Wednesday, December 28, 2011

study dan mati

Letih belajar. Termenung sekejap. Macam2 perkara menarik dirinya untuk bangun dari meja study. Akhirnya, dia tekupkan muka di buku dan melelapkan mata. Tidak! dia bangun semula. Bukan ini kerehatan yang merehatkan. Bukan ini. Dia bangun menuju ke toilet. Ambil wudhu’, solat sunat dan meneruskankan pembacaannya.


Selepas seketika, fokusnya terhenti semula. Kali ini dia membenarkan fikirannya melencong selain dari buku yang terbuka dihadapan. Fikirannya cuba merentas masa. Membayangkan dimana dirinya pada masa akan datang. Sengaja difikirkan yang indah2. Berjaya membawa pulang ijazah. Berbakti pada tanah air. Membuka sebuah hospital. Mempunyai keluarga yang bahagia. Anak2 yang comel. Dan akhirnya….

Dia cuba fikir lagi.

dan akhirnya…Kemana?

Mati!


Dia meneruskan perjalanan masa. Dalam hati “semoga ini menjadi peringatan buatku walaupun di meja study.”

Bintang-bintang dan planet yang berterbangan di angkasaraya bertembung sesama sendiri. Bunyi dentuman memecah deria pendengaran manusia. Para malaikat berasak-asak turun dari langit.

Sudahlah bertubuh besar, turun pula dari tempat yang tinggi. Sedangkan sebah kapal terbang yang membawa kira2 300 penumpang turun di lapangan terbang menghasilkan bunyi yang membingitkan dan tidak terdaya telinga mendengarnya. Ini pula malaikat yang tidak terkira banyaknya turun dalam keadaan berbondong-bondong. Deru angin sangat menggelora, laksana angin taufan yang melanda.

Dia teringat sebuah kisah yang didengar dari ustaznya.
Ketika Allah hendak memberikan suatu hukuman terhadap kaum nabi luth, Allah Taala memerintahkan malaikat Jibril supaya menggertaknya. Dengan sekali gertak, gempa bumi yang dasyat berlaku. Permukaan bumi yang terbenam jadi terbalik. Tanah dari perut bumi terbongkar keluar.

Sehingga kini tanah bumi kaum luth yang diterbalikkan itu kontang dan gersang. Waktu nabi muhamad saw melalui kawasan bumi itu,nabi berpesan supaya tidak berhenti disitu walaupun dalam keadaan yang sangat letih. Nabi memberitahu sahabat bahawa disinilah tempat malaikat jibril menjerkah kaum nabi luth sehingga kaum yang ingkar itu terbenam dalam perut bumi.

Betapa bukan kecil binasa yang berlaku dari deru para malaikat.
Di mashar itu, kesemua malaikat turun dalam keadaan cemas. Dari 7 dimensi langit meraka menuju pada satu padang. Seperti merasai satu kegerunan akan tiba. Seluruh malaikat menundukkan pandangan kerana takutnya melihat kedasyahtan huru hara. Suasana kian gawat. Sayap para malaikat tidak kemas lagi.

Mauqif mashar kini sudah penuh. Seluruh penghuni langit dan bumi menanti dengan debar. Bila semua ini akan berakhir. Ke syurga, kenarakakah aku?
Matahari yang sebelum ini dimalapkan, kini diberi kuasa panas. Panasnya berganda-ganda dari panas sebelumnya. Kedudukannya yang tinggi, kini direndahkan. Serendah satu jengkal dari kepala manusia. Panasnya mampu menghancur tubuh manusia.

Padang mashar yang begitu luas menjadi sangat sempit. Manusia dan jin berkumpul terhimpit-himpit. Dari zaman adam sehingga hari kiamat, semuanya berasak2 di padang mashar. Manusia saling tolak menolak, pijak memijak. Rengkung bagaikan putus dek terlalu dahaga. Jangankan panahan matahari yang memanaskan, hembus nafas juga dirasa seperti bara.

Peluh memercik dari tubuh sekalian manusia. Dari dahi menderu ke tumit. Bumi mashar menjadi lecah. Akhirnya banjir dan menenggelami manusia.

Tapi di satu sudut terlihat beberapa manusia tersenyum bahagia. Dialah manusia yang patuh semasa hayatnya. Dialah manusia yang tunduk pada yang esa. Disitu allah memeliharanya.


Setengah jam berlalu. Dia terhanti dari lamunan. Segera bangkit dan mencapai pen dihadapn. Dia menyambung semula studynya. Dalam hati dia berkata, semoga “aku juga mampu tersenyum disana”.


Sungguh…mati itu adalah satu peringatan.


Kemana kita selepas mati?

No comments:

Post a Comment