Sunday, October 16, 2011

Buat sahabat2ku, jangan risau kerana ujian kita berbeza.


Alhamdulillah.. syukur.. kalau ku mampu menaip seribu kali akanku taip, tapi lebih baik sebut saja diam2.

Tahniah kepada sahabat2 yg berjaya naik tahun. Kepada sahabat2 yg tidak, jangan sedih. Sebenarnya kalian bukan gagal, tapi kalian belum ade rezeki. Siapa yang boleh kata kita gagal selepas kita dah habis usaha? Memang betul kita boleh study, kita boleh study hard. Tapi siapa yang membenarkan ilmu tu betul2 duduk dalam kepala. Siapa yang membenarkan ilmu tu keluar semula atas kertas. Siapa yang membenarkan kita berjaya? Semuanya dari Allah. Jadi..percayalah, rezeki kalian masih diatas. Allah mencari masa yang terbaik untuk dicurahkan keatasmu.

Saya juga pernah gagal. Pernah mengulang. Pernah rase tak gunakah diriku ini? Jadi, saya faham apa yg kalian rasa. Muka tersenyum, tapi sedih itu sakit juga rupanya.

Bila masa berlalu, saya sedar banyak hikmah yang Allah beri disebalik kegagalan ni. Hanya orang yang pernah jatuh faham apa rasa terjatuh. Bila terjatuh, Allah mendidik kita dengan perasaan hina. Memang itu sepatutnya yg ada pada manusia. Kita semua ni hina. Kita takde ape2. Semua yang ade bukan milik kita, tapi Allah. Tapi reality sekarang, cuba kita tengok. Ramai orang yang berjaya, mendongak kelangit. Orang yg pernah fail xkan terucap di mulut, kau fail sebab tak study. Xkan. Tapi orang yang xpernah fail….mungkin.

Sebab kita tahu betapa kita telah berusaha. Kadang2 lebih berusaha dari yang mumtaz. Tapi tetap tidak berjaya. Jadi sahabat2, saya percaya, kalian sudah habis berusaha. Takde apa yang hendak diusahakan lagi. Bukan usaha menjadi ukuran, tapi kesabaran. Siapa yang sabar, dialah orang yang berjaya. Mungkin kalau push sikit je lagi boleh mereng kan. Tapi inilah ujian. Sedikit ujian dari Allah untuk menguji keimanan. Ini baru sedikit kawan2. Sikit sangat. Sikit. Anggap saje ini ujian yang kecil. Sebab kita berhati besar, xmudah goyah dengan ujian kecil.

Saya faham sebab saya pun pernah gagal. Bila masuk kelas baru terasa mcm.. “ahhhh…sudah la tua, fail pulak”… terasa diri ini kurang dari yang lain.hmmm.. salah pemikiran aku waktu itu. Jangan. Jangan rasa begitu. Sebab sebenarnya sahabat2 kita disini faham apa yang berlaku. Ramai yang mengalami kesusahan yang sama. Kita dur ramai2 kan. Kita usaha ramai2. Tapi akhirnya tetap ditangan Allah juga yang menetukan. Anggap saje ini sedikit ujian dr Allah untuk memberi kita pahala lebih dari orang lain.

Inilah dia hakikat kehidupan. Asam garam dalam hidup. Gagal atau berjaya kita masih lagi hidup. Kita terlupa sekejap nikmat hidup dari Allah. Jangan ye. Ingatlah, bukan semua yang kita inginkan akan dapat di dunia. Jadi rileks. Jangan menekan jiwa. Kita tak dapat apa yang kita nak. Tapi kita dapat apa yang Allah beri. Kalaulah usaha yang menjadi ukuran, nescaya ramai orang yang berjaya sebab mereka nampak hasilnya bile bekerja keras. Tapi hakikatnya bukan begitu. Jodoh, ajal maut di tangan tuhan. Pass exam pun di tangan tuhan.

Jangan risau kerana ujian kita berbeza. Ada yang diuji dengan fail exam. Kita tak tahu apa yang orang lain alami. Mungkin dalam waktu yang sama, disini, ada sahabat kita diuji dengn kematian ibu bapa. Ataupun diuji dengan rumahnya terbakar, dirompak, disamun. Kita tak tahu. Ada juga yang diuji dengan kebaikan. Dia xpernah fail. Sepanjang tahun mumtaz ala tull. Tapi hatinya tak tenang. Rupa2nya die ada tumor. Kita tak tahu. Dan yang pasti, mereka yang berjaya juga sedang diuji. Allah menguji mereka dengan kesenangan. Ramai orang kalah dengan ujian senang. Alhamdulillah Allah melebihkan kita dr sahabat2 yang lain kan.

Adek2, jangan putus asa ye. Allah marah kalau kita putus asa. Putus asa tu bukan sifat muslim. Jika kita pernah gagal, bukan bermakna kita gagal selamanya. Tapi kalau kita berputus asa….bagaimana kita hendak menuju ke puncak, kalau kita berpatah kebawah. Bagaimana kita akan menjadi doctor, kalau kita keluar dari track. Xmungkin.. jadi adik2, teruskan ye. Teruskan perjalanan.

Sememangnya kita selalu anggap kehidupan yg lancar itulah yang terbaik. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Mana mungkin pelaut yang hebat datang dari pesisir pantai yang cetek, yang airnye tenang2 saje. Tidak, tapi datang dari tengah laut yang bergelora.

Bagaimana saja dengan adik2 kita yang baru belajar berjalan. Jalan sikit terjatuh. Langkah lagi terjatuh. Adakah kita nak kata “dah la dek. Jangan jalan lagi. nanti jatuh?” Xmungkin … J. Xkan sekali-kali. Jadi teruskan berjalan. Walau terjatuh satu tangga. Tetap lagi mampu memanjat kerana kita masih punya kaki. Jaga semangat kalian. Saya mendoakan, Allah mengurniakan kalian hati yang hebat. Solid.

Percayalah, dalam tempoh ini mungkin saja kalianlah orang yang paling banyak mengumpul emas di syurga. Terkenang pulak kawan baik di Tanta. Tabah sangat orangnye. Bila diuji, airmatanya mengalir. Dalam pelukku dia berkata” kauthar, entah2 Allah tengah buatkan aku mahligai kat syurga kan. Ntah2 aku menang loteri kat syurga kan. Ntah2 ramai bidadara tengah tunggu aku syurga kan. Iye, sayang. Betul, Allah beri ganjaran yang banyak untuk orang yang sabar. Aku kagum padamu yang tersenyum. Aku bangga dengan kau ‘Am’. Sungguh, aku bangga. Takdedah orang yang lebih aku kagum dari mereka yang gagal tapi masih mampu bangun.

Akhir kata, sedikit pesanan dari ayahku, antara ayat yang sering abi sebut bila aku down..

Weh, rileksla…xmati pun kan. Dalam kubur nanti ade malaikat tanya fail atau lulus? Takde pon.. So, rileks ok…. Senyum sikit J

Lupakan apa yang berlaku, bersyukur dengan apa yang ada… InsyaAllah, hati akan tenang.

5 comments:

  1. kalam yg sungguh menyentuh jiwa dan akal.. thanks kak kauthar ~

    ReplyDelete
  2. i like.wamna write one if i have time..pray for me!hehe

    ReplyDelete
  3. ye kak zati..akaklah org yang paling layak beri nasihat cmni. kagum dgn semangat akak. share la skit.

    ReplyDelete
  4. aku penah rasa..aku penah fail..sakitnya time tu..rendah diri je nk msuk class..time yu duk pikir..knp la ak xpandai cam org len..penah asa nk give up..tp bila tringat abah umi,ak pujukkan hati..teruskan pejuangan..doakan aku..

    ReplyDelete
  5. Bahwa dalam hidup ini tidak ada yang gagal, kita saja yang telah berhenti untuk mencoba sehingga terpuruk dan tidak menerima yang kita inginkan, meski mudah kalau lewat kata-kata, tapi kalau dijalani dengan sungguh-sungguh pasti akan mudah lebih mudah lagi.

    ReplyDelete