2-3 hari lepas aku sedikit berkonflik dalaman. Muka je nampak senyum tapi hati tak tenang. Jadi, aku cuba untuk bertenang. Macamana nak tenang? Semuanya bergantung pada diri sendiri. Kita tak boleh harap orang lain yang tenangkan kita. Tapi selalunya aku call mak ayah, kawan baik untuk dapatkan tenang. Bukan tenang actually, tapi advise. Kadang2 bila banyak masaalah, fikiran tak ter’organize.
Basicly, kalau kita rasa tak tenang bereti kita buat sesuatu di luar fitrah. maksudnya di luar normal. Bergaduh hati tak tenang. Nak exam hati tak tenang. Jatuh cinta pun hati tak tenang. (sebab jatuh cinta bukan hari2 kan) Tapi yang pasti, buat dosa hati memang tak tenang.
Tengok baby, tenang saje. Kenapa? SebAb baby patuh pada Allah. Budak2 kecil, semua gembira dan tenang. Sebab mereka x buat dosa. Allah dekat dengan jiwa yang bersih. Dekat pada Allah, hati jadi tenang. So, jom kembali pd zaman kanak2. Kanak2 tak dengki, tak bohong, tak tamak, tak sombong. Tapi manusia dewasa? Mari kukuhkan kembali hubungan kita dengan Allah.
Begitu juga hubungan dengan manusia. Bila hubungan kita dgn manusia tak bagus, kita takkan tenang. Apatah lagi dgn Allah. Ini hukum alam. Emosi menghasilkan fikran. Fikiran menghasilkan idea. idea membentuk tingkah laku. So, kalau emosi tak stabil, bagaimana tingkah laku bisa stabil? Sebab itu, yang pertamanya jagalah emosi. Emosi itu datang dari hati. Hati itu di tangan Allah. Bagaimana Allah hendak kurniakan ketenangan bila hubungan dengan Allah xdijaga?
Ke-3, orang yang tenang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang baik mampu merubah dunia. Xpercaya? Islam terbina bukan kerana harta atau pangkat. Tapi, Nabi Muhammada saw mengubah dunia ini dengan akhlaknya. Orang yang x berakhlak takkan mampu menangani masaalah akhlak orang lain (gejala sosial). Jadi bagaimana dunia bisa kembali pada ilahi?
Ke-4. Tenang tangga kejayaan? Betul. Sebab bila tenang, fikiran positive. Bila fikiran positive, kita mampu buat semua perkara. Tiada yang mustahil. Nak pergi bulan? Boleh. Kumpul la duit dulu. Xpun cipta roket. Macamana nak cipta kene la belajar. Belajar mustahil ke? See.. xde yang mustahil. Cuma masa je di tangan allah. Bila Allah kata rezeki itu sekarang, maka sekarang juga rezeki turun. Tapi kalau Allah kata rezeki kita bukan sekarang, maka bukan sekaranglah. Positive.
Ke-5. Ini masalah terbesar manusia agaknya. Terlalu kisah dengan pandangan orang. Takut dikritik. Takut dikomen. Apa masalahnya? Selagi mana kita kisah dengan mulut orang, memang selagi itulah hati xkan tenang. Last2 apa kerja pun xboleh buat. Itu satu. Yang ke2nya, sibuk cari kesalahan orang lain. Baju kau x cantik la. Tudung kau comot la. Hidung kau kemek la. Dsb. Siapa yang mencari kesalahan orang lain, hati dia xkan tenang. Kenapa? Kerana, dia juga akan sentiasa memikirkan bahawa orang lain mencari kesalahan dia. Padahal, kadang2 orang x pandang pun siapa kita. Rugi. Golongan ini teramat rugi. Hilang nikmat ketenangan di dunia. Jadi sekarang UBAH! Jangan fikirkan pandangan orang, tapi fikirlah apa pandangan Allah pada kita. Sudah cukup sempurnakah kita di mata Allah?
Ke-6. Kita tidak tenang kerana kita tidak bersyukur. Selalu teringat hutang. Jeles tengok kawan2 pakai kereta mewah. Terasa nak rumah lagi besar. Dsbg. Tak salah mengharapakn yang lebih baik. Tapi bila kita terlalu mencari kemewahan sehingga terlupa untuk bersyukur, sampai bila2 kita takkan rasa cukup. Tak akan rasa tenang.
Sebenarnya minda kita ini sangat berkuasa. Dengan minda kita boleh menukarkan dunia menjadi indah. Jadi, gunakanlah minda ini membayangkan perkara2 yang kita ingin. Kemudian, fikirkan bagaimana untuk berusaha mendapatkannya. Bukannya bermimpi tapi tiada usaha. Jika itu cara kita berfikir, sampai bila2 hati xkan tenang.
Ke7. Tidak tenang kerana banyak masaalah. Sebenarnya index kesusahan masaalah itu bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Kalau kita berfikiran positive, apa saja masaalah yang datang kita boleh selesaikan. Kadang2 ada masaalah yang tiada penyelesaian. Contohnya, kematian ibu bapa. Tapi sebenarnya itu bukan masaalah. Itu lumrah. Jadi, mulai sekarang, ubahlah melihat masaalah itu sebagai asam garam kehidupan, ataupun ujian dari Allah. Percayalah , Allah xakan uji seseorang itu di luar kemampuanya.
Kesimpulannya, yakin pada Allah, kita akan yakin dalam semua perkara. Takut pada Allah kita akan tidak takut kepada sesiapa.. OK? Hiduplah dalam ketenangan. Bukankah hidup itu indah andai kita redha?
No comments:
Post a Comment