negara dan bangsanya.

pergolakan

saya belajar di mesir. sekarang mesir bergolak lagi. dulu kerana ingin jatuhan rejim zionis mubarak. hari ini kerana ingin menjatuhkan kuasa militer. kasihan mesir..

soalan yang selalu saya fikir. apa sebenarnya yang sedang berlaku. siapa baik, siapa jahat. siapa yang sedang monopoli siapa. apa yang dijanji dan apa yang dituntut. siapa yang merancang dan siapa yang beraksi.

memang benar banyak kesilapan datang dari penduduk mesir sendiri. pemikiran dan attitude mereka sendiri. sebab itu mesir selalu dilihat berdemo dengan gaya yang keras. mujur masyarakat malaysia tidak begitu.

sehingga hari ini 35 orang telah mati di dataran pembebasan. soalan saya, kenapa askar pendamai perlu menembak. ke saya yang salah faham. siapa disebalik kekalutan ini??

p/s~ doakan saya yang bakal exam pd 26 ini. doakan bumi mesir aman semula. mohon doa sahabat2 ye.

Sunday, November 20, 2011

kempen politik

Saya mempunyai konflik tiada tempat asal. Tidak boleh kata berasal dari Melaka kerana lahir di perak. Tidak boleh kata anak Terengganu kerana menetap di Melaka. Tidak boleh kata asal n9 juga kerana ibu lahir di singapura. Akhirnya saya jarang dapat apa2 bantuan yang dikeluarkan oleh mana2 negeri. Baik duit kecemerlangan sewaktu zaman sekolah atau duit zakat pengajian sewaktu di university. Sedangkan saya layak dan tergolong dalam asnaf yang berhak. Dan sekarang, bila nak isi borang zakat negeri banyak sangat peraturan2 yang xmelayakkan saya isi borang tu. Bukan xlayak dapat duit. Tapi tak layak isi borang.

Yang paling saya kecewa adalah pegawai2 yang bekerja tidak mahu mendengar apa2 alasan. Katanya hanya yang cukup syarat shj dapat. Jadi sekarang, apa status saya? Bila saya isi maklumat lain dari yang benar, mereka kata duit tu xsah. Haram hukumnya. - ini hanya sebuah keluhan perasaan dan persoalan bagi siapa yang sangat berpegang pada prinsip ‘siapa tak jujur isi borang zakat hukumnya haram”!

Teringat masa zaman sekolah. Saya bersekolah di Terengganu. Sekitar tahun 1999 ( around PRU 11), segelintir rakyat Terengganu mewah makan wang ihsan. Padahal itu duit royalty kerajaan negeri yang salah cara pengagihan.

Saya bersekolah menengah di sekolah agama rakyat. Dan sekolah itu berjiran dengan sekolah pusat. Bila wang ihsan diagihkan, sekolah kebangsaan pusat itu tiba2 berubah wajah. Pagar batunya yang masih elok diperbaharui. Dinding2 sekolah dicat dengan warna pink. Pondok jaga ditukar baru. Tanam pokok bunga banyak2 dalam sekolah. Atap tempat parking kereta juga baru. Tapi sekolah kami…….

Pagar dawai berwarna hijau yang berlubang dan senget itu tunggu masa untuk rebah. Agaknya kalau ditiup angin kencang sikit alamatnya sekolah kami tidak berpagar. Segan sangat dengan budak skolah sebelah. Macam orang kaya dengan oang miskan rasanya. Dan sebab tu x pelik, budak2 sekolah agama rakyat tertamanya dr Terengganu dan Kelantan, ramai yang faham dan mengikuti aliran politik sewaktu di bangku sekolah lagi. sebab kami menjadi bahan mainan politik.

Masa sekolah rendah ramai kawan2 saya dapat basikal baru. Padahal diorang dah ada basikal. Saya yang xda basikal ni xdapat pun. Hmmm..xpelah. itu saya xkisah. Mungkin saya memang xlayak kot untuk dapat waktu tu. Waktu tu memang boleh nampaklah dalam kampung saya kejap2 nampak orang repair atap, cat rumah, pasang garaj dll. Sebab dapat duit bantuan.

Satu hari, pergi kerumah seorang kawan. Rumahnya dhaif, usang. Lampu bilik pun pakai lampu tungsten. Tengok keadaan rumah saya kira layak sangat dia dapat duit bantuan.tapi, dalam rumah tersergam indah satu set hi-fi yang besar dan gempaq. Sebesar dinding rumah, penuh dengan cd2 hindustan, korea dan sebaginya. Terkedu sekejap. Apa yang terlintas di kepala saya sewaktu darjah 6 itu ialah, inilah salahnya kalau duit bantuan itu tidak digunakan dengan betul. Main tabur je mcm tu. Mereka claim nak betulkan atap bocor, tapi lain yang mereka buat.

Budak2 skolah menegah pula dapat rm100. Ramai yang buat beli handphone. Siapa yang silap?

Itu cerita saya.

Hari ini kecoh semula pasal duit bantuan rm100 yang diberi oleh kerajaan. Seriesly kempen politik. Apakah kewajaran pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut. sepatutnya duit itu diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah kalau benar niat untuk membantu pelajar.

RM100 untuk setiap pelajar. Kalau begitulah pengagihannya, kesannya tiada apa cuma mengkelabukan mata sahaja. tekanan hidup masyarakat tetap juga xdapat diatasi. saya lebih inginkan tindakan yang jujur dari kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan utama bagi menstabilkan ekonomi.

p/s~ kesian adik2ku yang bersekolah agama. mereka xdapat. knp? sbb sekolah2 agama rata2 bukan sekolah kerajaan.

keadilan

Dari seorg Guru Tahfiz :

Terasa sayu hati sy apabila melihat anak anak mahad kami hari ni...disaat pelajar2 sek rendah,men, Sek tamil,Sek cina dapat seorang rm 100 d seluruh negara..tapi pelajar yg melihat al quran dan kitab dari awal subuh hingga mlm hari hanya mengigit jari...apa perasaan mudir2 mahaad tahfiz,sek agama rakyat,sek pondok seluruh negara...adakah mereka bukan rakyat malaysia?adakah mereka tak menyumbang apa apa pd negara?luahan hati guru maahad tahfiz ..

Thursday, November 17, 2011

adha

aishh..2-3 menjak ni saya asek post pasal politik je.. mungkin lain kali boleh citer pasal pengalaman handle ADHA di mesir pulak. yang x bestnye, saya diketuai oleh 3 orang ketua yang tidak satu idea... tiba2 saya rasa benar sungguh hikmah Allah mensyariatkan lelaki boleh kahwin 4, tetapi perempuan tidak. sebab biology nature pun perempuan memang xingin. yelah. bagaimana? kalau seorang perempuan ni kawin 4. dia nak patuh pada arahan yang mana? suami pertamakah? ke-2 kah? atau ke-4? sedangkan lelaki kalau kawin 4, memang dah rule dia sebagai ketua. maka, jika ketua memberi order kpd 4 orang, keadaan dalam kawalan. tapi bila 4 orang memberi order pd seorang? kacau!

apapun.. alhamdulillah semua berjalan dengan alhamdulillah dan berakhir dengan alhamdulillah.

1 Malaysia shop

1st thing. Puas saya fikir. Apa faedah yang mereka dapat. Saya sudah banyak mendengar mengenai kumpulan yang mendesak supaya AUKU dimansuhkan. Tapi sungguh menjadi tanda tanya apabila saya mendengarada puak2 yang sangat ingin mengekalkan AUKU. Again. Apa faedah yang mereka dapat??

Utusan terus menjadi utusan. AUKU dirujuk sebagai akta yang menjaga akademik pelajar. What??? Sejak bila AUKU berfungsi sebagai menjaga akademik pelajar? @_@

2nd things. Baru2 in saya terbaca kisah kedai 1 malaysia. Wah. Namanya begitu majmuk. Hmmm… harap2nya pekerja kedai tu memang masyarakat majmuk la. Bukan orang melayu dari jadi jaga, kaunter hingga tukang sapu. Tiba2 tokey orang cina. Harapnya bukan begitu.

Menarik tentang kedai 1 malaysia ni, diwar2kan rakyat akan mendapat keuntungan melalui pengurangan kos keatas 250 jenis barang. Kerajaan cakap bole dapat 40% lebih murah dari kedai biasa. Wah! Memang best. Kerajaan memang prihatin.

TETAPI, tiba2 berbunyilah kisah kontroversi disebalik kedai 1 malaysia ini. Saya hanya copy paste

“Contohnya seperti yang dibawakan oleh Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Tony Phua menunjukkan bahawa harga di KR1M tidaklah semurah seperti yang diwar-warkan. Antaranya harga peluntur didapati lebih mahal 60sen berbanding dengan pasaraya lain. Beliau juga memberikan senarai 23 jenis barangan yang dikatakan dari KR1M itu tidak semuanya murah, malah ada yang lebih mahal daripada pasaraya-pasaraya lain. Itu belum termasuk lagi dengan rungutan pengguna yang mengatakan barangan KR1M berkualiti rendah”

Dan begitu jugalah yang disebut oleh rakan2 dan sanak sedara saya di Malaysia yang x dapat saya copy paste disini. Adakah ini satu lagi projek serampang 2 mata kerajaan? Saya harap kisah ini hanyalah rekaan. Saya hanya mahu hidup yang tenang.

Wednesday, November 16, 2011

AUKUTU

Walaupun keputusan mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi mahasiswa UKM4, namun mereka menyifatkan mendapat satu "kemenangan moral" kerana banyak pihak memberi sokongan dan bantuan.

Ini termasuk pensyarah juga membatalkan kuliahnya bagi membolehkan pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hadir memberi sokongan sewaktu keputusan mahkamah itu diumumkan pada 28 September tahun lalu.

"Lebih-lebih lagi, sokongan kawan-kawan, bagi saya (cukup) membanggakan. Satu kelas kawan-kawan sains politik datang. Pensyarah batalkan kelas untuk (membolehkan mereka) pergi sokong kawan-kawan (UKM4).

"Itu memang satu perkara, pada pandangan kami sangat menggalakkan. Walaupun tewas di situ tetapi, kami menang moral, kami menang dari segi advokasi memberi kesedaran kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain," kata Muhammad Hilman Idham.

Ketika diwawancara oleh Malaysiakini, beliau berkata mereka banyak menimba pengalaman dan menerima kesan, termasuk juga rakan-rakannya, sejak mereka dihadap ke mahkamah universiti kerana didakwa berkempen dalam pilihan raya Hulu Selangor sehingga mencabar akta itu di mahkamah. Ini termasuklah memastikan kempen memansuhkan AUKU berjalan dengan teliti, kemampuan mengurus isu, kemampuan rakan mereka menulis kenyataan media, mempelajari proses mahkamah serta membina jaringan lebih luas dengan media, peguam dan NGO, tambahnya.

Sementara itu Woon King Chai - seorang lagi UKM4 yang hadir dalam wawancara tersebut - berkata beliau juga dapat memahami bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan hak asasi "adalah proses yang mengambil masa panjang dan tidak boleh tergesa-gesa".

Kebebasan baru

"Kita merasakan keputusan itu, akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang, lebih daripada kami berempat, (iaitu) kepada semua mahasiswa di Malaysia yang akan datang dan sekarang. Dan mereka menikmati kebebasan yang baru ini," katanya.

Menurutnya, setiap sektor dalam masyarakat - masyarakat sivil, NGO, ahli keluarga, ahli politik telah memainkan satu peranan sama ada kecil atau besar dengan memberi bantuan dan sokongan sepanjang kes UKM4 ini berlangsung.

Ditanya sama ada mereka menjangka keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober itu adalah tidak sah mengikut perlembagaan, mereka berkata "tidak menjangka" bahawa keputusan itu akan dibuat oleh mahkamah itu.

Muhammad Hilman mendakwa banyak pergulatan atau kontroversi dalam sistem kehakiman negara, manakala Woon pula menjelaskan wujud kecenderungan banyak kes yang mencabar akta-akta yang bercanggah dengan perlembagaan itu menemui kegagalan.

"Kita pun tahu trek rekod bahawa kemungkinanya (untuk menang) adalah sangat rendah. Tetapi kerana kita percaya, kita yakin bahawa perkara ini memang bercanggah dengan hak asasi kami," celah Woon.

Ditanya berhubung masa depan kebebasan akademik di negara ini, Muhammad Hilman yakin perkara tersebut akan berlaku kerana prosesnya kini berlangsung dengan perlahan-lahan.

Stigma masyarakat

"Ada baiknya kerana bila proses berlaku secara perlahan-lahan (kerana) ia akan merebak dengan cara yang lebih teratur dan lebih bagus kalau perubahan itu difahami oleh rakyat, katanya.

Manakala Woon pula menyifatkan kemaraan mahasiswa memperjuangkan kebebasan akademik termasuk AUKU "tidak boleh disekat-sekat lagi" kerana kesedaran masyarakat termasuk pelajar dan pensyarah telah berdiskusi dan mengambil pendirian tentang isu itu.

"Itu adalah langkah pertama ke arah pembentukan sebuah masyakat yang demokratik, matang dan yang mampu berbicara (serta) berdiskusi idea.

"Dan itulah langkah yang sihat dan dalam masa lima tahun, 10 tahun, 20 tahun akan datang, apa yang berlaku hari ini akan memberikan kesan (pada) masa depan," katanya.

Mengulas berhubung penggantungan tugas pensyarah UIA Prof Abdul Aziz Bari baru-baru ini, kedua-dua mahasiswa itu tidak bersetuju dengan tindakan kampus berkenaan.

Malah, Woon menyifatkannya sebagai "satu stigma" masyarakat dan universiti yang dibentuk oleh AUKU bahawa peranan pensyarah hanya dalam satu lingkungan sahaja.

"Saya rasa tak sepatutnya sebegitu kerana bagi seorang pensyarah, pengalaman, permahaman terhadap fenomena sosial itu penting untuk kami sebagai ahli masyarakat sekeliling.

"Kami begitu berbangga walaupun keputusan Mahkamah Tinggi tidak menyebelahi pihak kami, tetapi tidak ada sedikit pun rasa kesal dalam diri kami.

sumber




Friday, November 11, 2011

ini jalannya

saya tidak mahu menjadi penyebab bencana. saya tidak mahu menjadi orang yang membingungkan masyarakat. saya tak mahu menjadi orang yang menghilangkan kepercayaan mereka kpd para pemimpin agama.

oleh sebab saya perlulah mendalami ilmu demi mencari yakin. oleh sbb itu, kata2 saya mestilah keluar dari hati yang yakin. oleh sebab itu tingkahlaku saya mestilah menurut kata2 yang yakin.

"sesungguhnya untuk seorang daei, menyeru kepada kebaikan sementara dia tidak melakukannya adalah sebuah bencana dan malapetaka yang besar"

susah. tapi inilah jalannya.....

kalau kita tidak yakin dengan diri kita, siapa yang akan yakin dengan kita?

Sunday, November 6, 2011

Tercabar

Allah Allah... segannya dengan orang yang banyak ilmu. tergugat! bukan. tercabar! betul tercabar.

Tercabar sangat rasanya bila hidup sama lama, menuntut di bumi yang sama, tujuan juga sama. tapi ilmunya bagai langit yg sangat tinggi untuk aku perolehi.

aku mohon ya Allah..

jadikan aku hambamu yang beriman, berilmu, dan beramal dengan ilmu-Mu.

argggghhhh. kagum! serius kagum!

nak jadi cam dialahhhhhhhh!!!!!

Thursday, November 3, 2011

jika kerjaya dan rumahtangga boleh difahami oleh semua insan bahawa ianya memerlukan satu komitmen yang tinggi untuk berjaya, maka kenapa terlalu sukar bagi sebahagian masyarakat untuk memahami bahawa agama lebih lagi memerlukan komitmen kerana ianya melibatkan perjanjian kita dengan tuhan untuk taat dan patuh...

selamat belajar, selamat bekerja, selamat berjuang sahabat-sahabat. semoga penat lelah ini dibalasi...

Tuesday, November 1, 2011

Leka

oh tuhan...aku terleka..

sedangkan disana masih ada muslim yang terluka....

bangun! bangun! bangun!!!

zakat...oh zakat

saya tak faham macamana pengurusan zakat kepada pelajar-pelajar. kalau beberapa bulan lepas saya mintak, katanya permohonan belum dibuka. then, bulan 7 bulan 8, student2 tengah exam... result pun belum keluar. 2-3 minggu result keluar, tiba2 permohonan sudah ditutup???

bila budak2 merayu minta dibenarkan, kata si pegawai... deal sama orang malaysia. Allah2..kami ini student. nak kami beli tiket ke untuk mengadap pegawai kat malaysia? ke nak kami call sape2 je kat sane?

apalah gunanya pegawai yang ada kat sini? nak harap ibu bapa, surat menyurat semua ada kat sini.

kenapalah susah sangat nak mintak zakat ni???

result sudah dalam english, masih lagi minta di translete ke dalam bm. aduh...

sudahlah waktu bertugas tak tentu hala. seminggu 2 kali. itupun waktu kitorang ada class. encik2 pegawai ni berharap pelajar ponteng class ke untuk kami datang mengahadap?

kesimpulanya, setiap tahun saya sedar permohonan zakat dibuka bila tarikh hantar borang dah tamat. nonsense!

zakat ni untuk siapa ye?????

bukankah zakat ini untuk pelajar. kalau waktu memohon dipendekkan selama 2-3 minggu masa plajar exam... apalah maknanya zakat untuk pelajar???