Ini hakikat yang tak pernah padam. Dulu, umat islam umat yang mulia, bermaruah, bertaqwa, kuat, agung, tiada tandingan. Tapi kini, umat islam lalai. Leka dengan dunia. Sibuk bergembira. Hancur akhlak. Hanya tahu bersuka ria. Pergaulan tiada batas. Kalut hendak memuaskan kemahuan sendiri.
Sedih…..Hilang ummat yang izzul di dunia. Kenapa? Kerana kemungkaran itulah punca keruntuhan. Allah berfirman:
“Mereka lupa Allah, lalu Allah lupakan mereka.”
Sama juga. Kita lupa Allah, lalu Allah lupakan kita.
Dengarkan kisah saya. 5 Mei lalu, telah berlangsung sebuah program kugiran ala-ala ‘Battle Of The Bands’ disini. Di university yang saya cintai. Tempat saya menimba ilmu. Medics got talent. Ini…kami pelajar medic bukan tahu belajar saja. Kami juga punya bakat. Kami umat islam juga punya bakat. Mungkin itu yang ingin dibuktikan.
Saya berbual dengan rakan-rakan. Ramai juga yang tidak tahu menahu. Terutamanya pelajar aliran conventional. Tak apa. Saya faham kalian sibuk hendak periksa. Ramai yang study di rumah. Tutup laptop. Off handset mungkin. Lalu terputus langsung berita tentang isu semasa. “tak sempat la. Banyak benda nak study ni”. Tapi pelik juga, status fb bertukar hari2. Walaupun hanya menulis, gambate!! Chaiyok2!!
Takpe, saya faham. Harapnya Allah juga faham. (ayat ini adalah sinis)
Maafkan saya bersikap sinis. Saya tidak nafikan, bukan semua manusia tahu semua benda. Saya juga bukannya tahu semua isu di Mesir mahupun Malaysia. Masing-masing ada kekurangan. Cuma, saya harapkan, lepas ini tolong lebih cakna. Cakna dengan isu semasa yang berkaitan dengan kita. ‘Kita’ itu hambaNYA.
Mungkin isu ini nampak remeh. Pertandingan nyanyian sahaja. Lagipun pihak university yang anjur. Kita tak boleh buat apa-apa. Ya, memang kita tak boleh batalkan. Tapi kita boleh bersuara. Bersuara memahamkan rakan-rakan. Bersama menjaga batasan. Islam tidak melarang bergembira. Tapi ada batas yang perlu dijaga.
Mungkin sebab itu, tampil individu yang mencipta page BANTAH medic got talents. Saya sangat bersetuju.. Walaupun ada segelintir individu berkata, page itu hanya memburukkan keadaan. Menimbulkan pergaduhan. Membuka sisi gelap mansurah. Cuba pandang tujuan asalnya. Memahamkan pada yang tak faham. Memberitahu pada yang tak tahu. Itu juga satu usaha untuk bersuara.
Tapi saya sedih. Kerana sangat sedikit orang yang cakna. Baik dalam FB, dalam YM ataupun diluar sendiri. Hanya individu yang sama sahaja bekerja. Mana orang lain? Mana persatuan2 yang sangat banyak di Mansurah? Mana jemaah2 yang hebat di mesir? Mana Kelab 1Malaysia? Mana ISMA? Mana KONSIS? Mana ABIM? Mana tabligh? Mana?
Mana mungkin awak tahu? Takkanlah awak tahu semua orang berdakwah ke tak?
Maafkan saya. Saya duduk dalam masyarakat. Saya bergaul dengan masyarakat. Kalian itu bergerak dalam masyarakat. Jika orang yang bergaul dengan masyarakat tidak nampak, mungkinkah orang-orang yang tidak kisah hal masyarakat akan nampak? Saya hanya mahu kita semua bersama.
Tahniah kepada yang berusaha. Pcm yang berusaha. Pmram yang berusaha. Individu2 yang berusaha. Terima kasih.
Bukan hendak mengungkit, tapi hanya mencungkil. Perkara seperti inilah juga yang berlaku semasa program Gala Night anjuran GMN tahun lepas. Disebabkan hanya PCM yang bertindak, segala tohmahan telah dilempar ke muka PCM. PCM dituduh tidak berhikmah. Tidak pandai menegur dan lain2 lagi. PCM itu hanyalah sebuah persatuan. Di dalam PCM itu adalah kami. Apabila kami jatuh, kami sangat berharap ada pihak yang menyambut. Menyokong. Bersama mengerakkan kerja amal maaruf nahi mungkar waktu itu. Tapi tiada.
Sudahlah tidak membantu, malah ada pula yang membantah-bantah. “Oh, kamu tegur tidak berhikmah”
Jadi, kenapa kalian tidak membantu? Jemah-jemaah yang tidak sama dalam masalah ini seoalah-olah ingin menonjolkan diri mereka sebagai jemaah yang tidak ekstrem. Yang baik. Yang boleh menerima apa-apa pendapat. Pelajar-pelajar Azhar juga perlu diperbetulkan fungsinya. Sebab kalianlah bakal pendakwah yang bertauliah. Kenapa tidak beraksi di sini lagi? Sepatutnya kalianlah yang membimbing kami.
Akhir sekali, saya mengajak kepada semua jemaah yg ada di mesir ini bersama membenteras kemungkaran. Jangan hanya menang amal maaruf tapi kalah pada nahi mungkar. Sungguh, mengajak berbuat baik itu tidak sepayah melarang perbuatan mungkar. Tapi amal maaruf nahi mungkar itu tidak boleh dijuzuk-juzukkan.
Tujuan saya menulis artikel ini:
1. Mengajak sahabat-sahabat lebih cakna.
2. Mengajak jemaah-jemaah lain turut bersama.
3. JPMK juga sepatutnya memainkan peranan. Kerana anda mewakili suara pelajar. Kami tidak mahu program sebegitu dijalankan. Oleh kerana program Mancester kebanyakannya terdiri daripada pelajar Malaysia, jadi kemungkinan untuk suara JPMK didengari itu sangatlah tinggi.
Tulisan ini lahir dari pengamatan saya sebagai seorang pelajar Mansurah yang terlibat secara langsung dengan masyarakat. Tujuan tulisan ini diperkenalkan supaya mahasiswa dari university lain dan jemaah2 lain di mesir buka mata. Usaha membenteras kemungkaran disini bukan terletak dibahu Unit hisbah atau Jaksi sahaja. Malahan harus dilakukan oleh semua orang.
Inilah jalan yang hendak kita tempuh. Jalan dengan membuka seluas-luasnya gelanggang bagi menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar. Mendidik dan mengasuh umat islam supaya takutkan Allah. Gerun pada seksaan neraka. Dan akhirnya rasa cinta dan damba pada syurga. Hasilnya mereka akan takut dengan dosa dan meninggalkan maksiat. Kerana kemungkaranlah yang menjadi punca keruntuhan dan kehinaan umat islam di atas muka bumi.
Sementara belum ramai yang terlupa, mari kita ingatkan mereka. Bimbang nanti, kita lupa Allah, lalu Allah lupakan kita.
Ditulis oleh,
Kauthar bt Hassan.
Tahun2 Perubatan, U Mansurah. Mesir.
kausar sayang .. 5 Mei .. awk tulih 5 April =)
ReplyDeleteoh... ok. sy betulkan. thanks kak nada..
ReplyDeletekak kauthar!subhanallah!hebat!terbuka mata saya baca...terkena ke diri sndri yg xcakna...T_T
ReplyDelete