Saturday, July 21, 2012

Ukhwah dan dakwah




langit merah dengan cahaya lampu.  Walaupun malam, hembusannya  terasa sedikit bahang.  Mengeringkan rongga2 dibadan.  Bunyi hon kereta dan muzik yang dipasang kuat oleh kedai2 di tepi jalan  menambahkan lagi sakit di kepala. Munirah berjalan  laju menuju ke bilik gerakan. Melintas deretan kedai runcit  perlahan-lahan, sambil matanya memerhati didalamnya takut2 terjumpa sesuatu yang boleh dibeli untuk dibawa masuk dalam meeting.


'Salam. Insyaallah meeting  AMF  malam ni. Jam 800 di QIS. Kehadiran wajib.' Sebuah mesej ringkas muncul di skrin telefon bimbitnya.

Hah? Ada meeting?  Malasnya...

Terus Munirah menekan punat kekunci telefon bimbit- "Salam. siti. Meeting AMF malam ni ke? Weh, aku minta maaf sangat. Aku tak dapat datang. Ade tusyen. Sori tau. Aku wakilkan ketua aku, dak Ayob. Dia datang insyaallah. Ok siti. Thankssss."

Sudahlah kelas hari ni habis pukul 4. Pukul 5 pula ada tusyen. Tibe2 dapat tahu pukul 8 ada meeting. Aiiii… tak logiknya aku nak masuk meeting. Tak mungkin, tak mungkin. monolog Munirah sendirian. Dia terbaring lemah diatas katil. Baru pulang dari tusyen. Tudung pun belum dibuka.

Seketika dia merenung kipas yang berpusing di ceiling.

Arghhh…pergi jelah.

Dalam perjalanan, sekejap2 dia tergelak kecil. Tak faham dengan diri sendiri. walaupun dia tak suka meeting, dia tetap pergi. Seperti ade sesuatu menggesanya. Ya, mungkin kerana kafahamnnya tentang gerak kerja dakwah. Dan mungkin juga.. hmm… xpasti.

Munirah gagahkan kaki untuk melangkah. Kaki masih boleh dipaksa, tapi hati…… Tetap dia cuba paksa. Kadang2 masuk meeting tapi mukanya seperti mahu makan orang. Huhhhhh. Panjang nafasnya dihela. Walaupun perlahan, dia teruskan berjalan.

Syukurlah, organisasi kita ini diikat dengan asas iman yang mapan. Berhamparkan al-quran dan al-sunnah kita bergerak.  Sirah jadi iktibar. Bukan materialistic mahupun duniawi. – Ucapan pembuka pengarah program.

Munirah dengar. Kepalanya tunduk menghadap lantai. Kadang2 dia meng-angguk-angguk kecil.  Didepannya barisan ikhwah. Meeting susualan berkala.  Biasanya akan dimulakan dgn kalam2 taujihat  dari pengarah .

Benar- semua yg diucapkan itu benar. Malah munirah faham dengan dalam. Tapi terkadang hatinya masih ada rasa berat dan sukar. Ahh..hati… Taman permainan sang iblis.

Tiba2 pintu dikuak. 

"Assalamualikum.. Maaf lambat." 

Sebuah senyuman terukir diwajah manis itu. Zulaikaha masuk perlahan2. Dia menundukkan pandangan  melintas di tengah laman mesyuarat. Dan akhirnya melabuhkan punggung disisi Munirah. Sekilas dia membisik, walau sayup, terasa kasih dihujung nada." Aku rindu sangat kat kau."  Tangan munirah digenggam erat. Seperti lama benar tidak jumpa.

"Lamanya tak jumpa." Munirah membalas bisikan.

"Aah. Berapa hari?"

"3 hari."

Dua-dua tergelak kecil.

Ohh..Ini rupanya yang menarik diriku. Hilang dimata wajah yang kusayang. Ukhwah dan  persahabatan. Sesuatu yang tidak mudah  diterjemah  dengan butiran kata mahupun rangkaian pena.

Zulaikha, sahabat baik Munirah. Tapi 2-3 menjak ini, mereka jarang bersua. Pertamanya, kerana meraka bukan sekelas atau serumah.  Munirah, tahun 3 perubatan. Zulaikha, tahun 2 pergigian.  Keduanya, masing2 sibuk dengan jadual harian kelas dan persatuan.

Ukhwah. Serendah-rendahnya berlapang dada, setinggi-tingginya melebihkan hak saudara.  Ukhwah itu tali pengikat.  Mengikat hati- hati para duat. Jika  terputus, maka bercerailah ia. Nilainya tak mampu ditukar.  Sekali ia membekas, selama ia terpaut.

Sepanjang meeting Munirah berdakapan tangan dengan Zulaikha. Baru dia terjumpa sinar yang meneguhkan hatinya. Baru aku tahu. Walau aku faham, atas asas iman aku bergerak, namun ukhwah mempu memaniskan cara. Terimaksih Allah, atas kurniaan ini.


Meeting bersurai.

"lamanya tak jumpa kau. Exam ok?" tanya Zulaikha.

"Ok. Alhamdulillah."

"Cuti ni balik Mesia tak?"

"Macam nak balik. Tapi tak decide lagi. Ko balik ke?"

"Aku nak tolong PCM.Tapi aku nak raya dengan kau."

"Ok. Kalau camtu aku stay. hihi"
.
Kedua2nya tersenyum lebar.

Ukhwah pengikat hati. Ukhwah pembakar semangat. Ukhwah pemudah gerak kerja. Ukhwah penenang jiwa. Moga jangan ia terputus ya Allah.

Munirah, dulu dirinya berbeza. Datang dari sekolah yang tersohor di tanah air. Sekolah yang hebat dari prestige akedemik, tapi kurang dari akhlak. Semanjak tercampak di bumi ambia ini, perlahan2 angin perubahan merubah dirinya. Dulu dia tidak bertudung. Bajunya singkat, seluarnya ketat. Tapi bumi ini yang mentarbiyahnya.

Bukan baru dia ingin berubah. Sejak di bangku sekolah menegah lagi dia menyimpan rasa. Tapi persekitaran tidak pernah menyebelahinya. Syukur pada Allah yang mencampkkan dia dibumi barakah ini. Dia mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah. Dengan gerakan dakwah dia bergabung. Wasilahnya ialah ukhwah. Ukhwahnya ialah Zulaikha.  Disinilah pertama  sekali ia merasa manisnya ukhwah. Senyuman dan kehangtan kasih sayang dulunya  dirasa asing sekali. Sehingga muncul dibenaknya, tak sangka masih ada orang sebaik mereka di dunia ini. 

Zulaikha, aku sangat menyayangi mu. Sungguh.

virus mula menular...

bersambung..

No comments:

Post a Comment