Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ramai yang menyokong. Kerajaan cuba bersikap telus. Memberi imej inginkan ketenteraman dan kebebasan bersuara. Walhal kebebasan bersuara telah dijamin dalam perlembagaan perseketuan. Paradox.
Tak mengapa, sekurang-kurangnya pengumuman ini menunjukkan sikap terbuka pemerintahmenerima pandangan dari pihak yang ingin ISA dimansuhkan. The prime minister has won his plaudits, most noticeably from the United States. Tahniah. Cuma, yang berjuang orang lain, yang menyambut kemerdekaan orang lain.
Harapnya pengumuman ini bukan pengumuan populis. Sengaja untuk meraih undi bagi pilihan raya umum ke-13.
Tapi tiba2 Nazri Aziz berkata:
“Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.” sumber
Apa ini? Ini bukan mansuh. Ini tukar baju. Kalau benar akta ISA dimansuhkan sepatutnya tahanan ISA yang ada sekarang juga patut dibebaskan dengan segera atau dibicarakan di mahkamah terbuka. Apa erti akta ISA dimansuhkan sedangkan tahanan ISA masih lagi meringkuk dalam penjara.
Betul, tujuan asalnya untuk menjaga keamanan. Tapi api takkan menyala jika tiada yang mencucuh. Manusia takkan menyerang kalau bukan ada masaalahnya. Kecualilah orang gila. Tapi tak pula orang gila ditangkap dibawah ISA.
Apapun yang pasti, selama ini akta ISA telah disalahguna. ISA menangkap sesiapa saja yang bersuara lantang menentang pemerintah. Mereka dituduh tanpa bukti. Mungkin bg mereka itu bukan masaalah, kerna ISA tidak perlu bukti. Ia hanya tangkap tanpa bicara.
Mudah kata Akta ISA ini adalah akta yang menuduh seseorang, kemudian tertuduh tidak diberi peluang membela diri. Mereka hanya menyiasat sendiri. Tempoh siasatan tiada siapa yang tahu. Maka meringkuklah mereka didalam sel yang kadang2 luasnya tidak mencukupi untuk berbaring. Mendera mental dan fizikal. Sepatutnya akta komunis ini awal-awal lagi dihapuskan. Sejurus komunis menyerah diri.
Dan sekarang, bila ISA telah dimansuhkan, kenapa mereka tetap tidak dibebaskan? Prejudis
Semoga akta yang baru tidak lebih zalim dari sekarang.