Baru-baru ini, di tempat saya, telah datang melawat seorang tokoh pimpinan yang disegani, Ustaz Nik Muhamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Benar kata-kata beliau, mahasiswa perlu berani. Perlu bermasyarakat di bangku university lagi. Kalau ada mahasiswa yang berpendirian, study dulu bincang masaalah ummat kemudian (selepas tamat university), bersyukurlah jika lepas tamat belajar kalian masih hidup, muda dan mahu melibatkan diri dengan masyarakat. Kerana adatnya, manusia yang sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri, mana mungkin mereka tiba-tiba beralih arah untuk menyibukkan diri dengan masyarakat.
Orang yang tak memberi faedah kepada orang lain bolehkah disamakan sebagai sampah masayarakat? Macam penagih dadah, sikit pun x memberi faedah pada orang lain. Belajar tinggi-tinggi, balik Malaysia kerja hebat-hebat. Setiap bulan dapat gaji ribu-ribu. Duit masuk poket sendiri. Akhir tahun pergi melancong. Akhirnya mati. Sayang…
Saya menyokong himpunan BERSIH dan mengajak mahasiswa-mahasiswa di Malaysia sama-sama hadir.
Kerana umumnya, mahasiswa menyandang tiga fungsi strategi ini iaitu :
1. Sebagai penyampai kebenaran (agent of social control)
2. Sebagai agen perubahan (agent of change)
3. Sebagai generasi penerus masa depan (iron stock)
Saya sangatlah pelik jika ada pihak yang menentang himpunan ini diadakan. Teringin juga nak dengar atas alasan apa mereka menentang. Sudah terang lagi bersuluh pilihan raya di Malaysia memang tidak adil.Mungkin kerana ramai kawan-kawan saya di kalangan mahasiswa, jadi sebab itu kami mempunyai satu rasa yang sama. Bersetuju.
Kalaupun ada yang menentang, saya hanya mendengar dari surat khabar sahaja. Itupun dengar dari suara UMNO dan PERKASA. Maaflah saya tidak melihat PERKASA sebagai badan yang berfikir. PERKASA adalah sebuah badan pak turut maka ia terkeluar dari senarai anak muda yang berfikir walaupun ada ahlinya yang terdiri dari mahasiswa.
Memang Mahasiswa Malaysia selalu ditekan dengan waktu kuliah yang sempit, ancaman nilai rendah, dan drop-out yang boleh jadi bila-bila masa saja. Dengan alasan ini, ramai yang akur. “Baik aku belajar sungguh-sungguh dulu. Dah grad nanti baru fikir hal-hal lain”. Sayanglah, masa muda kalian terbuang di depan buku sahaja. Sedangkan Allah menciptakan manusia dengan otak yang hebat. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama. Maka anda bukanlah tergolong dalam anak muda 3B bijak, berani dan berjasa.
Berbeza dengan anak muda di Mesir. Sejak kecil lagi sudah nampak keberanian mereka. Keberanian mereka telah membuka mata ramai anak-anak muda di seluruh dunia. Akhirnya mesir berjaya menuntut kebebasan. Semuanya bermula dari himpunan anak muda.
Mungkin benar, "Pendidikan kita tidak mengajarkan untuk berani," Sekarang kita adalah mahasiswa. Jangan kita jadi mahasiswa yang enak menelan dengan segala macam ideologi, pandangan, ajaran dan sejarah.
Siapa yang belajar sejarah dia akan tahu. Disetiap kisah sejarah demokrasi, badan pelopor, penggerak, bahkan sebagai pengambil keputusan, itu semua kebanyakannya datang dari Mahasiswa. Baik di ceruk mana pun, mahasiswalah yang menjadi pemangkin.
Kerana mahasiswa mampu melahirkan pemikiran yang kritis, demokratis dan konstruktif. Itulah pola pemikiran mahasiswa yang perlu ada. Kerana mahasiswa mempunyai stamina dan semangat yang tinggi dalam pola kehidupan. Sayang sekali jika kita membiarkan kehidupan kita sebagai mahasiswa habis didepan buku sahaja. Sayang….
Sementara kita masih muda, sementara kita masih mudah bergerak, sementara kita masih berdarah panas, curahkan semangat itu untuk kebaikan bersama. JOM BERSIH.
8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kauthar Hassan.
wa caya sama lu!
ReplyDeletesalam..thanks..minta share ye^_^
ReplyDeletetiada yang lebih penat dari bende yang memenatkan di lakukan ketika penat...... mmg hidup itu memenatkan kalo tidak mati ertinya.....
ReplyDelete