Dimana-mana negara maju, gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang diberi perhatian dan diambil perhitungan. Tapi bukan di Malaysia, ia hanya sebuah sejarah. Apa sejarahnya?
Tahun 1965 hingga 1974. Mahasiswa negara bebas bersuara. Ia diukur dari segi tindakan-tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Hal ini termasuklah:
(1) Seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.
(2) Resolusi-resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.
(3) Penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.
(4) Demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka.
(5) Sesetengah mahasiswa mengambil bahagian dengan memegang jawatan dalam parti-parti politik, seperti Parti Rakyat. -sumber
Tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa. Setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan telah dibuat terhadap AUKU 1971 (Akta Universiti Dan Kolej Universiti) pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975) .Setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman kelembapan gerakan mahasiswa. Hari ini mahasiswa lembap dan berkulat.Seolah-olah dunia aktivisme ini sudah hilang jantung. Gara-gara sebuah akta yang menyekat.
Maka hari ini, mari kita kaji semula. Dimana kedudukan mahasiswa dalam masyarakat? Di mana mahasiswa dalam arena politik. Kenapa mahasiswa tidak boleh berpolitik?
Jawapnnya mudah. Demi tidak melawan arus perdana. Maka tiada peluang dibuka kepada mahasiswa. Inilah hakikat demokrasi di Malaysia.
Oleh itu, tembok pertama yang perlu dirempuh adalah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) . Peraturan dalam AUKU menjadikan mahasiswa seorang yang pesimis. Terdapat 3 persoalan yang perlu dirungkai:
Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa?
Perkara asas yang perlu difaham, mahasiswa adalah suatu entiti dalam masyarakat yang mempunyai kewarganegaraan yang sah seperti rakyat Malaysia yang lain. Lalu, di atas asas ini kita memahami bahawa mahasiswa juga adalah rakyat di mana hak sivil seperti bersuara, mengemukakan pendapat, memberi cadangan dan lain-lain adalah dijamin oleh perlembagaan. Hak ini diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.
Sebagai kelompok intelektual dalam masyarakat, aksi berpolitik mahasiswa tidaklah sama seperti masyarakat biasa. Kelebihan daya intelektual ini memberikan mahasiswa keupayaan untuk melihat negara dengan pandang sisi yang tersendiri. Idea kelompok mahasiswa adalah 'genuine' atau asli yang menjadikan mahasiswa tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh politik kepartian.Oleh sebab itu, prinsip 'non partisan' menjadi teras penglibatan mahasiswa dalam politik tanah air.
Selain itu, mahasiswa juga dikelompokkan di dalam kelompok masyarakat sivil. Di dalam sesebuah negara yang mengimpikan keadaan politik yang stabil, masyarakat sivil berfungsi menjadi agen pengimbang kepada negara.Mahasiswa bebas memberi cadangan dan mengkritik secara konstruktif berbekalkan nilai-nilai akademik yang digariskan. Salah faham sesetengah pihak di dalam hal ini ialah, apabila mahasiswa mengkritik maka mereka dilabel 'anti-establishment' dan dianggap mahu menjatuhkan kerajaan. Oleh itu, aksi-aksi politik mahasiswa harus ditanggapi dengan cermat, jangan sampai seluruh anak muda protes terhadap politik negara.
Kedua, apakah AUKU itu sendiri menjadi masalah pokok yang mengekang aktivisme mahasiswa di dalam politik?
Jawapannya adalah ya. AUKU itu sendiri dicipta atas tujuan yang tidak baik atau disebut sebagai 'mala fide'. Penggubalan AUKU adalah bertujuan bagi menyekat maraan gerakan mahasiswa bertitik tolak daripada beberapa peristiwa. Antaranya, seperti pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihanraya Umum ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pd 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan.
Ketiga, apakah kebebasan yang sebenarnya diperlukan oleh mahasiswa dan apakah tanggungjawab sebenar itu?
Kebebasan minda adalah kebebasan sebenar yang amat diperlukan oleh mahasiswa dan untuk mencapai matlamat ini. AUKU yang menghakis pemikiran dan melumpuhkan tindakan mahasiswa yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara haruslah dihapuskan sama sekali. Suara menyokong dan suara membangkang itu sepatutnya perlu kerana inilah factor yang saling mengimbangi dalam pembangunan fizikal dan mental negara. Persekitaran yang tidak bebas ini hanya akan menyesakkan nafas tunas-tunas muda dan mencacatkan pertumbuhan baik masyarakt mahupun Negara.
Kebebasan minda adalah kebebasan sebenar yang amat diperlukan oleh mahasiswa dan untuk mencapai matlamat ini. AUKU yang menghakis pemikiran dan melumpuhkan tindakan mahasiswa yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara haruslah dihapuskan sama sekali. Suara menyokong dan suara membangkang itu sepatutnya perlu kerana inilah factor yang saling mengimbangi dalam pembangunan fizikal dan mental negara. Persekitaran yang tidak bebas ini hanya akan menyesakkan nafas tunas-tunas muda dan mencacatkan pertumbuhan baik masyarakt mahupun Negara.
Dalam aspek demokrasi , jika di perhatikan secara kasar sekalipun, terang lagi bersuluh demokrasi itu semakin hilang. Lihat saja bagaimana pelajar university disekat, guru-guru, tentera, pegawai kerajaan, malah syarikat swasta yang inginberkolaborasi dengan sector kerajaan juga diberi garis panduan. Dan minoriti, ada juga syarikat yang seratus peratus milik swasta turut diugut untuk dibatalkan keberadaannya jika membangkang kerajaan.
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah di tentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Manakala rakyat bebas bersuara dalam menyatakan idea pandang mereka kepada pihak berkuasa. Walaupun begitu jangan sampai demokrasi melawan hukum tuhan.
Tapi sekarang, diamana demokrasi? Rakyat tidak bebas dalam melontar idea pada pihak berkuasa. Bahkan jika terlebih kata, maka penjaralah tempat tidurnya. Kesannya mahasiswa sekarang semakin takut untuk berpencak di pentas pidato. Idea pandang mereka terhadap segala isu yang berlaku di sekitar kampus mahu pun di sekitar Negara terbantut. Mujur saya bukan berada di university dalam Negara. Semacam satu doktrin untuk mahasiswa. Kampus hanyalah tempat untuk menimba ilmu. Pastikan kamu dapat PNGK yang tinggi bila graduasi nanti. Hari-harinya hanya di bilik kuliah,jika lapar pergi ke kafe dan bila mengatuk balik ke kolej. Doktrin begini menjumudkan minda.
Sepatutnya anak muda yang intelek dan berilmu bukan begitu. Sepatutnya, jika berlaku sesuatu isu di kampus mahu pun di peringkat negara, dialah orang yang awal datang untuk tampil membantu. Hal ini kerana ilmu itu bukan hanya ada dibilik kuliah, tapi ilmu melata di setiap tempat. Mungkin, saya dilihat seperti menghentam mahasiswa tempatan kerana kebekuan mereka. Tapi sebenarnya saya lebih menghentam sistem pendidikan negara.
Secara peribadi, saya inginkan mahasiswa yang menjadi menerajui perubahan dalam masyarakat. Sepatutnya, kita golongan mahasiswa perlu aktif membantu rakyat. Tapi apakan daya, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti sentiasa memantau pelajar yang tidak mengikut arus perdana.
Mari kita menjadi lebih rasional. Ambil contoh mahasiswa di United Kingdom. Mereka diberi ruang dan kebebasan untuk bersuara. Sudut pidato umum di Hyde Park menjadi medan aktivis untu mereka. Daripada aktiviti mahasiswa sehinggalah yang memperjuangkan perkahwinan sesama jenis. Sama juga di Mesir. Baru-baru ini di Universitu saya, university mansurah, para pelajar mengadakan demonstrasi untuk menghalang ketua dekan meraka dari bertanding pilihanraya umum. Kenapa? Kerana mereka lebih tahu kebobrokan yang dilakukan oleh ahli dekan tersebut. Akhirnya, bukan kata bertanding, meneruskan pekerjaan pun beliau tak ingin lagi. Lihat, mahasiswa menjadi penyelamat Negara.
Maka, berikanlah kebebasan kepada mereka berpencak melontarkan idea dan bertindak berasaskan fakta dan rasional minda.Ini adalah demi untuk melahirkan barisan kepimpinan negara di masa hadapan yang hebat, berilmu dan berkualiti.
Oleh itu,saya sangat bersetuju jika ada mahasiswa menceburi arena politik untuk PRU13 ini. Demokrasi Negara tidak akan pernah mencapai demokrasi jika AUKU masih wujud! PRU 13 bakal tiba tidak lama lagi. Persoalannya, dimana tempat mahasiswa menjelang pilihan raya nanti? Adakah dikuliyah atau kita semakin berani.
Sedarlah semua bahawa golongan kita ini dipanggil ‘Kuasa Ketiga’, iaitu pengundi atas pagar yang bila2 masa saja boleh menetukan siapa peneraju Negara. Golongan mahasiswa dilihat memiliki critical thinking yang sangat prihatin terhadap apa yang berlaku di negara. Nah, Kami golongan mahasiswa bukan hanya tidur. Kami juga meneliti rekod setiap parti. Kami, sedang memerhati sungguh- sungguh perjalanan yang berlaku. Kami hanya akan memberi undi kepada calon yang berilmu, berwibawa dan berakhlak. Jangan kalian fikir, kami ini pengundi minoroti, tidak penting dan tiada kesan.
Suara kita mempu merubah.
No comments:
Post a Comment