Friday, December 17, 2010

pengkualitian

Kualiti, kebajikan dan kebebasan menjadi agenda utama dalam kempen saudara Azizi. Apa yang dimaksudkan dengan ‘kualiti’? Soalan ini sengaja saya lontarkan kerana saya rasa ramai tidak memahami erti kualiti , kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan oleh calon pengerusi mengenai manifesto yang beliau bawa.

Perkataan kualiti yang digunakan oleh saudara azizi ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan mahasiswa/mahasiswi dan persatuan. Ia mempunyai makna sangat luas.

Jika dikaitkan kepada pembaikan sistem pentadbiran persatuan, maka kata kualiti itu merujuk pembaik pulihan dalam pembangunan setiap unit . Ini bermakna kualiti mengandung makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan cara atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan.

Kualiti itu bermaksud cemerlang dalam segala aspek. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan mahasiswa/mahasiswi mansurah cemerlang dari segala aspek, maka agenda kualiti menjadi sangat mendesak. Sedarlah kita selaku pelajar perubatan sangat memerlukan kualiti.


Usaha melaksanakan pengkualitian membabitkan seluruh ahli . Ia bukan satu haluan yang mementingkan unit-unit tertentu. Ahli diberi harapan dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan kualiti itu sendiri.

Satu lagi perkara perlu difahami ialah untuk menjayakan kualiti bukan hanya terletak di bahu pengerusi semata-mata. Ahli-ahli PCM harus membabitkan diri secara aktif dalam menjayakan pembaikpulih kualiti. ini . kita harus didorong untuk memikul sama usaha menjayakan pengkualitian ini. Sekaligus menjadi pengukuh kesatuan.

Justeru, marilah kita menjadi ahli-ahli yang inovatif, kreatif dan produktif. Elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh unit PCM.

Jelas, makna kualiti terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistik supaya keberhasilan pengkualitian dapat menzahirkan impak yang berskala luas merangkumi setiap unit di dalam PCM.

Dikarang oleh,
kauthar hassan
tahun 2 perubatan conventional
U mansurah. EG

No comments:

Post a Comment