Tuesday, October 25, 2011

nasihat abi

p/s- ni pun karangan dr blog lama aku yg hilang dulu. masa 1st yr.. xsangka skrg ni dah nak masuk tahun ke-4 aku kat sini.. nostalgia2... :)


Assalamualaikum..

Setelah 2-3 minit berfikir, aku memutuskan untuk menulis blog. Bukan kerana mengikut arus edaran zaman, tetapi terbuka pintu hati dek kata-kata abiku. Teringat pula perbualan aku dan abiku.

Dekat mesir adek ikut usrah x?

Ade.

Konsisten x?

Hmm.. ade la sikit-sikit senior buat. Dia panggil smart circle.

Perbualan terhenti. Abi minum kopi sambil baca “harakah”. Lama aku perhati ayah kesayanganku itu. Lalu aku bersuara..

Abi, boleh tak kalau adek taknak join persatuan? Adek dah penat la masa kat matrik dulu.

Abi berhenti membaca “harakah”. Akhbar tersebut dilipat dua. Abi memandang terus ke mataku. Tanpa disoal aku terus bercerita.

Adek ingat, time study kat mesir ni, adek nak tuntut ilmu je. Cukupla ilmu dunia yang adek belajar and konsisten pegi kelas agama setiap pagi.

Sebab adek rasa, berpersatuan ni buang masa. Bukanla aktiviti yang ilmiah pun kadang-kadang tu. Macam baru-baru ni, adek kene handle indoor game. Sempena program cuti musim panas. Naseb la time cuti. Tapi tetap rasa program tu macam xde faedah mana. Penat je kita buat. Yang datang 2-3 kerat je. Ulang-ulang muka yang sama. Adek rasa la, kalau program tu xade pun, dah banyak dah kelas agama adek boleh ikut. Pergi cairo. Lepak rumah negeri. Pagi petang ade kelas agama.

Abi senyum.

Lagi satu kan bi, adek sebenarnye xpuas hati betul bila budak-budak pimpinan ni rajin time persatuan je. Pegi kelas ustaz salman pun jarang-jarang. Pentingkan persatuan tapi kelas agama tinggal. X padahal, kat situ je la tempat dapat ilmu agama. So, macamana ilmu agama nak bertambah?. Kata jadi ketua . camne orang nak respect. Diorang tu pun ade xde je.

Pastu abi tanye.

“mana adek tau dia xpergi kelas agama tu, dia x mengaji? Dia pegi kelas lain ke, denga radio ke. Abi pun sekarang ni lagi suke dengar kuliyah pagi ustaz zahazan (radio ikim) daripada kat surau tu.”

Cuba adek pike e. kalau ade sekumpulan perompak ni nak rompak bank. Apa mula-mula yang die kene buat?”

“emm… rancang” jawabku pendek.

Ha. Die kene ade strategi. Macam mana nak dapat strategi? Kene bermesyuarat. Dalam mesyuarat kene ada organisasi. Macam tu lah jugak dalam berdakwah. Kene berjemaah. Berpersatuan. Kalau gerak sorang-sorang boleh ke? Macam nak merompak bank sorang-sorang. Berjaya ke? Perompak bank pun pandai nak buat meeting. Ni kan pulak orang islam. Jangan lari dari jemaah.

Tapi bi.. ni persatuan je pun. Bukan jemaah.

Persatuan tu melayu die. Jemaah tu arab die. Dalam berpersatuan, mestilah ada aktiviti. So, tu salah satu aktiviti dia la tu. Jadikan aktiviti tu sebegai landasan dakwah. Dakwah tu wajib. Mana boleh penat. Makan xpenat pulak. Ade adek cakap, dah penat makan? Macam tu la jugak dakwah.

Hmm… entah la bi. Camne nak dakwah. Adek xpandai cakap. Mewarisi abi kot. Kalau bagi ceramah tu, semua orang ngantuk. Haha..pike lagi lama dari cakap.hehe..

Kalau x pandai cakap, tulis. Abi dah nak dekat siap tulis satu buku ni ha. (sambil menunjukkan diarinya). Tajuk die ‘Ya bunayya’. Ni lah peninggalan abi untuk anak-anak. Dah siap nanti abi nak pasarkan. Hah boleh challenge? (menulis adalah hobi baru abi semenjak aku belajar di mesir)

Ala… tapi adek pun xpandai menulis. Ayat tunggang langgang.

Hah.. kalau camtu xyah buat ape-ape la dek. Makan tido je la.

Hahaha.. ala abi ni. Tak suke la cakap camtu.

Kalau xreti, belajar. Buat la sumbangan dalam kerja islam. Jadilah orang yang berjasa.

So sekarang, I’m on the tract. Abi tengok la nanti adek pun nak tulis buku jugak.

~ hehe.. bajet betul. Xpadahal baru menulis 2helai.. insyaallah2… aku akan buktikan aku mampu.. teringin benar nak tulis dan buat new research tentang al-quran dan sains. insyaAllah2… doakan….

2 comments:

  1. selamat berjaya Kosa,, t bila buku tu nk publish gtau ak k..hehe..

    ReplyDelete
  2. terus tulis dan tulis.

    ReplyDelete