Thursday, January 5, 2012

logik akal demonstrasi

untuk bercakap soal hukum, saya bukanlah orangnya. tapi kerana persoalan ini bukan persoalan baru maka ramai ulama telah mambahaskan dan menyebarluas kefahaman ini dalam masyarakat. hukum asal pada semua perkara adalah harus. tapi ia berubah menurut ayat larangan Allah atau pun ayat suruhannya. jika ia dilarang, maka ia haram. jika ia disuruh, maka menjadi wajib.

oleh kerana rasulullah tidak pernah mengeluarkan hukum khusus pada aktiviti berdemonstrasi maka hukum asalnya ia adalah harus. jika berdemo untuk menegakkan benda yang haram, contoh: meminta kerajaan membenarkan pembukaan pusat judi atas alasan ekonomi, maka hukumnya haram. dan jika berdemo untuk membela nasib seorang muslim yang bakal dikenakan hukuman bunuh atas alasan yang bukan kesalahannya, maka ia menjadi wajib. wajib kifayah jika waktu itu telah tertutupnya jalan perdamaian.


tapi jika situasinya tidak runcing, maka terpulang pada penilaian individu. mungkin ada yg berkata demo untuk mempertahankan hak aktivis mahasiswa (adam adli) yang dibuang universiti itu tidak perlu. berdemo untuk memansuhkan AUKU tidak perlu. maka terpulanglah. kerana penilain perlu bagi setiap individu itu adalah berbeza.

cuma apa yang ingin saya luahkan adalah, kita rasa tidak perlu kerana bukan kita yang mengalaminya. kerana penindasan itu tidak terasa di bahu kita. kerana kita mempunyai sifat - asalkan aku bahagia, tak perlu campur tangan dlm bukan urusanku.

maka terpulanglah pada penilaian kalian.


jujurnya saya juga tidak suka demonstrasi. saya tidak suka berada di dlm crowded. saya tidak suka mendengar orang menjerit2. saya tidak suka slogan... hancur2. hancur _______ (nama sesiapa yang kamu suka). berpanas dan berhujan. keluar di jalan raya. kerana ia memberi penat.

ramai yang berpandangan berdemo itu tidak menguntungkan. lebih banyak negatif dari positif. hujahnya- menimbulkan kekacauan dlm negara. memberi pandangan pada orang asing bahawa malaysia bukan sebuah negara yang aman. jika sesebuah negara tidak terkawal rakyatnya maka ia membuka ruang pada kuasa luar untuk masuk dan mengganggu negara. hujah yang benar dan boleh diterima.

perasankah kalian bahawasanya itu hujah bagi mereka yang awal2 lagi telah meletakkan demo itu adalah keganasan. sedangkan demo bukan tempat mengangkat pedang. tapi tempat untuk menyuarakan pendapat.

dan sebenarnya berdemo juga ada syaratnya:
1. setelah berbincang menggunakan jalan yang sepatutnya. namun tidak diendahkan.
2. setelah memberi masa untuk pelaksanaannya. tetap juga tidak diendahkan.
maka apa lagi jalan yang ada? balik rumah dan tidur? atau ulang semula langkah 1 dan 2 selama-lamanya?

sedarlah semua sesungguhnya, demo itu ada kesannya. buktinya, negara mesir berubah wajah atas kuasa demo. bayangkan saja jika demo 25 januari di tahrir tidak pernah berlaku. maka selamanya mesir di bawah rejim kezaliman. penindasan itu satu kezaliman.

adakah rakyat mesir tidak pernah menggunakan jalan aman? adakah rakyat mesir tidak tahu perbincangan?

tidak.tamadun mesir adalah antara tamadun pertama yang wujud di dunia. sedangkan ulama2 besar rujukan dunia datang dari mesir. universiti islam tertua di dunia datang dari mesir. tapi mengapa masih berdemo? tidak cukup tamadunkah mereka?


jawapannya kerana sudah tertutup jalan perbincangan. tiada ruang lagi dalam perundingan. situasi yang sama dalam rundingan aman israel - palestin. sejak saya belum lahir, sehingga tua ini. rundingan itu tak pernah selesai. berunding selama-lamanya. itukah yang kita inginkan?


maka, dengan halusnya saya ingin kalian semua mengubah persepsi negatif terhadap berdemo. ia bukan sesuatu yang suka2. tapi ia boleh merubah dan memberi kesan.


kata kuncinya- setelah semua jalan rundingan ditutup. maka turunlah ke jalan.dan satu yang ingin saya muhasabah utk para pendemo- bertatasusilah lah dalam perlakuan dan pertuturan.



p/s: sebenarnya demo ini telah lama sebati dlm masyarakat. contoh1 : pemaju gagal menyiapkan rumah dalam tempohnya. para pembeli akan berdemo menuntut hak mereka. samada siapkan segera, pulangkan duit atau beri rumah lain.

contoh2: tempat pemprosesan sampah tidak diselanggara dengan baik menyebabkan masyarakat setempat terganggu dgn bau busuk. org kampung akan berdemo minta kerajaan selesaikan mslh tersebut.

tapi dalam kes2 sebegini tak pernah pula dengar ada yg ditangkap kan? sila kaji...


>>link pencerah

No comments:

Post a Comment