Monday, December 20, 2010

Disebalik bosan sebuah sejarah

Pelajaran sejarah memang bosan
Tapi sejarah sangat penting
Jika buta sejarah, maka buta hati
Buta sejarah tidak tahu asal usul
Tidak tahu asal usul maka lupa diri

Jangan jadi buta sejarah
Sejarah adalah masa lalu manusia
Ramai orang tidak suka subjek sejarah
Mereka lupa fitrah manusia perlukan sejarah
Tidakkah diri kita juga punya sejarah?

Sejarah itu suatu proses yang bersambung dan mempengaruhi satu sama lain
Sambungan masa lalu, masa kini juga masa depan
Semua ini adalah hasil yang berterusan
Sebab aku pernah gagal, maka aku tahu untuk mengatasi
Sebab aku pernah berjaya, maka aku akan teruskan usaha
Sebab aku pernah kecewa, maka aku takkan ulangi
Nah. sejarah jadi pendorong pada diri

Kalau benar anda sangat tidak minat sejarah
Lupakan yang lain tapi jangan sejarah islam
Agama Islam punya sejarah
Yang tidak terpisah dengan kehidupan muslim
Sedang orang sekular itu
Sudahlah tiada pegangan agama
Bahkan musnah juga keyakinan pada tuhan
Llntas atas dasar apa mereka ingin berbuat kebaikan?
Atas dasar nilai murni kah?
Bukankah nilai murni boleh berubah mengikut akal fikiran?
Kalau di barat, cium antara lelaki dan perempuan itu murni
Kalau di timur, cium antara lelaki perempuan itu keji
Maka mana yang perlu diikuti?
Nah inilah masanya kita buktikan sejarah islam dulu pernah diterima semua
Rasionalnya, dulu, kini selamanya



Apa itu sejarah ?
Sejarah itu pengetahuan yang menerangkan keadaan yang telah berlaku
Sejarah bila dihayati, menyebabkan kita sedar perkembangan hidup
Kita sedar perkembangan persekitaran.
Kita sedar kesan perubahan dunia atas diri
Kita sedar hak umat islam semakin dicuri
Kita tahu siapa punya hak atas palestin
Kita tahu apa itu syiah apa itu sunni

Ada orang mereka peristiwa dalam sejarah
Mencipta sejarah yang menyeleweng
Kemudian, sejarah yang salah diagungkan
Menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat
Buktinya, lihat saja buku teks sejarah darjah 5
Sudahlah salah, menipu pula
Sebab sejarah yang salah itu sering dibaca, maka ia menjadi benar.
Nah, bukankah mengkaji sejarah itu penting?
Lantas siapa yang akan membetulkan semula sejarah?

Kita juga akan menjadi sejarah
Kerana sejarah itu berpusing dalam kitaran
Sejarah semua tamadun, sejarah semua negara, berganti-ganti umpama roda
Peristiwa yang berlaku dulu , akan berulang kelak.
Mungkin peristiwa berbeza tetapi kisahnya sama.
Allah kan dah janji
Islam dulu diatas, kini jatuh, kan bangkit semula
Sebab sejarah memberi petunjuk, pengajaran dan iktibar untuk kita

Orang yang tak tahu sejarah
Membiarkan pisang berbuah 2, 3, 4,5 , 6 kali
Mari mengkaji sejarah kerana
Sejarah itu menyedarkan
Sejarah itu menerangkan
Sejarah itu memberi pengajaran

Ayuh mari mengkaji sejarah, hiduplah dalam perjuangan.


Tulisan,
Kauthar Hassan,
Tahun 2 perubatan conventional,
U mansurah. Eg.

No comments:

Post a Comment