Saturday, July 21, 2012

ukhwah dan dakwah 2



“Hello, assalamualaikum, zulaikha. Ko kat mana tu? Jom pegi makan?”

“Waalaikumsalam. Emm aku x free la sekarang munirah. Aku baru nak ke rumah Aini ni.“

“Ade ape?”

“Ziarah. Dia tak pergi kelas tadi. Nak ikut?”

“Emmm..xpelah. bye.”

Telefon bimbit dimatikan.

Terasa lain benar dengan tindakan sahabatnya  ini.

Virus ukhwah. Akibat terlampau menyayangi  sahabt, dia berlebihan dalam mencari dan memberi kasih sayang dan cinta.  

Kemesraan zulaikha terhadap aini mengancam perasaan Munirah.  Terasa seperti kasih sayangnya dicuri. Dia rasa seperti ditinggalkan dan dipinggirkan.  Lalu Munirah, putuskan. Biar aku berundur.  Aku lebih rela sendiri dari berkongsi. Munirah berlalu pergi.


“Munirah, kenapa 2-3 hari ni akutengok kau snyap je dengan aku?”

“Xde pape.”

“Kenapa ni, aku ade buat salah ape2 ke?”

“Xde.”

“Cakaplah munirah. Mana tahu aku boleg tolong.”

“Tak.  Kau dah x mcm dulu.”

“Ha?? Aku ke punca masalah kau ni? Aku xfaham. Apa sebenarnya?”

Tiba2, aini masuk.

“Hai zulaikha….   Saya ade beli pizza.. jom2 kita makan. Eh, Muni pun ade…  wahhh, bestnya ramai2. Jom makan sekali.”


Munirah mengalihkan pandangan kepada  Aini. Dia tersenyum tawar. Segera Munirah buat2 sibuk. “Eh2, saya nak keluar dah ni. Ade nak jumpa orang jap. Saya kelaur dulu ye. Baii”

Zulaikha memandang Munirah pergi. Dalam hatinya tertanya2. Apa salah aku?


 Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Perbaiki hubungan kami ya Allah..


Matahari tegak  diatas kepala . Megah dan gagah. Baju dibawah tudung mulai terasa basah. Sinaran yang tajam mengigit kulitnya yang halus. Panasnya memijar ke kulit. Mentari yang tergantung panas, meruap peluhnya dengan deras.

Zulaikha melangkah  laju.  Dia x sabar untuk segera tiba ke rumah. Hari yang panas membuatkan kepalanya terasa berdenyut2. Kadang2, dipicitnya perlahan2  untuk menurangkan sakit. kotak fikirnya sarat dengan pelbagai persoalan yang berat. Bertalu2 pertanyaan menerpa di kepala.

Apa masaalah dia ni? Aku ade buat salah ke? Kenapa perangai dia lain sgt? Kenapa dia senyap je dengan aku?

Sepanjang perjalan melintasi istad, kepalanya  tunduk   merenung  kejalan. Tak berani  angkat . Takut  dipanah mentari. Dulu berdua, hatinya gembira. Kini seorang, perjalanan pulang dari kuliyah ke rumah terasa sangat lama.

Dipersimpangan jalan,   tiba2 telinganya tertangkap bunyi kereta. Bunyi panas deruan enjin  menggerodak hati.  Semacam kilat, badan Zulaikha  dirempuh. Tak tahu dari mana bas itu muncul. Zulaikha terperosok kebawah bas. Bukunya berteraburan di atas jalan. Sebatang besi menjunam ke perut. Giginya terkatup atas bawah menahan sakit. Matanya dipejam kuat. Kakinya terasa kebas . Dalam keperitan dia menelan liur. Dia sedar apa yang berlaku.  Takut menguasai diri.

Tiba2 dunia terasa gelap, sepi, sunyi…

Dia terbaring kaku diatas jalan raya.

Dibawah perut bas yang panas.

Disisi enjin yang masih menderu ganas..

Nafasnya mula perlahan…

Perlahan….

Perlahan…

Berhenti.

“Hanya kepada Engkau yang kami abdikan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, ayat 5)

Zulaikha dikejarkan ke ward kecemasan.

Munirah bagai putus nyawa mendapat berita itu. Masakan tidak, tengahari yang panas itu, dia berdgaduh. Munirah bersikpa keras pada zulaikha. Walhal, sedikit pun bukan salah zulaikha. 

Dirinya yang terkene jangkitan virus. Ukhwah dari iblis. Yang kononnya terasa indah. Tapi sebenarnya tamak dan pentingkan diri. Dan dengan itu, bersedialah menerima akibatnya.

Sebuah kehilangan…



2tahun berlalu..

Berhati-hatilah, kerana ukhwah itu juga ada haknya.  Apabila ia tidak dipenuhi, sebenarnya kesilapan itu bermula dari  diri sendiri.  Ukhwah yang diraikan tanpa hak (menegur, menasihat, membetulkan, dll) itu bukanlah ukhwah. Tapi hanyalah rasa yang dibentuk-bentuk oleh perasaan dan jiwa tanpa ada panduan  agama.

Ukhwah itu bukan berpuak2. Tapi ukhwah itu adalah nasihat. Ukhwah itu kurnaiaan Allah pada hambanya.  Usah menunggu orang lain menjalin ukhwah , tapi kitalah yang sepatutnya memulakan ukhwah.

Ukhwah membentuk sinergi, bukan melemahkan.  Kerjasama yang dipaut dari hati kelak menghasilkan natijah yang mantap. Keserasian perlu dicari. Kasih sayang perlu disemai. Mana mungkin jiwa para daei tanpa belas dan kasih.  

Ukhwah membentuk kerjasamam. Tanpa kerjasama yang padu tidak sekadar gagal mendapatkan objektif yang disasar, malah gerak kerja akan barai.

“ Kita berukhwah kerana islam. Kalau bukan kerana islam, lebih baik tak perlu berukhwah. Munirah mematikan kata2nya.”  Wajahnya yang tenang menyembunyikan getaran di jiwa. Terkenang sahabat karibnya Zulaika. Satu persatu wajah2  AJK-AJK baru dihadapnnya  ditatap.

“Kadang2  ukhwah bermula dengan gerak kerja. Disinlah kamu mula mengenalinya. Baik ikhwah mahupun akhawat. Kenalilah sahabat2 anda semasa anda bekerja. Cubalah berusaha untuk tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia tak suka.  Kemampuan kita untuk mengiktiraf kemahuan dan ketidaksukaan seseorang itu akan membuatkannya lebih setia dan kagum pada lafaz ukhwah yang kita bina.dan jangan lupa, penuhi hak2 mereka.”


Syaitan cuba menguji dari setiap cara. Ada yang diuji dengan kesunyian, kebosanan, kekeringan, tanpa 
ukhwah. Ada juga yang diuji dengan rasa syang, cemburu, dan melepaskan.  Syaitan tidak akan putus asa melemahkan ikatan hati para du’at.  


Dan sekiranya anda telah dapat, jaga dan hargailah ia sebaiknya.


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran: 103)”


Ukhwah lebih indah dari dakwah?

Tidak.

Dakwah lebih penting dari ukhwah?

Tidak.


Ukhwah dan dakwah itu seiring. Gapai hati2 pada mad’umu, dengan kehebatan ukhwah. Dan ukhwah itu mencapah, bukan menjurus.

Berdakwah kerana ukhwah, itu silap. Tapi berdakwah kerana allah, nesacaya Allah mengurniakan  ukhwah.


Munirah mengakhiri kalam taujihatnya. Satu persatu wajah2 baru itu ditatapnya. Pucuk muda yang baru bertunas, perlu dibajai dan disemai dengan pedoman dan kasih sayang. Dan yang pasti ukhwah kerana Allah.

Selamat datang adik-adikku. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.

1 comment:

  1. bila kita sudah berada di gelanggang dakwah,
    akan datang jua ujian untuk menguji sejauh mana ketulusan ukhwah yang kita jalinkan..

    kakak, thanks 4 da sharing!
    jazakillahhu khairal jaza'..^^

    ReplyDelete