p/s- sebenarnya sebelum aku ada blog ys sekarang ni, aku penah ada blog lain. nama dia drkauthar.blogspot kalu xsilap. tapi rase blog tu cam mengarut2, cam ntah hape2 je... tahan 2-3 bulan je kot.. lama2 aku pun terlupa nak jengok blog tu. bila nak bukak je...tibe2 dah terlupa pasword... last2, blog tu pun dah x wujud lagi.. tepaksala buat blog baru.
ptg tadi tgh membersih hard disk, tbe2 aku terjumpa beberapa helai karangan aku...haha...cam mengarut2 jugak..tapi layan je lah.... ni tulisan masa budak2 hingusan dulu... when the memories come..
Assalamualaikum…
Hari ini 29/11/09… alhamdulillah.. tiba jugak hari ni, aidil adha buat kesekian kalinya di bumi ambia.. aku masih join. Aku lihat, ramai manusia membanjiri depan bloq AQ. Tersenyum sebentar melihat keberkesanan iklan yang dikelola oleh kak zati dengan hakim. Dulu aku bukan main risau lagi kalau-kalau orang tak tau. Iklan tak sampai. Alek-alek ajk-ajk adha je yang daang buat kerja. Tapi alhamdulilah… ramai yang datang untuk membantu. Dalam hati…
“pergh… ramai gak orang. Ade chance ke aku nak tengok lembu kene sembelih ni. Kalau tahun lepas boleh gak aku tengok dari atas. (sebab sembelih buat bawah blok sendiri)”
Aku pun berdiri-diri la di tepi-tepi tebing kedai sambil mendongak kepala dan memeluk tubuh (macam mem beso) melihat gelagat manusia.
Sambil perhati sekeliling, otak aku mula berputar teringat kisah zaman muda-muda dulu. Biasalah bila dah jadi senior ni, boleh la claim zaman muda-muda dulu. Akhirnya kelopak mata ini tertutup mengenang kisah hari kurban masa tahun satu dulu.
Rumah aku c6, jadi tempat melapah lembu. Semua yang bekerja adalah ikhwah. Mereka bekerja di ruang tamu. Tapi aku pun xtau macamana la aku boleh sanggup stay dalam bilik nak tunggu shift aku bertugas sebagai ajk kebersihan waktu petang. Sambil-sambil duduk dalam bilik, aku study. Tiba-tiba aku dengar nama aku disebut-sebut . oleh kerana ramai ikhwah2 yang bertugas itu rakyat kelantan, maka dialog die lebih kurang macam ni la…
“Kausa ado ko sini?” seseorang di muka pintu bertanya.
“Sapo dio kausa?” jawap salah seorang yang ada dalam rumah.
“Tahu.” Kawan disebelahnye mengangkat bahu.
“Kausa, kausa..” jerit pula yang lain.
Sapo gak kausa?
Laki ko pue.?
“Tue rumoh la. Perempue.” kata si yang brtanya tadi.masih berdiri di muka pintu.
“Oh. Acu mung ketok pitu bilik tu. Ado ore sero.” Seru satu suara kepada yang lain.
“tok, tok, tok,” pintu bilikku diketuk
Kausa.. o kausa.. ado dale bilik ko?
Lalu aku pun menjawap..” ye ade. Kenapa?”
“ni ado ore nok jupo”
Sambil muka macam x puas hati, aku menyarung tudung ke kepala lalu membuka pintu.
Sebelum pintu dikuak, aku membetulkan posisi muka ku supaya nampak normal.
“ye, ade ape?” aku mencari siapa yang bertanyakan hal aku.
“Ni… nok tanyo, rumoh awok ado pelocok jambe dok?” tanye ikhwah yang berdiri di muka
pintu sambil menguatkan sedikit suaranya kerana jarak kami yang agak jauh.
“Pelocok.. pam e? takde la. Cuba tanye rumah atas, c8. rasanya diorang ada.”
“ sayo tera doh takdi. Tapi supo xdok ore jah. Boleh dok awok tolong kol dio, royak nok pinje?”
“O boleh2. nanti saya tanyakan” lalu menutp pintu bilik.
“Pergh rasa macam buat star pulak. Satu rumah dengar perbualan aku dengan budak tadi.
Haha.. buat malu kaum je la aku ni. “ bisikku dalam hati.
Tanpa membuang masa aku pun mendail nombor orang rumah atas. Setelah bertanya.. bla, bla,bla… maka aku pun selesai. Lalu aku buka balik pintu untuk memberitau ikhwah tadi. Tapi malangnya dia sudah tidak berada di depan pintu rumahku lagi. Aku tutup kembali pintu bilik. “dia dah dapat kot” buku anat upper limb dibuka semula. Aku menyambung study ku.
Sampai la petang aku berkurung dalam bilik. Orang lain semua buat kerja. Dalam hati timbul rasa bersalah. Teruknye la perangai aku ni. Orang lain susah-susah buat kerja, aku lepak dalam bilik. Tapi, shift aku belum sampai. Aku kan kerja petang. Tapi orang lain yang syift petang pun keluar rumah jugak. Setelah beberapa minit bermonolog dengan diri sendiri, aku mengambil keputusan untuk keluar. Maka, terpaksalah aku buat muka tebal untuk melintasi deretan ikhwah di ruang tamu.
Aku menuju ke restoran GMN. Maka, bermulalah tugas amalku sebagai pengupas kulit bawang walaupun sepatutnya aku menjadi ajk kebersihan. Hal ini kerana, bawang pun belum habis lagi, macammana nak kemas tempat?
Kira-kira jam 5 petang, semua tugas selesai. Lalu, aku dan housemate2 ku bergerak pulang. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan ikhwah yang bertanyakan hal pelocok tadi.
“ la.. awok kat sini ruponyo. Puah sayo tunggu depe pitu. Kato nok tolong tanyo rumoh atah.”
Ya allah. Teruknya aku ni. Kesian budak ni tunggu bukan main lama lagi.
“ oh.. sori…. Saya ingat awak dah pergi…. Sori sangat2…” sambil buat muka kesal teramat.”
“hm.. yelah” kata ikhwah tersebut dan berlalu pergi dengan muka cover geram.
Sepanjang jalan aku marah diri sendiri. Apesal la teruk sangat aku ni. Xpatut betul la buat macam tu. Bukannya x boleh tanye orang-orang yang ramai kat dalam rumah tu. Ni semua pasal bajet la ni.
Aku sampai di pintu blok. Aku lihat darah masih meliyak-liyak lagi di jalan. Tangga pun bercop-cop dengan darah. Baunya pun kurang enak. Apabila melintas rumah-rumah orang lain, aku lihat keadaan rumah mereka sangatla menyedihkan.
Dalam hati aku merungut.. “hai… macamnalah keadaan rumah aku ni mesti teruk macam apa.”
Setibanya aku di depan rumah. Wah, kagumnya aku dengan ikhwah-ikhwah yang bekerja kat rumah ni. Sampai berkilat rumah aku dibersihkan. Tangga depan rumah pun siap mop. Waaaahh.. respectnye dekat diorang ni. Baik betul. Toilet rumah aku yang asalnya kotor pun diorang basuh. Wah, wah.. terimakasih ye abang abang.
Aku tersedar dari lamunan apabila terdengar bunyi teriakan unta. Orang ramai cuba membawa unta itu ke tempat sembelihan. Tapi dia x nak bergerak. Terpaksalah ramai orang cuba memujuknya.
Dari kisah lampau aku tadi, aku belajar banyak perkara. Seperti, aku tau semua perjalanan majlis kurban tahun depan. Memang. Banyak yang aku tau. Tapi yang paling penting, seperti mana abang-abang tahun lepas layan rumah aku, seperti itu juga lah aku ingin melayan rumah junior-junior tahun ini. Aku akan pastikan, sebelum keluar rumah, rumah yang dipinjam berada dalam keadaan asal. Bersih, kemas, xberbau. insyaAllah.
Moral kisah aku kali ini~ senior yang baik menjadi teladan pada junior2. jadilah senior yang baik. Hehe.. ape kait cerita ikhwah pelocok jamban tadi?? Haha
sama2 kita perbaiki diri..insyaAllah..
ReplyDelete