Thursday, December 16, 2010

lipat selimut kalian

SEJUK musim dingin. Ramai lebih suka bergumpal dalam selimut. lipas juga jarang kelihatan....

Jiwa umat islam mabuk! Terlupa apa tujuan hidup. Mungkin juga tak pernah terfikir sebab apa manusia dicipta. Hilang ikatan dengan pencipta. Lupa siapa diri sendiri. Padahal tujuan itulah yang merupakan alasan untuk kita hidup di muka bumi ini. Semakin ghairah mengejar dunia, semakin kacau jiwa manusia. Sungguh materialistic itu indah. Tapi jangan kita lupa tentang perkara sammiyyat. Walaupun tiada di mata, tapi hakikatnya ADA.

Kita lupakah siapa kawan dan siapa lawan? Tidak sedarkah musuh2 islam sekarang ini sedang merancang menjatuhkan islam. Sungguh sedih, kita tahu musuh islam merancang, tapi kita terus tidur. Musuh islam mencipta pelbagai strategi demi menjunamkan islam. Butakah mata kita untuk melihat slogan kebebasan dibalik kekafiran? Seni dibalik maksiat? Kemajuan dibalik keruntuhan? Keadilan di balik kepincangan? Kita tak ubah seperti seekor lembu ditarik hidung.

Kita lupa untuk berdakwah. Selama hayat kita banyak berdiam diri menyaksikan kekufuran bermaharajalela di sekeliling. Musuh Islam dengan sekuat tenaga tanpa henti berusaha menghalang Islam agar tidak kembali ke pangkuan umatnya. Mereka tidak menginginkan Islam kembali berkuasa dan diakui keberadaannya.
Dan hendaklah ada di kalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada khair (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat perkara yang baik serta melarang perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya.” ( Ali-Imran: 104)

Akidah umat islam kini dirobek. Ideology-ideologi indah dicanang-canangkan. Kita jadi keliru mana satu akidah yang haq dan yang mana satu akidah yang batil. Halus buatannya sehingga sukar untuk menilai diantara crystal dan berlian. Ideology ini terserap masuk tanpa disedari seperti larutan hipotonik. Penyerapannya tidak dapat dikesan dengan mata kasar tetapi kesannya cukup mengagumkan. Ideology ini telah menghasilkan umat islam yang plural aliran pemikiran. Aliran pemikiran ini memecah belahkan umat islam. Tahniah, kita kembali semula ke zaman jahiliyyah. Berbanggalah kita dengan fahaman sekularisme, nasionalisme, sosialisme, liberalisma, pragmatisme dan entah berapa banyak isme lagi yang bakal wujud.

Jangan kita ghairah dengan ilmu kemodenan tanpa mengkaji.

Umat islam dulu umat yang cemerlang. Agama islam dijulang tinggi. Kewajipan ini telah ditunaikan oleh generasi pertama islam iaitu jemaah rasulullah. Tapi tidak lagi hari ini. Kita gagal memikul amanah rasulullah. Dimana hidup berjemaah?

Jika beginilah keadaanya,bolehkah islam kembali bersinar semula? Bolehkah islam kembali terpahat di hati2 manusia?

Allah telah berjanji. Agama islam akan menang. Cuma bila, siapa, bagaimana yang tidak kita ketahui. Islam akan menang. Islam pasti menang. Tapi jika nama kita tidak tersenarai dalam pejuang kemenangan itu..... siapa yang rugi?

Lipatlah selimut kalian. Hiduplah dalam perjuangan.

Ditulis oleh,
Kauthar hassan,
Tahun 2 perubatan conventional,
U Mansurah, EG.

No comments:

Post a Comment