Sunday, December 18, 2011

nasihat abi : adek dah hafal surah ape?

Sepatutnya sekarang aku di kelas. Tapi sebab terlajak tidur, akhirnya aku di depan laptop. Semuanya gara2 sakit perut malam tadi. Lepas subuh baru terlena. Dalam dok sibuk2 surf internet tiba2 aku nampak ayah aku online. cepat2 aku call skype beliau.

Pompang2 kami berborak. Dari satu kisah ke satu kisah. Dan yang pasti soalan ni mesti akan ditanya. "Dah hafal surah apa dah?"

Aku hanya tergelak kecil. hehehe.. " xhapal surah ape2 la bi. takde masa."

Pastu mula la abi panggil adik aku yang paling kecil untuk membaca surah yang telah dihafal. Tasnim, 6 tahun. Terjengket2 kening dia baca. Saje nak riak depan aku. Ceh, nyampah. Aku tersengih je la. Kalau geram sangat aku jelir lidah kat dia.


"adek ade hutang abi apa2 tak?"

"hmmm...mestila ade. duit yuran, masa, semua2lah."

"adek hutang abi 2 tahun."

"ha? kenapa dengan 2 tahun?"

"dulu adek janji nak pi hapal quran 2 tahun. abi nak adek tunaikan janji tu lepas habis blaja nnti."

"heheh.. yeke... masa adek cakap dulu, adek muda lagi. zaman sekolah. sekarang adek dah tua bi. silap haribulan setel blaja, habis housemenship, umur adek dah 30. belum kira dah kawin ke belum tu. buatnye suami adek x kasi."

"xkira la dah 30 ke 40 ke, hafal quran tu x ikut umur. suami xkasi ke kasi ke, ini janji adek dengan abi. xboleh orang lain yang batalkan."

"insyaallah bi. doakan adek habis blaja tepat waktunya."

"ok. kalau adek senang abi nak bagi tips. hari2 salin balik setengah muka surat alquran. salin ayat dan tulis sekali maknanya. buat dalam buku khas. buat alquran sendiri. pastu hafal dari situ. dah hafal page tu baru salin yang lain. akhir tahun ni abi nak tengok. dah banyak mana buat."

"hahaha...series ke bi? huhuhu...insyaallah. kalau la ngapal quran tu semudah menyalin atas kertas, berkeping2 muka surat pun adek boleh buat."

"salin tu ngapal la. bukan salin saje."

"hehe...yela..insyaallah bi."

Tapi sebenarnya, setiap kali aku berfikir tentang nak hafal al-quran, aku selalu ditipu dengan idea sendiri. Pada aku, para huffaz itu tiada apa yang lebih kalau setakat quran dI dada sahaja. Tidak menjiwai. Sama saja dengan orang yang tidak mengahafal al-quran. Itula yang aku nampak pada sesetengah orang disini.

Mereka menghafaz alquran, tapi mereka tidak mengambil ibrah daripadanya. Buktinya, akhlak yang terpamer tidak seindah title yang dibawa. Al-huffaz. Kecewa.

Pada aku lebih baik cekang ilmu agama dari hanya lancar bacaan sahaja. Cukuplah menghafal sekadarnya untuk menjadi bacaan dalam solat dan sebagai dalil pada sesetengah perkara.

Lalu abi menjawap. "orang yang hafal quran tu lain. orang yang tak menjiwai tu lain. orang yang x hafal langsung tu pun lain."

"Semuanya terpulang pada kita. mana yang kita pilih. kalau orang tu hafal quran sekadar nak dapat title, itu masaalah dia. tapi kita yang tak hafal ni, xkan la tertolak dengan sebab masaalah dia."

Abi nak anak-anak abi dapat kelebihan dari mengahafal al-quran.


1.Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

2.Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda,
“Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

3.Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Ganjaran di akhirat

5.Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

6.Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

7.Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Aku senyum. Jauh2 aku buang sangkaan ku yang silap pada para huffaz yang x semenggah itu. Itu personality mereka. Aku juga apa kurangnya. Yang pasti, mereka lebih dari aku dalam mendapat ganjaran2 dari Allah. Aku? Tiada apa.

lebih baik aku cuba.

No comments:

Post a Comment