Monday, December 12, 2011

PRU Mesir


Alhamdulillah, Pru Mesir pusingan pertama didominasi oleh puak islam- Ikhwan Muslimin dan Salafi.

Satu kemenangan yang dijangka, tapi tetap mengejutkan Amerika Syarikat. lalu AS menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir. Sudah tentu, apa hak mereka untuk campur tangan rumah tangga orang lain.


Dulu mungkin ya. Tapi bukan sekarang. Rakyat Mesir kini tidak lagi menerima kewujudan Israel. perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic begitu subur di Negara ini. Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana ada hubungan yang akrab dengan Hosni mubarak. Syukur hosni mubarak telah terguling.


Ya Allah, mungkinkah kemaraan islam akan bermula dari sini?

Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (FJP) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas FJP dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).


FJP akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.


Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular.

Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama FJP. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. FJP juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.

Semoga kemenangan milik umat islam. Insyaallah.



p/s- depan pintu masuk university saya ada kain rentang yang ada gambar calon2 FJP. Seorang kawan saya bertanya, kenapa calon2 IM ni semuanya tak berjambang? Emmmm…entah la. Perlu ke? haha

No comments:

Post a Comment