Friday, January 27, 2012

believe system

saya percaya negara kita boleh menjadi lebih baik. saya percaya korupsi dalam masyarakat boleh dihakis. saya percaya generasi muda kita boleh dididik untuk menjadi lebih baik. saya percaya palestin akan menang suatu hari nanti.

saya sedang mencipta kepercayaan ini supaya tubuh badan saya mentaati apa yang saya percaya. saya mahu kepercayaan ini mendesak jasad saya untuk bergerak menuju perkara tersebut. menuju untuk membuktikannya.

yang pertama, saya mesti menguasai minda.

jika kita percaya pd suatu perkara, kemudian kita kukuhkan dalam hati, yakin bahawa ia benar maka tubuh akan mentaati perkara tersebut.

ye, pasti ade orang akan menyangkal. bukan semua yang kita percaya itu benar. betul, as a muslim, tiada apa yang boleh dipercayai sesuatu itu benar atau tidak melainkan apa yang tertulis dalam quran dan hadith. tapi bila ia berjaya dibuktikan secara scientifik, maka ia benar dalam konteks science- logik akal manusia.

tapi bukan semua perkara didunia mampu dijelaskan menurut logik akal. perkara sam'iyyat tak mampu dijelaskan tapi ia ada.

ok. tulisan ini hanyalah satu idea terhadap persoalan bagaimana untuk merubah masyarakat?

pada sy, yang pertama adalah tanamkan kepercayaan dlm minda mereka. dan pastilah yang utama, kepercayaan terhadap agama, rukun iman. bila teguhnya rukun iman, semua perkara yang berkaitan dengannya akan mudah. membentuk masyarakat menjadi lebih mudah.

saya percaya suatu hari nanti kita akan berjaya. insyaAllah...


1 comment:

  1. jadilah orang yang berani kerana dia tahu dan yakin dia benar. jadilah orang yang tak peduli cercaan orang kerana dia tahu apa yang benar.jadilah orang yang tidak mengharap kepada manusia, kerana dia mengharap hanya kepada allah.

    ReplyDelete