Saturday, May 7, 2011

Apa hebatnya agama lain selain Islam?


Renung2kanlah,

‘Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau… Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta,ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah.Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad… Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad,sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad.Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah.Surah Sajadah pun dia hafal …. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

‘Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.’

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad.. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan…. …..

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina
Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28
November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, ‘Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.’

Perenggan 23: ‘Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggarhak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik’.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi….. semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: ‘Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap,didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalamkeadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu..

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia… 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullahditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!!Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak.. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan,heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agaristiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. ‘Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.’ Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri.Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan.. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ‘ Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini..’ Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu.. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,’Allah hu Ahad’… Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata ‘Allah hu Ahad’. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah
saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.
Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka
bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan ‘Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak’. Sahabat bertanya ‘Apakah fitnah besar
itu ya Rasullullah? ‘ ‘
Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.’ Sahabat bertanya lagi. ‘Mengapa begitu ya Rasullullah? ‘ Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia’..

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, ‘Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.’ Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak
nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya ‘International Jew’ (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar…
Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: ‘Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.’

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492,kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melakatumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh … semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah ‘garam dan ragi’. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi
. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan.
Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini.Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi’. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam.. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidakmenganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal,menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragiyang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi
, justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. ‘Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orangMelayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak… Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John’s Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.


http://firdaus26.wordpress.com/author/firdaus26/page/4/

Tuesday, May 3, 2011

Kebebasan Akhbar - MALAYSIA Tangga ke-143


Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom map
Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.

“Pada 2010, khususnya terdapat kebimbangan di Asia Barat dan Amerika Selatan, manakala peningkatan dicatatakan di kawasan sub-Sahara Afrika,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

azlan
Sekitar Asia Tenggara, Filipina, Indonesia, Thailand dan Kemboja menduduki tangga yang lebih tinggi daripada Malaysia.

Filipina terletak di tangga 93 dengan 46 mata dan Indonesia, di tangga 108 dengan 53 mata. Akhbar di kedua-dua negara dikategorikan sebagai 'separa bebas'. Akhbar di Thailand pula (tangga 138) dan Kemboja (141) adalah 'tidak bebas'.

'Berita baik' bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191).

Pada 2009, Malaysia berada di tangga 143, tetapi menunjukkan sedikit pencapaian pada tahun lalu dengan menduduki tangga 141.

Menurut kajian itu, 10 negara teratas adalah Finland, Norway, Sweden, Belgium, Iceland, Luxembourg, Andorra, Denmark, Switzerland, Liechtenstein, Belanda dan Palau.

azlan
Manakala 10 negara yang paling buruk pula adalah Burma, Cuba,Guinea, Eritrea, Iran, Libya, Korea Utara, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Antara 53 negara Komanwel, mereka yang di bawah kedudukan Malaysia termasuk Cameroon, Sri Lanka, Gambia dan Swaziland.

Laporan itu meletakkan setiap negara kepada tiga kategori - bebas, separa bebas dan tidak bebas.

Saturday, April 23, 2011

Jangan jadi keldai

Imam Syafei berkata: “ Siapa yang tidak pernah marah dia adalah keldai. Dan siapa yang tidak memadamkan api kemarahnnya adalah syaitan”

Menarik. Imam Syafei menyifatkan seseorang itu boleh menjadi dua perwatakan dengan marah. Samada seperti keldai, atau seperti setan. Maka, kawal rasa marah.

Kali pertama mendengar, saya pun tak tahu. Apa sifat keldai yang dimaksudkan. Walaupun di Mesir ini keldainya bersepah. Tapi saya sendiri tak pernah tertarik untuk untuk menilik seekor keldai.

Sampailah pagi tadi, saya mulai perasan. Ada seorang budak menunggang keldai. Keldai itu kecil, tapi barang yang dibawa sangatlah banyak. Macam nak patah tulang keldai. Budak itu pula, pada mataku pukul dengan kuat untuk suruh keldai bergerak. Maka saya fahamlah. Keldai itu sifatnya sabar, patuh dan akur. Dalam erti kata lain,bodoh.

Sifat itulah yang Imam Syafei cuba tunjukkan. Jika manusia itu tidak ada rasa sensitif, sejuk macam timun (cold as cucumber), maka dia tidak ubah seperti keldai.

Manakala jika seseorang itu mempunyai sifat yang melampau ketika marah, dia tidak ubah seperti setan. Maka, besederhana dalam marah. Tahan diri dari marah itu yang terbaik.

Rasa marah itu bukan masaalah. Itu normal. Tiada orang yang tak pernah marah dalam dunia. Melainkan dia tak betul. Kita semua dilahirkan dengan pelbagai rasa; sayang, takut, marah, geram. Semua rasa itu adalah anugerah. Tapi ia boleh jadi terkutuk jika perasaan marah itu teransang pada alasan yang salah dan diarahkan pada sasaran yang salah. Rasa marah boleh membawa ke syurga apabila hadir sabar. Tapi menolak ke neraka apabila hilang sabar.

Marah membawa banyak keburukan. Buruk pada diri, buruk juga pada orang lain. Maka tahanlah rasa marah. Seseorang yang gagah perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang yang mampu menahan marah. Benar marah itu perlu dihindar dari seorang mukmin, tapi Allah izinkan bila rasa itu didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah. Namun mestilah menurut cara hikmah dan batas yang dibenarkan. Jika kita perlu marah, maka janganlah ditahan. Marahlah bila islam dihina! Marahlah bila kehormatan dicabul! Marahlah bila hak dipijak!

Jangan jadi keldai!


Kauthar Hassan.

Hadith nabi tentang marah


Perkara Marah dan Yang Berkaitan Dengannya

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW. “Berilah wasiat kepada aku”. Sahut Nabi : “Janganlah engkau marah”. Kemudian dia mengulangi beberapi kali. Sabda nabi: “Janganlah engkau marah.” Riwayat oleh Imam Bukhari.

Penerangan Hadis

Adapun maksud perkataan “Janganlah Marah” yang dikatakan kepada lelaki tersebut ialah jangan menurut nafsu kemarahan itu, dan bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.

Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.

Wallahu A’lam.

p/s: hari ni, aku marah. aku cuba untuk tahan, tapi air mata pula yang mengalir. itu tanda aku sangat marah.

Saturday, April 16, 2011

Lembu dan manusia, siapa lebih mulia?


Lembu: Bangun tidur-makan-minum-buang air- membajak di sawah- balik kandang- tidur semula-mati.

Manusia: Bangun tidur-makan-minum-buang air- kerja-balik rumah-tidur semula-mati.

Maaf jika tajuk ini agak kasar. Tapi ini hakikat, jika manusia dan lembu itu sama perjalanan hidupnya, maka manusia dan lembu itu serupa. Boleh jadi, lembu itu lebih mulia kerana patuh pada tuannya. Tapi manusia, sudahlah hidup tanpa matlamat, malah engkar pula pada pencipta.

Jadi apa perkara yang membezakannya? Yang utama, manusia dihisab oleh Allah. Tapi lembu tidak. Jika itu perbezaannya, maka kita juga harus berbeza dari cara kita menjalani kehidupan. Kita perlu menuju Allah dan mengajak orang lain menuju Allah.

Tapi saya lebih ingin membicarakan soal mengajak orang untuk berdakwah.

Sering kali timbul persoalan dalam berdakwah, mengenai titik seseorang untuk bermula. Kerana mereka merasakan, mereka sibuk dan tiada masa. Sibuk bekerja. Sibuk belajar. Mereka melihat dakwah itu bukan yang utama. Tersepit diantara rasa sibuk dan rasa kurang ilmu. Lalu lahir persoalan antara menuntut ilmu,bekerja dan berdakwah. Mana yang lebih utama? (ilmu disini boleh diertikan kepada 2; samada ilmu dunia mahupun ilmu agama)

Golongan pelajar, majoritinya berkata, peranan mereka ketika ini adalah menuntut ilmu.Mereka mungkin akan berhujah dengan hadith-hadith yang tertentu mengenai kelebihan menuntut ilmu dan sebagainya. Adakah para sahabat tidak pernah mendengar hadith-hadith itu? Para sahabat lebih hebat mencari ilmu berbanding kita. Tapi dakwah tidak mereka cicirkan.

Bagi golongan bukan pelajar, majoritinya berkata “Saya sendiri belum cukup ilmu, mana mungkin saya mampu berdakwah.

Orang yang menuntut ilmu itu murid. Manakala yang berdakwah pula guru. Mana mungkin seseorang itu menjadi murid hingga kiamat. Begitu juga seorang guru. Pasti suatu hari kedua-duanya membawa beban yang sama dalam masa yang sama. Tidak mungkin kita menunggu ilmu menjadi begitu banyak dalam diri , sudah habis menuntut ilmu barulah mahu menjadi guru. Padahal ilmu itu sangatlah luas dan proses mencari itu takkan pernah berhenti.

Mungkin juga, ada yang berkata, “Buat masa ini saya perlu belajar, nanti apabila selesai belajar barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada penaja” Alasan ini mungkin akan diteruskan semasa bekerja. “Buat masa ini saya perlu bekerja, bila saya lapang nanti barulah saya berdakwah, saya mempunyai tanggung jawab kepada majikan dan keluarga” Dan seterusnya, apabila pencen. Mungkin dia boleh berkata, pencen lebih penting daripada dakwah! Bagaimana apabila kita mati? Apakah yang paling penting ketika itu?

Jadi, kita perlu bijak untuk menilai. Gagal mencari jawapan, kita berdiri di jalan yang salah. Satu golongan, sibuk belajar. Mereka banyak ilmu, mereka faham tapi mereka tidak mengamalkannya. Lantas tersekatlah proses dakwah. Satu golongan lagi, mereka terjun dalam bidang dakwah hanya berbekal semangat. Semangat tanpa ilmu takkan kemana.

Islam tidak menuntut kesempurnaan dalam berilmu barulah beramal. Di zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat telah mula beramal dan terjun ke medan dakwah sedangkan wahyu masih terus turun. Selama wahyu masih turun, selama itulah ilmu Islam belum lengkap dan sempurna dan terus berkembang. Ada diantara para sahabat yang baru saja masuk Islam tetapi telah dituntut untuk melaksanakan amal tertentu dan dibebankan dengan tugas tertentu. Lihat saja Khalid bin Al-Walid yang memimpin tentera Rasulullah s.a.w sedangkan ia baru saja masuk Islam.

Ilmu dan pemahaman bukan hanya diperoleh dalam bentuk pengajian tetapi juga dalam bentuk amali yang memberi pengalaman. Cubalah untuk berdakwah. Benar ilmu dan faham itu penting sebelum beramal dan berdakwah, tetapi amal dan medan dakwah itu sendiri adalah landasan yang baik bagi membina ilmu dan kefahaman.

Ilmu tidak semuanya saling berkait. Tidak sepatutnya seseorang tidak perlu solat selagi mana dia belum faham persoalan zakat. Begitulah juga dengan kerja dakwah. Tidak saharusnya seseorang itu terhalang untuk menyumbang kerana hanya ia tidak lancar mambaca alquran


Sungguh, Manusia itu lemah. Manusia sering tersilap. Banyak ilmu, luas kefahaman masih tidak menjamin dari bebas kesilapan. Begitu juga ceteknya ilmu, singkatnya pengalaman tidak semestinya selalu salah dalam tindakan.

Walaubagaimanapun, kita harus cuba memahami tentang ilmu yang ingin disampaikan. Kerana kita tidak mungkin dapat memberi jika kita tidak memiliki apa-apa untuk diberi.

Menurut Dr. Muhammad Said Ramadan Al-butty dalam kitab Rahsia Dakwah Yang Berkesan,ciri-ciri yang perlu ada pada da'ie ialah:

1)Menunjukkan contoh yang baik.

2)Mengutamakan dakwah kepada orang-orang islam lebih terlebih dahulu. Ini kerana jika orang islam betul-betul mendalami islam,maka orang bukan islam akan tertarik dengan keindahan islam sendirinya.

3)Mengetahui hukum dan adab-adab islam yang berkaitan dengan ilmu-ilmu dakwah.

Disini saya simpulkan, ilmu dan dakwah itu bergerak seiring. Tapi jika tidak mampu, tunjukkan contoh yang baik dan berniat untuk mengajak orang lain kepada kebaikan. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang yang tidak sia-sia hidup di bumiNya.

Ilmu tanpa agama adalah buta.

Agama tanpa ilmu adalah sia-sia.

Ilmu dan agama tanpa amal adalah celaka.

Kita dimana?


Kauthar Hassan.

Wednesday, April 13, 2011

Dari aku untuk kamu

Dengan kamu
walau komunikasiku tidak bersuara
kau selalu tahu apa yang ingin ku kata
kau selalu tahu apa yang ingin ku lihat
kau selalu tahu apa yang ingin ku buat

tika aku bersedih
kau tahu apa yang ingin ku dengar
kau berbisik ketelingaku
persis seorang magis
meniup sesuatu dihatiku
lalu aku pun tersenyum

kau selalu faham dengan diriku
kadang kala aku keliru
kau berlalu memberi ruang
membenarkan aku menilai sendiri

walau tiada bunyi dimulut
kau dengar
walau tidak terlihatkan sakit
kau tahu
walau air mataku bersembunyi
kau nampak
ketika hatiku rasa tiada yang memahami
kau faham

tak tahu kenapa aku rasa
kau bagai punya kuasa
mampu membuat hatiku tenang
walau tiada suara, aku tahu kau kata
insyaAllah, semuanya akan baik sahaja

kau tahu segalanya tentang aku
kau tahu apa yang aku bimbang
kau tahu apa yang aku takut
kau tahu apa yang aku suka
kau tahu aku tak mampu kongsi dengan sesiapa

aku nampak matamu bersinar
senyummu tersimpul
aku tahu kau bangga
kau juga tahu aku bangga
bangga atas persahabatan kita

dengan kamu
aku mengenal sahabat sejati
terima kasih ya Allah...

dari Kauthar untuk Amrah.

Kepimpinan ulama' ?

Sudah lama saya tidak mengemaskini blog ini. Kesibukan menyebabkan penulisan ini terpaksa diletakkan di prioriti yang agak bawah. Tapi saya rasa tidak ada masalah bagi pengunjung. Ini kerana adanya RSS Feed di sistem blog sekarang yang memudahkan langganan. Tidaklah teruk asyik mengklik saban waktu, tanpa adanya kemaskini. (Ketika saya menulis ini, Saudara Syed Khir dari TV9 menghubungi saya dari Malaysia, bertanyakan mengapa sudah lama tiada update).

Ada satu isu yang saya rasa terpanggil untuk mengulas ringkas. Lebih-lebih lagi, ramai yang bertanyakan saya. Alang-alang biar saya tulis di blog sahajalah. Isu ini mungkin agak panas baru-baru ini. Banyak blogger menulis. Banyak yang diminta ulasan. Panasnya, hingga kebanyakan berita di laman rasmi Dewan Ulamak PAS berlegar sekitar isu ini. Isunya “Kepimpinan ulamak”. Perlu sangatkah ulamak yang menjadi pimpinan atau, tak kisahlah siapa pun, yang penting mendaulatkan Islam.

Sebelum saya menulis lanjut, perlu ditegaskan di sini, maksud saya dengan kempimpinan ulamak di sini, adalah ulamak yang memang mampu mentadbir dan memimpin serta memahami keperluan kepimpinan. Tidak dinafikan bukan semua ulamak mampu mantadbir. Adanya ulamak yang berjiwa bagai Sayidina Abu Dzar Radhiyallahu ‘Anh (yang cukup hebat tetapi tidak disarankan menjadi pemimpin) bukan menjadi kayu ukur kepimpinan ulamak yang dimaksudkan.

Saya juga perlu sebutkan di sini, kepimpinan bukanlah suatu perkara yang patut direbutkan oleh mana-mana pihak jua, tak kira ulamak mahupun profesional. Ia adalah satu beban, satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan nanti. Akan tetapi ia juga satu fardhu kifayah yang wajib ada dalam Negara Islam.

Saya ingin mengulas ringkas persoalan dari tiga sudut:

1. Apa pandangan Fuqaha‘?

2. Bagaimana dengan sejarah?

3. Bagaimana pula pimpinan Ikhwanul Muslimin baru-baru ini yang bukan berstatus ulamak?

1. Apa pandangan Fuqaha‘?

Secara ringkasnya, majoriti Fuqaha’ meletakkan syarat untuk seseorang menjadi khalifah atau pemimpin tertinggi Ummat Islam mestilah seorang mujtahid. Bukan calang-calang ulamak. MUJTAHID lagi. Ini kerana urusan sebagai khalifah bukanlah mentadbir manusia dalam urusan dunianya sahaja, tetapi juga akhiratnya. Malah mengatur urusan dunia juga dengan panduan syariat. Jadi hanya seorang yang arif urusan akhirat sahaja yang boleh mentadbir.

Andaikata tiada mujtahid pada zaman tersebut yang dapat mentadbir, maka diserahkan pula kepada orang yang paling banyak memiliki syarat-syarat ijtihad yang telah digariskan oleh para ulamak. Terlalu tinggi syaratnya, dan bukan sekadar memahami tuntutan agama secara dasar sahaja.

Dalam masa yang sama, ulamak yang mentadbir perlu merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk kelicinan pentadbirannya, sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam isu “mengahwinkan” pokok.

Namun tidak dinafikan di sana ada satu pendapat daripada Mazhab Hanafi yang berpandangan tidak disyaratkan untuk menjadi pempimpin mestilah seorang bertaraf mujtahid. Dalam pendapat ini, cukuplah seorang Muslim yang berfahaman dasar agama, dan sentiasa menjadikan ulamak sebagai sumber rujukan.

Pandangan majoriti Fuqaha’ bahawa syarat pemimpin mestilah seorang mujtahid ini juga menolak pandangan sebahagian pihak bahawa ulamak mestilah non-partisan dan menjauhkan diri dari urusan politik. Ini kerana jika semua ulamak terdahulu berpandangan begitu, bagaimana mungkin mereka meletakkan syarat mujtahid ini pada seorang khalifah.

2. Belajar dari sejarah..

Sesiapa yang tidak membaca sejarah takkan mampu mencipta sejarah. Kalam ini saya selalu ulang dalam ceramah-ceramah saya. Dalam isu sebesar ini lebih-lebih lagi kita perlu melihat kembali sejarah kita.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah pemimpin Negara Islam pertama. Itu tiada syak lagi. Selepas kewafatan baginda, bukan semua sahabat menjadi rujukan ilmu agama, dan berstatus mujtahid. Pengganti Baginda, Sayidina Abu Bakar asalnya seorang profesional. Tetapi akhirnya menjadi seorang mujtahid di kalangan para sahabat. Begitu juga dengan Sayidina Umar, Sayidina Utsman dan Sayidina Ali Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Kesemua mereka tergolong di kalangan mujtahid terbesar daripada para sahabat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka ini dinamakan Khulafa’ Arrasyidin.

Pengganti mereka pula adalah Sayidina Muawiyah. Juga di kalangan profesional yang menjadi ulamak. Beliaulah penulis wahyu. Beliau juga perawi hadis. Beliau juga salah seorang ulamak di kalangan para sahabat. Selepas itu, turun pula pemerintahan kepada anaknya Yazid. Yazid bukan ulamak. Apa yang terjadi?

Fitnah besar melanda ummat Islam. Perpecahan demi perpecahan yang besar berlaku. Tidak dinafikan pada zaman Muawiyah sudah wujud perpecahan ini. Malah daripada zaman Sayidina Abu Bakar dengan golongan enggan membayar zakat, dan begitu juga zaman Khulafa’ Arrasyidin yang lain. Akan tetapi di zaman Yazid, ia tidak terkawal. Perpecahan cukup besar, hingga empayar Islam ketika itu tidak diketahui siapa pemerintah sebenarnya.

Mungkin ada yang menyebut, lihatlah Khulafa’ Arrasyidin itu semuanya profesional bukan? Memang benar. Tetapi mereka telah ditarbiah oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri hingga mereka menjadi mujtahid besar. Profesional kita hari ini pun boleh jadi ulamak jika belajar dengan bersistem dan bukan hanya dasar-dasar Islam sahaja. Ilmu Islam boleh dipelajari oleh semua pihak. Menjadi mujtahid atau tidak, itu anugerah Allah.

3. Pimpinan Ikhwanul Muslimin pula bagaimana?

Ada pihak di Malaysia (malah di kalangan mereka yang ingin berjuang dalam gerakan Islam) yang menimbulkan persoalan, Syaikh Mustafa Masyhur dan Syaikh Mahdi Akif bukanlah di kalangan ulamak, akan tetapi bagaimana mereka menjadi Mursyidul Am bagi sebuah gerakan Islam yang cukup hebat, Ikhwanul Muslimin?

Senang ceritanya, Syaikh Mustafa Masyhur dan Syaikh Mahdi Akif walaupun tidak digelar ulamak, tetapi keilmuan mereka jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan “ustaz-ustaz” kita di Malaysia. Kitab-kitab karangan mereka sahaja sudah membuktikan betapa tinggi ilmu mereka. Banding dengan Ustaz pun kita kalah, belum nak dibandingkan dengan golongan profesional kita.

Mereka tidak digelar ulamak. Tetapi mereka telah menghafal AlQuran dari kecil. Hadis telah menjadi sebati dalam diri. Kalam Fuqaha’ dan ulamak mereka telah hadami. Walaupun Syaikh Mahdi contohnya, adalah guru sukan, tetapi beliau adalah khatib di Masjid. Beliau adalah pendakwah yang cukup tegar. Ilmunya jauh lebih hebat dari kita. Jadi sebenarnya perbandingan yang kita lakukan dengan profesional Malaysia lansung tidak kena. Malah ia lebih menunjukkan betapa Ikhwanul Muslimin sehingga hari ini masih lagi menitikberatkan kepimpinan ulamak.

Adapun di Malaysia, oleh kerana suasana tempatan kita yang jauh berbeza, dan tahap keilmuan kita juga yang masih rendah, maka tahap mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dalam Pengajian Islam adalah satu kayu ukur mudah untuk ketetapan kelayakan minimum. Saya mengakui ada juga mereka yang tiada ijazah jauh lebih alim daripada yang mempunyai PhD., akan tetapi amat sukar untuk kita menentukan tanpa kayu ukur begini.

Akan tetapi bukan semua yang memiliki ijazah sarjana muda (hatta PhD) dalam pengajian Islam adalah ulamak. Banyak juga apa yang diistilahkan sebagai Ustaz Mee Segera atau Ulamak Mee Celup. Ada juga yang ijazah bergulung tetapi kefahaman agama amat kurang, maka kita perlu pula meletakkan syarat-syarat lain untuk mengenalpasti golongan ulamak (antaranya adalah dengan mengenalpasti dengan guru-guru mana yang dipelajari, dan kitab-kitab apakah yang sudah dikhatamkan).

Tulisan ini bukan ingin merendahkan mana-mana golongan. Maaf jika ada yang terasa pula. Ia hanya sekadar satu pencerahan yang saya rasa perlu dilakukan, dan satu jawapan kepada beberapa persoalan yang masih berbuku di hati kebanyakan kita, khususnya yang ingin bergelar pejuang Islam.

Saya juga tidak menafikan kewujudan khilaf ulamak dalam hal ini yang membolehkan kita bertaqlid dengan pendapat kedua. Namun saya masih tidak nampak rasionalnya untuk meninggalkan pendapat majoriti Fuqaha’ ini berdasarkan sirah dan pengalaman gerakan Islam selama ini.

Moga gerakan Islam akan makin utuh apabila gabungan ulamak dan profesional dapat bersatu hati dan tidak berpuak-puak. Malah biarlah kita menjadi satu. Sudah ramai ulamak yang menjadi profesional pada hari ini. Satu hari nanti, kita harapkan moga ramai di kalangan profesional kita pula yang boleh bergelar ulamak kemudiannya. Amiin.


http://aljoofre.iluvislam.com/?p=87

Wednesday, April 6, 2011

Aku ingin disayangi


Kenapa ada manusia kaya? Sebab Allah itu bersifat Rahman. Tapi lumrah dalam masyarakat ada juga yang miskin. Sepatutnya orang kaya mengikut sifat pemurah Allah . Orang kaya sepatutnya membantu orang miskin.

Teringat sebuah kisah sahabat bernama Abi Qatadah. Satu hari Abi Qatadah keluar rumah untuk kutip hutang. Bila orang yang berhutang itu ternampak Abi Qatadah, dia cepat2 lari sembunyikan diri. Tapi Abi Qatadah nampak. Lalu Abi Qatadah berkata: “Kenapa kau sembunyi bila ternampak aku?” Orang itu menjawab: “Sebab saya belum ada wang untuk bayar hutang.”Abi Qatadah tanya lagi: “ Kau sembunyi sebab takut Allah atau takut padaku?” Orang itu jawab:” Kerana Allah.”

Lalu Abi Qatadah berkata” Aku mendengar rasulullah s.a.w pernah bersabda “ siapa yang berharap Allah melepaskan dia dari kesusahan di hari akhirat, maka hendaklah dia menyenangkan orang yang berhutang.” Lalu abi qatadah pun berlalu pergi.

Orang yang memberi hutang lebih mulia dari yang bersedeqah. Sebab orang yang berhutang lazimnya adalah orang yang terdesak. Dia tiada jalan lain selain berhutang. Sedangkan sedeqah kadang-kadang ia bukanlah sasuatu yang amat diperlukan oleh orang yang menerima waktu itu.

Seperti kata pepapatah: sekali berdayung dua pulau berlalu. Maksudnya, mulianya orang yang melupuskan hutang. Sudahlah dia membantu melepaskan kesusahan sehabatnya waktu itu, kemudian dia dapat pula pahala bersedeqah.

Sesungguhnya terdapat satu pengajaran yang mulia dari hadis tersebut. Orang yang mempunyai rezeki yang lebih hendaklah bersimpati kepada golongan yang miskin. Beri hutang ketika meraka sangat memerlukan. Kemudian lupuskan hutang tersebut jika orang itu tak mampu membayar pada waktunya.

Melupuskan hutang dapat membebaskan seseorang dari beban yang ditanggung. Dalam masa yang sama, ia menggembirakan hati orang yang berhutang.

Kisah Abi Qatadah tadi memberitahu keadaan orang yang berhutang. Die rasa malu bila ternampak Abi Qatadah. Malu kerana menanggung hutang adalah kesan psikologi yangburuk. Sebab itu rasulullah ada mengingatkan dalam satu hadis” Jauhilah kamu dari berhutang, kerana hutang itu mendatangkan dukacita di waktu malam dan mendatangkan kehinaan di waktu siang”.

Tapi sangat malang zaman sekarang. Ramai orang suka berhutang. Berhutang bukan sebab kesempitan hidup, tapi sebab nak dapatkan lagi kemewahan hidup. Nak beli lagi kereta. Nak pergi bercuti. Nak besarkan perniagaan. Tambah malang lagi, sudahlah berhutang, hutang pula dengan pihak yang mengamalkan riba.

Kalau hutang yang juta-juta ringgit itu tak dibayar, nascaya semua hutang itu akan dibawa ke alam barzakh dan akhirat. Sedangkan mati syahid yang Allah dah janji terus masuk syurga pun akan tersekat sebab hutang.

Lalu bagaimana dengan Negara yang berhutang? Tahu atau tidak, di dunia ini terdapat sebuah bank dunia yang memberi hutang kepada negara-negara yang memerlukan. Sekali terjebak bukan mudah untuk lepas. Mungkinkah negara kita yang tercinta juga terjerumus ke dalam gaung itu? Kita sedar atau tidak? Jadi sekarang siapa yang menanggung hutang-hutang itu?

Bersambung…

Sunday, April 3, 2011

tegur aku

Bangga sekejap. Aku langsung tak sangka aku yang jadi pemenang untuk dress terbaik malam ni. Tak sia-sia usaha aku. Bukan senang nak cari baju ni. Habis semua kedai baju dekat Mansurah aku masuk. Haha..Bangga kot.

Tika aku sedang sibuk melayan ucapan tahniah dari rakan-rakan, tiba-tiba ada message masuk ke handphone.

Belum sempat aku buka, masuk pula satu lagi message.

Mamat: cantiknye u malam ni. Jom, I belanja minum.

Aku senyum. Mamat nak belanja minum. Dah lama tak keluar berdua.

Dari jauh aku nampak mamat melambai-lambai ke arahku. Bila aku sampai dia terus peluk dan cium dipipi. Aku kaget, tapi aku biarkan.

Jom. Mamat pegang tangan aku. Dia senyum memandangku. Matanya mengecil. Senyumnya meleret. Aku pun senyum saja. Kami berdua jalan menyusur di tepi jalan. Jam pukul 12 malam.Tak lama kemudian, dia letak pula tangannya di pinggangku. Aku biarkan lagi. Tiba-tiba aku teringat tadi ada message masuk. Aku tak sempat baca. Aku pun buka.


“Tegur aku jika aku mulai sombong,
Tegur aku jika aku mulai angkuh,
Tegur aku jika aku mulai salah,

Tegur aku jika aku berdosa,
Kerana aku masih ingin menjadi temanmu,

Dan izinkan ku jua untuk menegur dirimu.

Kerana aku juga mahu kau menjadi temanku.
Sama-sama dalam rahmat dan lindungan Allah.

Sama-sama terhindar dari azab Allah.

Kerana aku mengasihimu..”


Aku tercengang. Lama aku tatap massage itu.

Ya Allah, maafkan diriku. Memang aku sedar selama ini aku salah. Bukan aku tak tahu dosa pahala. Tapi aku lupa. Sebab aku hanyut dalam rasa gembira. Aku lupa pada siksa Allah. Terima kasih sahabat kerana ingatkan aku.

********

"Dan tegurlah mereka dengan cara yang lebih baik. Iaitu dengan kekuasaan. Bila tak mampu tegurlah dengan lisan. Jika tidak mampu juga tegurlah dengan hati. Tapi itulah selemah-lemah iman."

Tapi tegarkah kita membiarkan sahabat kita hanyut? Hanya berharap dalam hati. Alasannya mudah, takut putus kawan. Takut kena gelak. Takut kena pulau. Takut kena pukul. Betullah dunia dah terbalik. Orang berani buat maksiat. Orang yang melarang maksiat pula yang takut.

Jika itu alasannya, lebih baik tak payah berkawan. Sebab kalau ada kawan, tapi tak bertanggungjawab atas kawan, kita juga yang susah. Apa kita nak jawab dihadapan Allah?

Nasihat sangat penting dalam hidup. Sampaikan Allah juga menggariskan, memberi nasihat itu adalah salah satu karakter dari orang yang tidak rugi dalam hidup.

''Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali yang beriman dan juga beramal soleh. Yang berpesan pada kebenaran. Juga berpesan pada kesabaran." (al-asr)

Seorang sahabat adalah cermin bagi sahabatnya. Sahabatlah yang bertindak sebagai agen pembaik pulih bagi sahabatnya. Baiki dirinya dan menampung kekurangannya dengan nasihat yang baik.

Sebab itu, nasihat atau teguran bukanlah satu hukuman. Nasihat sepatutnya mendatangkan kebaikan, bukan membongkar aib atau menjatuhkan kehormatan.

Maka, belajarlah untuk memberi nasihat. Beri nasihat dengan baik, santun dan penuh kasih sayang.

Tapi lain orang, lain caranya. Jika kita mempunyai sahabat, maka kitalah orang yang lebih tahu, cara apa yang sahabat kita redha. Buatlah apa cara yang kita fikirkan terbaik. Asal tidak meninggalkan tanggungjawab.

Salah satu adab memberi nasihat, lakukan di luar pengetahuan orang lain. Ini untuk menutup kekurangan dan menjaga kehormatannya. Nasihat yang tulus, tidak mungkin dilakukan dengan cara yang buruk.

Fudhail bin Iyadh berkata, ''Orang beriman adalah orang yang menutup aib saudaranya yang menasihati, sedangkan orang fasik adalah orang yang merosak dan mencela.''

Tapi sungguh, memberi nasihat bukanlah mudah. Sabarlah dan siap sedia menerima risiko. Boleh jadi orang yang dinasihatkan menerima dengan redha. Boleh jadi dia menolak dan melawan. Tapi ingatlah, murka Allah itu lebih dasyat dari marah seorang sahabat.

Maka, ikhlaskan hati mu. Beranikan jiwamu. Carilah redha Allah atas kasih persahabatan. Indahnya punya sahabat yang saling mendukung, saling mengingatkan, saling berlumba membuat kebaikan.


Kauthar Hassan.

Hendawi, Mansurah.

Tuesday, March 29, 2011

Jika ini rupanya, apa lagi yang kita harapkan?


Di Malaysia , dinamik politik selalu berubah. Tidak pernah static. Berita baru setiap hari. Jika kisahnya menjaga kebajikan rakyat tidak mengapa. Tapi ada juga kisah keji yang disiarkan. Praktiknya politik di Malaysia adalah kotor dan penuh dengan penipuan. Pelbagai manipulasi di sebalik kaca tv. Semua yang tersiar dalam berita Malaysia berat sebelah. Jika kisah itu mempunyai side story, ia akan diputar belit sehingga masyarakat teralih kepada kisah yang lain.

Terasa mual dengan kisah porno sang menteri. Kisah Rogol, liwat, zina, perempuan simpanan, lelaki simpanan, gay, pondan. .Lepas satu, satu. Kes yang dulu tak pernah selesai. Timbul pulak isu yang baru. Fitnah jadi sebati. Tak takut lagi hukum Allah. Masyarakat yang lurus bendul pening. Yang kurang bijak telan saja. lalu melebel, politik itu kotor.


Politik jadi kotor sebab ideology yang berkepentingan. Selagimana menguntungkan sesuatu pihak, tidak kira apa cara untuk medapatkannya. Hukum hakam tolak tepi. Kisah aib dibuka. Yang Allah buka sedaya upaya ditutup. Yang haram jadi halal. Yang halal jadi haram. Orang baik dicelakakan, orang tercela pula disanjung-sanjung.

Persepsi negatif terhadap politik menimbulkan impak yang bukan kecil. Lalu terlahir golongan anti politik. Mereka mahu bermasyarakat. Mereka mahu bawa islam. Mereka mahu amal maaruf nahi mungkar. Tapi mereka tidak mahu politik. Inilah namanya pemikiran secular. Lahir dari kemalasan otak untuk berfikir. Mengasingkan politik dari kehidupan sama seperti mengasigkan politik dari agama. Sebab hidup kita kerana agama. Politik tanpa nilai agama seolah-olah ia hanya sekadar urusan dunia. Sedangkan islam tertegak di bumi Madinah atas tiket politik.

Inilah bahasa politik Malaysia. Bila tiba pilihanraya, kisah karut peribadi akan dicanang-canangkan. Sengaja ia disiarkan, supaya rakyat teralih kepada kisah tersebut daripada memikirkan soal pilihanraya yang akan menjelma. Supaya rakyat tertutup telinga dari mendengar kisah rasuh yang berlaku. Supaya rakyat terlupa sekejap untuk menuntut keadilan.

Untuk rekod, wajah kotor politik Malaysia bukan baru. Kisah mati kerana politik bermula sejak 1969 lagi apabila Samad Gol dari Kelantan mati kena kapak kecik di kepalanya. Ibrahim Libya di Memali dibunuh dengan kejam bersama pengikutnya. Dan peristiwa berdarah Lubok Merbau semasa PRK di sana. Ibrahim Libya dikatakan pengganas, Samad Gol dikatakan terlalu berpengaruh manakala di Lubok Merbau petugas PAS dibelasah dengan teruk. Kisah zina Anwar Ibrahim telah mula sejak tahun 1998 lagi. Tapi tiada keadilan dalam kisah-kisah ini. Ia terhenti begitu saja. Kerana jika terdedah kebenarannya, pihak yang berkepentingan akan dibuang. Lalu mereka berusaha sebaik cara menutupnya. Akhirnya terlipat dalam sejarah Semua ini dikaitkan dengan parti yang tidak bersetuju dengan pemerintah.

Sedangkan kisah Altantuya pun tak tahu mana hujung pangkalnya. Senyap sesenyap senyapnya.

Jadi benarkah politik itu kotor? Asalnya ia tidak kotor. Tapi ia jadi kotor oleh tangan-tangan yang kotor. Jangan kita biarkan ia terus kotor. Bagaiman islam mahu bangkit diatas jalan yang kotor. Mari kita bersihkannya kembali. Dekatkan kembali politik pada agama. Kalau bukan kita yang faham dengan kesuciannya yang membela, lantas takkan lah orang yang tiada agama pula menyambutnya.

Kita sekarang berada di zaman perubahan kuasa politik. Saya percaya akan positive evolution dimana semua hal akan berubah di dunia ini. Change is the only one that is certain. Tugas kita adalah memastikan bahwa perubahan itu adalah perubahan positif. Perubahan yang membawa manfaat baik untuk diri kita dan orang lain. Mari kita gerakkan roda perubahan ke arah kebaikan yang membangun demi masa depan kita semua, anak cucu kita dan semua orang yang tidak mampu membela dirinya sendiri.


Kalau inilah wajah politik rakyat Malaysia, apa yang kita harapkan untuk masa depan generasi akan datang?


Kauthar Hassan.