ini hanyalah sebuah kisah dalam masyarakat yang pernah saya alami.
waktu tu saya form3. tinggal di besut terenganu. pekan yang terhampir dengan rumah saya adalah bandar jerteh. xtau lah jertih tu boleh dikra sebagai bandar atau x. xpasti.
satu2nya shopping complex yang ada di jertih waktu itu adalah econjaya. satu hari, saya teman mak saya ke econjaya. nak beli barang. sampai saja di sana saya terus menuju ke tempat2 barang yang ingin di beli. saya dan umi berpecah sbb nak cepat cari barang.
sedang sibuk memilih barang, tiba2 saya nampak ada seorang budak lelaki umur dalam 10 tahun dengan selambanya tengah masukkan coklat ke dalam seluarnya. mungkin seluar dalam kot. dia betul2 di sebelah saya. saya membeliakkan mata dan melopong tanda terkejut.
dengan kurang akhlaknya dia berkata. "gapo? nok gocoh?"
saya terus menegur sikapnya. tapi dia dengan selamba terus blah. macam xde ape2 berlaku.
saya ke kaunter terdekat dan mengadu pada jurujual di situ. dan saya pun pegi la. malas nak layan. saya dah lepas tanggung jawab saya. saya dah tegur dan saya dah adu.
saya beratur di kaunter untuk bayar. time tu saya tengah peluk ais dalam 3 paket besar. memang sejuk ah. sebab malas nak ambik troli.
tiba2, saya dengar ada suara kecoh2 seperti ada orang bergaduh. dari jauh saya nampak seorang makcik 40-an berbadan gempal, bertudung tapi berjambul, bibir merah dioles lipstick dan berwajah masam sedang bertekak dengan jurujual.
saya menilai. perempuan ini seorang yang tiada adab. jurujual bercakap dengan nada yang rendah dan halus. tapi dia membalas dengan nada tinggi dan kasar. sambil tangan dia pun turut sama bercakap. tangan sebelahnya lagi sedang memeluk seorang budak.
alamak. budak laki tadi. bradycardia mula terasa.
saya: ahhh lantak korang lah. pandai2lah setel.
orang ramai berkerumun kat tempat makcik tu bergaduh. saya buat2 xnampak. tengah tunggu turn nak bayar. pastu nak balik.
tiba2, makcik tu berjalan menuju ke arah saya.
eh, makcik ni datang kat aku ke? berderau darah. adrenalin rush.
sambil berjalan dan menunding jari ke arahku. "mu ke hok tuduh anok aku ccurri??"
Allah.....
Aku: hah??? ape ni. takutnye.
seluruh mata dalam econjaya tu beralih ke arah aku. macam drama.
aku senyap. terkedu. terkejut.
makcik tu terus marah sambil menunding jari ke arahku. dia maki hamun dalam dialek kelantan yang pekat. aku pun x paham. tapi yang pasti dia sangat marahkan aku kerana dia kata aku menuduh anaknya mencuri. dia kata sejak kecik dia xpernah ajar anak dia mencuri. dia dah didik anak dia dengan baik. bla3....
tiba2 mak aku datang dari belakang. memegang bahuku. dengan suara perlahan ummi tanya. dah bayar ke?
ummi ambik ais tu letak kat kaunter dan bayar. buat macam xde ape2 berlaku. habis bayar umi cakap, "dah dek, jangan dilayan orang yang xde akhlak macam ni."
sengaja ummi kuatkan sikit suara supaya orang2 yg berada disitu dengar.
ummi tarik tangan aku keluar dari kerumunan orang yg ramai. meniggalkan makcik itu terkontang-kanting.
perghhhh...masuk je keter air mata keluar aku macam air terjun.
masa drive, bila nampak aku menangis makin ntah hape2, umi slowkan kereta dan berenti tepi jalan.
umi cakap. dah jangan fikir lagi. apa yang adik buat tu betul. semua orang boleh nilai. kalau betul makcik tu didik anak dia dengan baik, makcik tu xkan berperangai macam tu. kata2 x memenangkan tingkah laku. kalau mcm tu perangai emaknya, xpelik la kalau anak jadi pencuri.
aku tarik nafas panjang2. berheni menangis dan kembali normal.
moral of the story: didiklah anak2 dengan agama. jadi contoh yang baik buat mereka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.
(At-Tahrim: 6)