Tuesday, August 2, 2011

Berhentilah mengekang kami.


Asalnya saya tidak berminat untuk mengulas. Sebab hal ini bermain di Mesir. Saya pula berada di tanah air. Menghabiskan cuti yang baru bermula. Tapi bila permainan ini sudah melampau, saya sangat takut jika satu hari kerajaan dengan mudah menjatuhkan hukuman kpd mahasiswa sesuka hati.

Demokrasi di Malaysia semakin pincang. Pincang. Pegawai yang berkepentingan menjadi pengkhianat. Dengan tidak berfikir menjatuhkan hukuman kpd pelajar. Terlalu banyak yang ingin disebut. Tak tahu mana yang patut didahulukan. Mungkin perlu mengikut kronologi. Untuk kronologi baca disini.

Hak mahsiswa dicabul . Pada 9 Julai, kami pelajar2 Malaysia di Mesir yang rasa bertanggungjwab terhadap tanah air turut berkumpul menunjukkan sokongan terhadap himpunan Bersih. Bukan saja pelajar Malaysia di Mesir, tapi difahamkan di mana ada pelajar Malaysia di muka bumi, disitu ada kumpulan yang menyokong bersih. Itu bukan masaalah. Adatlah manusia mempunyai idea yang berbeza.

Tapi yang menjadi persoalan, kenapa hanya ketua penganjur himpunan Bersih di Mesir dikenakan tindakan? Beliau dibuang Universiti. Apa kaitan university al-Azhar dengan himpunan Bersih? Kalau betul kerajaan Malaysia mendakwa ini adalah himpunan haram, sepatutnya semua penganjur di luar negara dikenakan tindakan. Tetapi kenapa hanya kami ? kami di Mesir...

Pada pendapat, mungkin kerana di Mesir ramai pelajar mengambil jurusan agama dan yang paling utama terdiri dari bangsa melayu. Sedangkan di Australia, pelajar2 Malaysia lebih hebat, ramai dan lantang berdemo. Bezanya, di Mesir, semua pelajar adalah bangsa melayu. Nampak sangat seolah2 bangsa lain di Malaysia tidak berani disentuh. Tapi bangsa melayu semudah2nya diugut dan digugat.

Sungguh, perkara ini sangat dikesali. Tindakan kerajaan ini seolah-olah menyekat rakyat mahir dalam ilmu agama. Mungkin mereka takut, bila pelajar2 ini sudah mantap, cekang dibidang agama, mereka akan menegur kezaliman, kepincangan dan maksiat yang bermain dalam kerajaan.

Nah. Lihatlah pincangnya demokrasi di Malaysia. Kalau mehasiswa dlm Negara disekat menurut akta AUKU, kami boleh terima. Tapi kami, pelajar di negara Mesir tiada kena mengena dengan undang-undang itu. Lantas, atas undang2 apakah kami dihukum? Ini hak kami. Hati kami. Idea kami. Akal kami, kami yang tentukan apa yang hendak difikir. Hati kami, kami yang tentukan apa yang hendak dirasa. Sungguh kamu tiada hak!

Universiti Al-Azhar takkan membuang pelajar sesuka hati kecuali mendapat tekanan dari Kerajaan Malaysia. Buktinya, kerajaan Husni Mubarak jatuh diatas kuasa demo mahasiswa. Tapi, mereka tidak disekat untk meneruskan pembelajaran. Jika hukuman untuk pendemo adalah dibuang university, maka sepatutnya sekarang ni tiada lagi pelajar di Al-Azhar kerana majoriti pelajarnya berhimpun semasa menggulingkan Mubarak.

Tambahan, pelajar yg dibuang itu datang belajar ke Mesir atas biayaan sendiri. Jadi apa hak kerajaan Malaysia hendak menafikan mereka untuk belajar? Jika pelajar tersebuat ditajaa oleh kerajaan, kemudian kerajaan telah memberi amaran, baik itu logic untuk diterima. Tapi bukan itu yang berlaku. Ini zalim namanya.

Semakin hari, semakin banyak kekangan yang menghalang para pelajar untuk menjadi manusia yang berfikiran luas. Pandangan yg jauh disekat. Idea yang tinggi dicantas. Kasihan menjadi pelajar Malaysia. Mahasiswa tidak boleh berpolitik. Kalau begitu tak perlu meletak syarat daftar pemilih bermula pada umur21 tahun. Sedangkan umur 21 tahun rata2 rakyat masih belajar di IPT. Adakah pengundi pilihanraya lebih terjurus kepada orang yang tidak berpendidikan?



"Hendaklah kamu bertolong tolongan atas kebajikan dan taqwa dan janglah kamu bertolongan diatas dosa dan permusuhan …." Al-Maidah ayat2.



3 comments:

  1. hairan bagaimana al azhar menerima tekanan sehingga sanggup buang pelajarnya sendiri.
    sedangkan pelajar tersebut tidak buat kesalahan apa-apa.
    bagaimana dengan pelajar itu sekarang , kalau ada maklumat sila beritahu

    ReplyDelete
  2. bagus la kena buang patut buang korang sekali..cuma tahu memekik pasal idea lah haklah ...buta dengan permainan politik!! dibohong sikit pasal hak pasal pembaharuan dah ikut!! padahal tak tahu menahu langsung ttg agenda di sebalik bersih... bukak mata cari perkara sebenar dan fahamkan betul2 apa yang diminta oleh bersih tu...kalau ko sedar baru korang menyesal seandainya bersih tertunai...

    ReplyDelete
  3. diam la ko 'Anonymous 1'.. cakap lebur2.. ko yg xleh nak gune hotak. korap sane sini ko redho je.. hukum Islam tinggal blkg ko xpikir.. asal ko idop selesa, dah cukup.. PENTINGKAN DIRI!!! ramai lg idup merana, ko xpikir.. rakyat xterbela..
    Ko baik diam la.. lg ko bising, lg jelas kobodohan ko..

    ReplyDelete