Sunday, January 15, 2012

aku cuba meniup semangat

buat mereka yang telah kehabisan tenaga
buat mereka yang telah letih membaca
buat mereka yang pedih matanya
bertubi-tubi kata semangat keluar dari hati
maka jangan kau lelah
jangan kau berhenti
meski kau rasa
orang melihat, apalah sangat ujian ini
dengan buku pun menjadi lawan

kita ini para pejuang
yang berperang di atas kertas

meski dunia luar memanggil-manggil
jalan cita kita tidak mudah

hanya ini mampu kuingatkan
bangunlah dengan cepat
kerana kita bakal menggempur ummat


perlu gemilang dari sekarang!

Wednesday, January 11, 2012

tanda tanya

jika ia sebuah tanda, maka perjelaskan ia.

jika ia bukan tanda, maka jangan dijadikan ia sebagai tanda.

~monolog dalaman dihadapan buku parasit.

Thursday, January 5, 2012

logik akal demonstrasi

untuk bercakap soal hukum, saya bukanlah orangnya. tapi kerana persoalan ini bukan persoalan baru maka ramai ulama telah mambahaskan dan menyebarluas kefahaman ini dalam masyarakat. hukum asal pada semua perkara adalah harus. tapi ia berubah menurut ayat larangan Allah atau pun ayat suruhannya. jika ia dilarang, maka ia haram. jika ia disuruh, maka menjadi wajib.

oleh kerana rasulullah tidak pernah mengeluarkan hukum khusus pada aktiviti berdemonstrasi maka hukum asalnya ia adalah harus. jika berdemo untuk menegakkan benda yang haram, contoh: meminta kerajaan membenarkan pembukaan pusat judi atas alasan ekonomi, maka hukumnya haram. dan jika berdemo untuk membela nasib seorang muslim yang bakal dikenakan hukuman bunuh atas alasan yang bukan kesalahannya, maka ia menjadi wajib. wajib kifayah jika waktu itu telah tertutupnya jalan perdamaian.


tapi jika situasinya tidak runcing, maka terpulang pada penilaian individu. mungkin ada yg berkata demo untuk mempertahankan hak aktivis mahasiswa (adam adli) yang dibuang universiti itu tidak perlu. berdemo untuk memansuhkan AUKU tidak perlu. maka terpulanglah. kerana penilain perlu bagi setiap individu itu adalah berbeza.

cuma apa yang ingin saya luahkan adalah, kita rasa tidak perlu kerana bukan kita yang mengalaminya. kerana penindasan itu tidak terasa di bahu kita. kerana kita mempunyai sifat - asalkan aku bahagia, tak perlu campur tangan dlm bukan urusanku.

maka terpulanglah pada penilaian kalian.


jujurnya saya juga tidak suka demonstrasi. saya tidak suka berada di dlm crowded. saya tidak suka mendengar orang menjerit2. saya tidak suka slogan... hancur2. hancur _______ (nama sesiapa yang kamu suka). berpanas dan berhujan. keluar di jalan raya. kerana ia memberi penat.

ramai yang berpandangan berdemo itu tidak menguntungkan. lebih banyak negatif dari positif. hujahnya- menimbulkan kekacauan dlm negara. memberi pandangan pada orang asing bahawa malaysia bukan sebuah negara yang aman. jika sesebuah negara tidak terkawal rakyatnya maka ia membuka ruang pada kuasa luar untuk masuk dan mengganggu negara. hujah yang benar dan boleh diterima.

perasankah kalian bahawasanya itu hujah bagi mereka yang awal2 lagi telah meletakkan demo itu adalah keganasan. sedangkan demo bukan tempat mengangkat pedang. tapi tempat untuk menyuarakan pendapat.

dan sebenarnya berdemo juga ada syaratnya:
1. setelah berbincang menggunakan jalan yang sepatutnya. namun tidak diendahkan.
2. setelah memberi masa untuk pelaksanaannya. tetap juga tidak diendahkan.
maka apa lagi jalan yang ada? balik rumah dan tidur? atau ulang semula langkah 1 dan 2 selama-lamanya?

sedarlah semua sesungguhnya, demo itu ada kesannya. buktinya, negara mesir berubah wajah atas kuasa demo. bayangkan saja jika demo 25 januari di tahrir tidak pernah berlaku. maka selamanya mesir di bawah rejim kezaliman. penindasan itu satu kezaliman.

adakah rakyat mesir tidak pernah menggunakan jalan aman? adakah rakyat mesir tidak tahu perbincangan?

tidak.tamadun mesir adalah antara tamadun pertama yang wujud di dunia. sedangkan ulama2 besar rujukan dunia datang dari mesir. universiti islam tertua di dunia datang dari mesir. tapi mengapa masih berdemo? tidak cukup tamadunkah mereka?


jawapannya kerana sudah tertutup jalan perbincangan. tiada ruang lagi dalam perundingan. situasi yang sama dalam rundingan aman israel - palestin. sejak saya belum lahir, sehingga tua ini. rundingan itu tak pernah selesai. berunding selama-lamanya. itukah yang kita inginkan?


maka, dengan halusnya saya ingin kalian semua mengubah persepsi negatif terhadap berdemo. ia bukan sesuatu yang suka2. tapi ia boleh merubah dan memberi kesan.


kata kuncinya- setelah semua jalan rundingan ditutup. maka turunlah ke jalan.dan satu yang ingin saya muhasabah utk para pendemo- bertatasusilah lah dalam perlakuan dan pertuturan.



p/s: sebenarnya demo ini telah lama sebati dlm masyarakat. contoh1 : pemaju gagal menyiapkan rumah dalam tempohnya. para pembeli akan berdemo menuntut hak mereka. samada siapkan segera, pulangkan duit atau beri rumah lain.

contoh2: tempat pemprosesan sampah tidak diselanggara dengan baik menyebabkan masyarakat setempat terganggu dgn bau busuk. org kampung akan berdemo minta kerajaan selesaikan mslh tersebut.

tapi dalam kes2 sebegini tak pernah pula dengar ada yg ditangkap kan? sila kaji...


>>link pencerah

Wednesday, January 4, 2012

mujahadah

buat mujahidah pejuang agama Allah.sedarlah bahawa jalan ini bukan mudah..andai diri betul ingin berjuang, patrilah perjuangan itu dari lubuk hati..perjuangan itu bukan semata-mata perbuatan fizikal dan dari tubuh lahiriah.tapi aqidah yg perlu diimani dan dibaja dlm diri..suburkanlah jalan ini dgn cahaya Rabbani.serahkan sepenuh hatimu mengharap kasih Ilahi..kerana pasti ketenangan menanti.berjuanglah sahabatku kerana dikaulah serikandi..menjadi harapan buat membimbing ummah ke jalan Allah..

dah..pg study

:)

Friday, December 30, 2011

undur

bukan berundur
bukan memberi peluang
tapi mencipta strategi baru



ada sesuatu yg ingin dibuktikan...



still..

Wednesday, December 28, 2011

study dan mati

Letih belajar. Termenung sekejap. Macam2 perkara menarik dirinya untuk bangun dari meja study. Akhirnya, dia tekupkan muka di buku dan melelapkan mata. Tidak! dia bangun semula. Bukan ini kerehatan yang merehatkan. Bukan ini. Dia bangun menuju ke toilet. Ambil wudhu’, solat sunat dan meneruskankan pembacaannya.


Selepas seketika, fokusnya terhenti semula. Kali ini dia membenarkan fikirannya melencong selain dari buku yang terbuka dihadapan. Fikirannya cuba merentas masa. Membayangkan dimana dirinya pada masa akan datang. Sengaja difikirkan yang indah2. Berjaya membawa pulang ijazah. Berbakti pada tanah air. Membuka sebuah hospital. Mempunyai keluarga yang bahagia. Anak2 yang comel. Dan akhirnya….

Dia cuba fikir lagi.

dan akhirnya…Kemana?

Mati!


Dia meneruskan perjalanan masa. Dalam hati “semoga ini menjadi peringatan buatku walaupun di meja study.”

Bintang-bintang dan planet yang berterbangan di angkasaraya bertembung sesama sendiri. Bunyi dentuman memecah deria pendengaran manusia. Para malaikat berasak-asak turun dari langit.

Sudahlah bertubuh besar, turun pula dari tempat yang tinggi. Sedangkan sebah kapal terbang yang membawa kira2 300 penumpang turun di lapangan terbang menghasilkan bunyi yang membingitkan dan tidak terdaya telinga mendengarnya. Ini pula malaikat yang tidak terkira banyaknya turun dalam keadaan berbondong-bondong. Deru angin sangat menggelora, laksana angin taufan yang melanda.

Dia teringat sebuah kisah yang didengar dari ustaznya.
Ketika Allah hendak memberikan suatu hukuman terhadap kaum nabi luth, Allah Taala memerintahkan malaikat Jibril supaya menggertaknya. Dengan sekali gertak, gempa bumi yang dasyat berlaku. Permukaan bumi yang terbenam jadi terbalik. Tanah dari perut bumi terbongkar keluar.

Sehingga kini tanah bumi kaum luth yang diterbalikkan itu kontang dan gersang. Waktu nabi muhamad saw melalui kawasan bumi itu,nabi berpesan supaya tidak berhenti disitu walaupun dalam keadaan yang sangat letih. Nabi memberitahu sahabat bahawa disinilah tempat malaikat jibril menjerkah kaum nabi luth sehingga kaum yang ingkar itu terbenam dalam perut bumi.

Betapa bukan kecil binasa yang berlaku dari deru para malaikat.
Di mashar itu, kesemua malaikat turun dalam keadaan cemas. Dari 7 dimensi langit meraka menuju pada satu padang. Seperti merasai satu kegerunan akan tiba. Seluruh malaikat menundukkan pandangan kerana takutnya melihat kedasyahtan huru hara. Suasana kian gawat. Sayap para malaikat tidak kemas lagi.

Mauqif mashar kini sudah penuh. Seluruh penghuni langit dan bumi menanti dengan debar. Bila semua ini akan berakhir. Ke syurga, kenarakakah aku?
Matahari yang sebelum ini dimalapkan, kini diberi kuasa panas. Panasnya berganda-ganda dari panas sebelumnya. Kedudukannya yang tinggi, kini direndahkan. Serendah satu jengkal dari kepala manusia. Panasnya mampu menghancur tubuh manusia.

Padang mashar yang begitu luas menjadi sangat sempit. Manusia dan jin berkumpul terhimpit-himpit. Dari zaman adam sehingga hari kiamat, semuanya berasak2 di padang mashar. Manusia saling tolak menolak, pijak memijak. Rengkung bagaikan putus dek terlalu dahaga. Jangankan panahan matahari yang memanaskan, hembus nafas juga dirasa seperti bara.

Peluh memercik dari tubuh sekalian manusia. Dari dahi menderu ke tumit. Bumi mashar menjadi lecah. Akhirnya banjir dan menenggelami manusia.

Tapi di satu sudut terlihat beberapa manusia tersenyum bahagia. Dialah manusia yang patuh semasa hayatnya. Dialah manusia yang tunduk pada yang esa. Disitu allah memeliharanya.


Setengah jam berlalu. Dia terhanti dari lamunan. Segera bangkit dan mencapai pen dihadapn. Dia menyambung semula studynya. Dalam hati dia berkata, semoga “aku juga mampu tersenyum disana”.


Sungguh…mati itu adalah satu peringatan.


Kemana kita selepas mati?

Sunday, December 18, 2011

nasihat abi : adek dah hafal surah ape?

Sepatutnya sekarang aku di kelas. Tapi sebab terlajak tidur, akhirnya aku di depan laptop. Semuanya gara2 sakit perut malam tadi. Lepas subuh baru terlena. Dalam dok sibuk2 surf internet tiba2 aku nampak ayah aku online. cepat2 aku call skype beliau.

Pompang2 kami berborak. Dari satu kisah ke satu kisah. Dan yang pasti soalan ni mesti akan ditanya. "Dah hafal surah apa dah?"

Aku hanya tergelak kecil. hehehe.. " xhapal surah ape2 la bi. takde masa."

Pastu mula la abi panggil adik aku yang paling kecil untuk membaca surah yang telah dihafal. Tasnim, 6 tahun. Terjengket2 kening dia baca. Saje nak riak depan aku. Ceh, nyampah. Aku tersengih je la. Kalau geram sangat aku jelir lidah kat dia.


"adek ade hutang abi apa2 tak?"

"hmmm...mestila ade. duit yuran, masa, semua2lah."

"adek hutang abi 2 tahun."

"ha? kenapa dengan 2 tahun?"

"dulu adek janji nak pi hapal quran 2 tahun. abi nak adek tunaikan janji tu lepas habis blaja nnti."

"heheh.. yeke... masa adek cakap dulu, adek muda lagi. zaman sekolah. sekarang adek dah tua bi. silap haribulan setel blaja, habis housemenship, umur adek dah 30. belum kira dah kawin ke belum tu. buatnye suami adek x kasi."

"xkira la dah 30 ke 40 ke, hafal quran tu x ikut umur. suami xkasi ke kasi ke, ini janji adek dengan abi. xboleh orang lain yang batalkan."

"insyaallah bi. doakan adek habis blaja tepat waktunya."

"ok. kalau adek senang abi nak bagi tips. hari2 salin balik setengah muka surat alquran. salin ayat dan tulis sekali maknanya. buat dalam buku khas. buat alquran sendiri. pastu hafal dari situ. dah hafal page tu baru salin yang lain. akhir tahun ni abi nak tengok. dah banyak mana buat."

"hahaha...series ke bi? huhuhu...insyaallah. kalau la ngapal quran tu semudah menyalin atas kertas, berkeping2 muka surat pun adek boleh buat."

"salin tu ngapal la. bukan salin saje."

"hehe...yela..insyaallah bi."

Tapi sebenarnya, setiap kali aku berfikir tentang nak hafal al-quran, aku selalu ditipu dengan idea sendiri. Pada aku, para huffaz itu tiada apa yang lebih kalau setakat quran dI dada sahaja. Tidak menjiwai. Sama saja dengan orang yang tidak mengahafal al-quran. Itula yang aku nampak pada sesetengah orang disini.

Mereka menghafaz alquran, tapi mereka tidak mengambil ibrah daripadanya. Buktinya, akhlak yang terpamer tidak seindah title yang dibawa. Al-huffaz. Kecewa.

Pada aku lebih baik cekang ilmu agama dari hanya lancar bacaan sahaja. Cukuplah menghafal sekadarnya untuk menjadi bacaan dalam solat dan sebagai dalil pada sesetengah perkara.

Lalu abi menjawap. "orang yang hafal quran tu lain. orang yang tak menjiwai tu lain. orang yang x hafal langsung tu pun lain."

"Semuanya terpulang pada kita. mana yang kita pilih. kalau orang tu hafal quran sekadar nak dapat title, itu masaalah dia. tapi kita yang tak hafal ni, xkan la tertolak dengan sebab masaalah dia."

Abi nak anak-anak abi dapat kelebihan dari mengahafal al-quran.


1.Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

2.Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda,
“Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

3.Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Ganjaran di akhirat

5.Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

6.Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

7.Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Aku senyum. Jauh2 aku buang sangkaan ku yang silap pada para huffaz yang x semenggah itu. Itu personality mereka. Aku juga apa kurangnya. Yang pasti, mereka lebih dari aku dalam mendapat ganjaran2 dari Allah. Aku? Tiada apa.

lebih baik aku cuba.

Saturday, December 17, 2011

jiwa

bahasa jiwa

samakah ia dengan nyawa

tidak dapat dilihat dan disentuh oleh pancaindera

mampu menerima dua perkara pada satu masa yang sama

hakikat ia mahukan bahagia

setinggi mana ilmu manusia

tetap x mampu merungkaikannya

rahsia Allah kepada manusia


p/s- sampai sekarang xde manusia lagi dapat jelaskan bagaimana jantung berdegup sendiri. berdegup dengan sendiri itu bukan jawapannya.

Monday, December 12, 2011

PRU Mesir


Alhamdulillah, Pru Mesir pusingan pertama didominasi oleh puak islam- Ikhwan Muslimin dan Salafi.

Satu kemenangan yang dijangka, tapi tetap mengejutkan Amerika Syarikat. lalu AS menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir. Sudah tentu, apa hak mereka untuk campur tangan rumah tangga orang lain.


Dulu mungkin ya. Tapi bukan sekarang. Rakyat Mesir kini tidak lagi menerima kewujudan Israel. perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic begitu subur di Negara ini. Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana ada hubungan yang akrab dengan Hosni mubarak. Syukur hosni mubarak telah terguling.


Ya Allah, mungkinkah kemaraan islam akan bermula dari sini?

Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (FJP) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas FJP dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).


FJP akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.


Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular.

Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama FJP. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. FJP juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.

Semoga kemenangan milik umat islam. Insyaallah.



p/s- depan pintu masuk university saya ada kain rentang yang ada gambar calon2 FJP. Seorang kawan saya bertanya, kenapa calon2 IM ni semuanya tak berjambang? Emmmm…entah la. Perlu ke? haha

sembang rakyat


I’ve been very busy lately. Theres so much thing I want to blog about. But…time constraint.. nak ke class pagi pun kadang2 terjeng kreng..

Akhir-akhir ini, saya sering terlihat hasil karya yang mual dan menjengkelkan. Kemaraan ini harus dihentikan! Masyarakat malaysia harus bermaruah!

Ombak rindu, ongbak rindu, datin ghairah, sembang rakyat, papagoma naik kapal selam. Errr…


I guess, ramai pihak xpuas hati dengan video pendek sembang rakyat itu, lalu membuat laporan polis. Kalau mengutuk parti politik itu xpe lagi, tapi kalau mengutuk hukum Allah. Haruslah kerajaan Malaysia mengenakan tindakan undang2 kepada pembuat video tersebut.


Pertama kali saya tengok, dahi saya berkerut2. Cuba menonton sehingga habis walaupun rasa meluat. Rupanya pemikiran saya lain dari kawan2 yang sedang tengok sekali. Komen mereka, “teruknya UMNO ni. Sampai sanggup perlekeh hukum hudud sebab nak berkempen. Murahan sungguh”

Tapi saya "hmmm…aku tak rasa video ni orang UMNO yang buat. takkanlah lemah sangat pemikiran orang UMNO nak buat video yang makan diri sendiri. Aku rasa video ni mesti dibuat oleh agen Israel. Ade hidden agenda nak memecahbelahkan rakyat Malaysia. Sebab tak logic akal la sapa yang tengok video ni nak percaya dengan apa yang pelakon ni cakap kan? Sudahla semua pelakon pun nampak jahil, tak pakai tudung. Memang si pembuat video ni sengaja nak suruh orang yang tengok citer ni marah dan gaduh sesame sendiri ni .Hmmm...weh, aku kene tau sape yang buat video mengarut ni.”

Lalu saya pun menyibukkan diri meng search internet… lalu terjumpa video ini : LINK


what?? Adakah mereka sengaja membaling batu dan berharap batu yang mereka baling terlantun ke dahi mereka? Adakah mereka begitu terdesak? Tak sangka sebodoh ini teknik mereka mereka. Tak mungkin secetek ini pemikiran mereka. Adakah mereka fikir siapa yang menonton video itu akan terpengaruh??? Ohhh….

Mereka membuka kejahilan mereka sendiri. Mereka mengancam diri mereka sendiri. Bukan saja oleh manusia, malah juga oleh Pencipta. Mungkin inilah titik dimana PR harus mempercepatkan langkah ke Putrajaya!

Somehow, it is no good to deal with stupid people. They don’t know they are stupid. I'm waiting for the Majlis Agama action. He can deny his involvement. He can say ada orang memfitnah dia. But mind you, Allah knows everything. HE can do anything on you.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” - Al-Hujurat (49): 6.

The kufar always have their agenda : turning away from Haq. Our obligation is to obey Allah and His Messenger.


Jangan kita pun sama naik bersama kuffar.