Tuesday, August 2, 2011

Berhentilah mengekang kami.


Asalnya saya tidak berminat untuk mengulas. Sebab hal ini bermain di Mesir. Saya pula berada di tanah air. Menghabiskan cuti yang baru bermula. Tapi bila permainan ini sudah melampau, saya sangat takut jika satu hari kerajaan dengan mudah menjatuhkan hukuman kpd mahasiswa sesuka hati.

Demokrasi di Malaysia semakin pincang. Pincang. Pegawai yang berkepentingan menjadi pengkhianat. Dengan tidak berfikir menjatuhkan hukuman kpd pelajar. Terlalu banyak yang ingin disebut. Tak tahu mana yang patut didahulukan. Mungkin perlu mengikut kronologi. Untuk kronologi baca disini.

Hak mahsiswa dicabul . Pada 9 Julai, kami pelajar2 Malaysia di Mesir yang rasa bertanggungjwab terhadap tanah air turut berkumpul menunjukkan sokongan terhadap himpunan Bersih. Bukan saja pelajar Malaysia di Mesir, tapi difahamkan di mana ada pelajar Malaysia di muka bumi, disitu ada kumpulan yang menyokong bersih. Itu bukan masaalah. Adatlah manusia mempunyai idea yang berbeza.

Tapi yang menjadi persoalan, kenapa hanya ketua penganjur himpunan Bersih di Mesir dikenakan tindakan? Beliau dibuang Universiti. Apa kaitan university al-Azhar dengan himpunan Bersih? Kalau betul kerajaan Malaysia mendakwa ini adalah himpunan haram, sepatutnya semua penganjur di luar negara dikenakan tindakan. Tetapi kenapa hanya kami ? kami di Mesir...

Pada pendapat, mungkin kerana di Mesir ramai pelajar mengambil jurusan agama dan yang paling utama terdiri dari bangsa melayu. Sedangkan di Australia, pelajar2 Malaysia lebih hebat, ramai dan lantang berdemo. Bezanya, di Mesir, semua pelajar adalah bangsa melayu. Nampak sangat seolah2 bangsa lain di Malaysia tidak berani disentuh. Tapi bangsa melayu semudah2nya diugut dan digugat.

Sungguh, perkara ini sangat dikesali. Tindakan kerajaan ini seolah-olah menyekat rakyat mahir dalam ilmu agama. Mungkin mereka takut, bila pelajar2 ini sudah mantap, cekang dibidang agama, mereka akan menegur kezaliman, kepincangan dan maksiat yang bermain dalam kerajaan.

Nah. Lihatlah pincangnya demokrasi di Malaysia. Kalau mehasiswa dlm Negara disekat menurut akta AUKU, kami boleh terima. Tapi kami, pelajar di negara Mesir tiada kena mengena dengan undang-undang itu. Lantas, atas undang2 apakah kami dihukum? Ini hak kami. Hati kami. Idea kami. Akal kami, kami yang tentukan apa yang hendak difikir. Hati kami, kami yang tentukan apa yang hendak dirasa. Sungguh kamu tiada hak!

Universiti Al-Azhar takkan membuang pelajar sesuka hati kecuali mendapat tekanan dari Kerajaan Malaysia. Buktinya, kerajaan Husni Mubarak jatuh diatas kuasa demo mahasiswa. Tapi, mereka tidak disekat untk meneruskan pembelajaran. Jika hukuman untuk pendemo adalah dibuang university, maka sepatutnya sekarang ni tiada lagi pelajar di Al-Azhar kerana majoriti pelajarnya berhimpun semasa menggulingkan Mubarak.

Tambahan, pelajar yg dibuang itu datang belajar ke Mesir atas biayaan sendiri. Jadi apa hak kerajaan Malaysia hendak menafikan mereka untuk belajar? Jika pelajar tersebuat ditajaa oleh kerajaan, kemudian kerajaan telah memberi amaran, baik itu logic untuk diterima. Tapi bukan itu yang berlaku. Ini zalim namanya.

Semakin hari, semakin banyak kekangan yang menghalang para pelajar untuk menjadi manusia yang berfikiran luas. Pandangan yg jauh disekat. Idea yang tinggi dicantas. Kasihan menjadi pelajar Malaysia. Mahasiswa tidak boleh berpolitik. Kalau begitu tak perlu meletak syarat daftar pemilih bermula pada umur21 tahun. Sedangkan umur 21 tahun rata2 rakyat masih belajar di IPT. Adakah pengundi pilihanraya lebih terjurus kepada orang yang tidak berpendidikan?



"Hendaklah kamu bertolong tolongan atas kebajikan dan taqwa dan janglah kamu bertolongan diatas dosa dan permusuhan …." Al-Maidah ayat2.



Saturday, July 9, 2011

Mengapa Ambiga?

Salam Palestin,


Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.

Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.

Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar’ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.

Pertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit.

Untuk institusi dan kumpulan kehidupan sosial, samada dalam masyarakat Islam yang majoriti atau sebaliknya, Islam tidak pernah melarang berketuakan seorang non muslim, lelaki atau perempuan, jika institusi dan kumpulan itu bertujuan baik dan tidak bercanggah dengan agama. Itu dapat dilihat melalui ‘ijmak’ ulama masa kini yang membiarkan penglibatan umat Islam di dalam pelbagai pertubuhan sosial yang bertujuan membina kehidupan manusia yang lebih baik.

Contoh terbaik adalah pertubuhan peringkat antarabangsa seperti PBB. Ia selalunya diketuai non muslim dan tujuannya baik walaupun sering tunduk kepada kekuasaan yang acap kali memusuhi Islam seperti Amerika. Tiada fatwa yang mengharamkan negara-negara Islam – sedangkan mereka adalah ketua-ketua umat Islam – menganggotainya. Jika begitu, anda bolehlah kiaskan secara mudah betapa pertubuhan-pertubuhan yang lebih kecil adalah lebih layak dan syar’ie bagi umat Islam untuk menyertainya.

Maka, pada asasnya, penyertaan PAS di dalam BERSIH 2.0 yang diketuai seorang non muslim adalah harus kerana tujuannya yang murni, malah merupakan tunjang kehadiran Islam di muka bumi, iaitu menegakkan keadilan dan kebebasan hidup.

Adapun untuk sebuah negara, berketuakan non muslim dalam sebuah negara yang umat Islam Islam memiliki kekuatan untuk melantik dan memilih seorang muslim sebagai ketuanya adalah tidak harus. Ini kerana adalah mustahil seorang non muslim akan memandu negara tersebut untuk patuh tunduk kepada syariat Islam di dalam bernegara.

Sebaliknya, jika umat Islam tiada memiliki kekuatan tersebut, seperti memiliki jumlah minoriti, maka berketuakan non muslim adalah harus selagi mereka bebas menjalani hak mereka sebagai seorang muslim. Contoh mudah ialah kerajaan nabi Yusuf alaihissalam. Baginda adalah menteri kepada kerajaan yang kufur. Ada beberapa persoalan mungkin timbul, saya ketepikan dulu untuk memberi laluan kepada topik asal perbincangan.

Kedua, bagaimana jika ketua itu anti Islam? Ada beberapa keadaan. Pertama, jika pertubuhan itu bermaksud anti Islam, maka jelas haram menyertainya. Jika tidak, bahkan untuk turut menyokong matlamat Islam, maka hukum adalah sebaliknya. Kedua, jika ketuanya anti Islam dan secara jelas dilihat begitu, maka hendaklah dilihat kesan baik dan buruknya. Jika keburukan mendahului atau sama atau ditakuti buruknya, maka hukumnya tidak harus. Ini soal ijtihadiah dalam siyasah syar’ieyah.

Lihat juga perbahasan ulama dan fatwa mereka dalam penyertaan umat Islam di dalam pertubuhan-pertubuhan tajaan zionis misalnya. Walaupun zahirnya kelihatan baik, tetapi keraguan adalah besar disebabkan matlamat zionis terhadap Islam adalah jelas, apatah jika ketua pertubuhan tersebut dilihat pro zionis.

Adapun jika ketua tersebut dilihat anti Islam kerana beberapa tindakannya yang menunjuki demikian, maka ia bergantung kepada matlamat pertubuhan tersebut dan perjalanannya, bukan pada ketuanya. Semua bukan Islam adalah biasa dan natural jika beberapa tindakannya dilihat bercanggah atau memusuhi Islam. Jika tidak, terbantutlah kehidupan yang dicanang agama Islam yang sejagat agar Islam menghubungkan sesama manusia, bukan memutuskan! Islam dengan itu akan hanya relevan dalam masyarakat Islam sahaja, bukan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya.

Ketiga, bagaimana dengan Datuk S. Ambiga? Saya akan merujuk kepada beberapa dakwaan terhadapnya sehingga beliau dituduh oleh pihak yang menuduh sebagai anti Islam, terutama berkaitan soal murtad dan pluralisme agama.

1) Adakah salah untuk seorang bukan Islam berpendapat dan bertindak menyalahi hukum Islam sedangkan ia tidak menyalahi undang-undang negara? Jika salah, maka adalah baik untuk kita tumpukan dulu pertuduhan dan kemarahan kita itu terhadap orang Islam sendiri yang berkata dan bertindak menyalahi hukum ugamanya sendiri daripada melampiaskan kemarahan kita kepada orang luar yang mungkin saja bertindak demikian hanya kerana melihat telatah umat Islam sendiri yang menolak ugamanya.

Jika tidak salah, maka mengapa kita menganggapnya anti Islam, sedangkan undang-undang negara tidak menganggapnya salah? Adakah agama kita memaksakan mereka sebagaimana ugama kita memaksakan kita? Tidak bukan? Undang-undang negara membenarkan mereka mencabar. Jadi, salahkah mereka bergerak di atas lunas-lunas itu?

Yang boleh memaksakan semua adalah undang-undang yang terpakai di dalam sesebuah negara. Islam tak terpakai di negara kita. Jadi persoalan asas adalah mengapakah tidak dilaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, atau dalam isu ini, yang berkaitan penjagaan terhadap ugama Islam dan individu muslim daripada dijadikan bahan murahan dan mainan seperti kes murtad oleh umat sendiri.

Maksud saya, pertuduhan anti Islam terhadap individu non muslim seperti Datuk S. Ambiga dan sepertinya adalah berbentuk persepsi dan anggapan. Ia bukan terbukti. Sesuatu yang samar-samar tidak boleh dibina hukum di atasnya. Ia adalah kezaliman. Kezaliman tertolak daripada merajai hukum ugama.

Ya, benar bahawa persepsi dan kesamaran itu berguna untuk sikap berhati-hati. Adakah anda menjangkakan BERSIH 2.0 adalah medan untuk menolak agama? Atau ianya adalah untuk menolak ketidakadilan? Penilaian adalah ke atas BERSIH 2.0, bukan lagi pada individu yang mengetuainya itu. Saya tidak berhujah untuk memperkenalkan BERSIH 2.0 di sini. Topik kita ialah ketuanya sesudah BERSIH 2.0 difahami sebagai kumpulan yang bersih murni matlamatnya.

Lainlah jika anda memang berpendapat bahawa BERSIH 2.0 itu sendiri adalah tidak bersih. Kita bincang di lain kali pula hal itu.

2) Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.

Malangnya, sebelum non muslim, umat Islam sendirilah yang berada di hadapan menentang perlaksanaan hukum syariat ke atas mereka dan negara mereka juga. Siapakah mereka? Agak malang, bahkan pelik sekali kerana mereka inilah juga yang sering menuduh Datuk S. Ambiga sebagai anti Islam?! Jadi, sudah pasti nyata bagaimana pertuduhan terhadap pengerusi BERSIH tersebut adalah semata-mata untuk mengaburi masyarakat agar turut menolak BERSIH 2.0 tersebut, walaupun pengerusinya ditukar kepada TG Abdul Hadi Awang! Saat itu, pertuduhan khas pula dicipta ke atas TG Abdul Hadi Awang. Mungkin sebagai neo Khawarij!?

Khulasahnya, sebelum anda melihat kepada Datuk S Ambiga, lihat dulu kepada kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam yang sebenar dan begitu takut dan ngeri dengan kemaraan BERSIH 2.0 itu. Mengapa takut kepada pencinta keadilan dan kebebasan jika mereka juga adalah kerajaan yang adil dan pro kebebasan?

3) Apakah yang sebenarnya dituntut oleh bukan Islam? Sudah pasti hak mereka sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. Anda harus faham, sebagai sebuah minoriti ugama dan bangsa, non muslim memiliki perasaan sendiri bahawa mereka merasa masih tidak selesa dan selamat dengan undang-undang dan perlaksanaannya di negara ini yang dilihat tidak mesra minoriti. Ini termasuklah hak beragama dan kawalan terhadap ugama mereka.

Adakah setiap kali mereka bersuara, maka hukumnya adalah ‘anti-Islam’, sedangkan tiada pun Islam sebenar yang menjadi undang-undang di negara ini? Adalah menjadi tuntutan ugama Islam bahawa menjaga hak bukan Islam adalah teras besar kepada undang-undang Islam. Tanpa ini, undang-undang Islam adalah terbantut, lemah dan tidak relevan sebagai ‘rahmatan lil alamin’.

4) PAS konsisten memperjuangkan Islam dan kedaulatannya semenjak sekian lama. Ia pertubuhan politik dan dakwah yang secara jelas memperkenalkan Islam dan syariatnya yang sebenar walau terpaksa berhadapan kesusahan dan tindakan zalim pemerintah. Adakah PAS yang diketuai oleh syura ulama yang menepati maksud kekuasaan sebenar Islam tiba-tiba gagal mengenal Datuk S Ambiga? Ia agak jauh, sukar dan ‘unreachable’ oleh otak yang BERSIH!!

Kelima, mengapa Ambiga? Mengapa tidak PAS yang mengetuai demonstrasi aman BERSIH 2.0, sedangkan PASlah yang dilihat menjadi pemain utama menggerakkan massa? Perhatikan,

1) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif politik dan parti politik semata-mata, bahkan dilihat sebagai tuntutan bersama rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mesra politik dan orang politik. Rakyat mahu pemerintah mereka adalah yang mereka pilih melalui proses pilihan raya yang adil dan telus. Dengan penglibatan golongan non partisan seperti puluhan NGO yang bergabung di dalam BERSIH 2.0, maka adalah nyata bahawa rakyat seluruhnya telah nampak secara jelas bahawa perjalanan pilihan raya negara adalah di tahap lemah dan sering dimanipulasi oleh pemerintah semasa. Rakyat seluruhnya mahukan reformasi pilihan raya!

Maka, Datuk S Ambiga dicalonkan dan semua pihak menerimanya mengetuai BERSIH 2.0.

2) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif ugama semata-mata. Oleh kerana PAS terlalu ‘ugama’, maka sudah pasti BERSIH 2.0 akan gagal mencapai matlamatnya yang mahukan seluruh rakyat yang mahukan reformasi pilihan raya itu turut menyertainya tanpa rasa curiga terhadap motif pihak lain. Ia adalah matlamat yang disepakati bersama.

Kesepakatan melakukan kebaikan adalah dendangan syariah Islam.

3) Agar PAS tidak dilihat sebagai ekstrimis ugama. Walaupun PAS berjaya daripada semasa ke semasa memperkenalkan dirinya sebagai pertubuhan Islam yang sederhana dan ‘wasathiyah’, ia tetap menjadi buruan golongan anti Islam untuk menghancurkannya dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Antara peluru utama ke atas PAS adalah senjata tajaan Amerika yang menghukum golongan Islamis sebagai ekstrimis dan pelampau ugama. Sudah pasti tujuannya adalah menjauhkan masyarakat, terutama non muslim daripada PAS.

Apabila orang yang dilabel pula sebagai anti Islam seperti Datuk S Ambiga bersedia untuk bersama-sama PAS mengetuai perhimpunan rakyat, maka ia adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Sebagai mana PAS, beliau dan kumpulan non muslim juga tidak gemar di label dengan tuduhan-tuduhan yang negatif yang tidak membantu ke arah perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.

4) PAS memerlukan sokongan semua lapisan dan kumpulan rakyat. Negara dibina dan dibentuk oleh rakyat. PAS mencadangkan alternatif yang dilihat terbaik untuk negara Malaysia iaitu negara berkebajikan yang bertunjangkan Islam sebagai neracanya. Adalah satu kesempatan dan peluang yang baik untuk PAS memperkenalkan dirinya sebagai pejuang bersama menuntuk hak-hak rakyat yang diketepikan oleh pihak pemerintah. Adakah menjadi ‘bos’ dalam semua perkara adalah syarat atau rukun dakwah? Adakah ia juga satu hikmah dalam berdakwah? Tidak bukan?

5) Dekad terakhir dalam sejarah dan politik negara adalah dekad anjakan paradigma rakyat dalam banyak hal. Antara yang menarik adalah pecahnya tembok binaan UMNO yang berusaha memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. Kesan tembok itu adalah buruk. Non muslim mengenal Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. Kesannya, tiada yang indah dalam Islam. Melayu UMNO adalah dipenuhi penyakit. Bagaimana si pesakit boleh menawarkan kesihatan?

Apabila tembok pecah, kini non muslim mula melihat dan mengenal Islam daripada PAS. Daripada PAS yang ditakuti, kini menjadi PAS yang disenangi. BERSIH 2.0 adalah sebahagian proses berkenalan di dekad baru ini, dekad yang dipenuhi cita-cita bersama ke arah Malaysia yang lebih harmoni, merdeka dan berjaya.

Sekarang anda telah melihat beberapa perkara penting yang mampu menghapuskan keraguan mengenai penerimaan PAS untuk menyertai BERSIH 2.0 walaupun diketuai oleh seseorang yang menghadapi tohmahan sebagai anti Islam.

Walaupun saya tidak membawa nas-nas penghujahan secara lebih terperinci demi meringkaskan, adalah cukup dengan memahami hujah-hujah yang diberi, kita akan melihat nas-nas ugama itu seperti bersedia untuk tampil.

Wednesday, July 6, 2011

Unggun bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Friday, July 1, 2011

Mahasiswa



Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara

- Usman Awang

Monday, June 20, 2011

Saya juga ingin menjadi sebahagian dari sejarah BERSIH.



Baru-baru ini, di tempat saya, telah datang melawat seorang tokoh pimpinan yang disegani, Ustaz Nik Muhamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.

Benar kata-kata beliau, mahasiswa perlu berani. Perlu bermasyarakat di bangku university lagi. Kalau ada mahasiswa yang berpendirian, study dulu bincang masaalah ummat kemudian (selepas tamat university), bersyukurlah jika lepas tamat belajar kalian masih hidup, muda dan mahu melibatkan diri dengan masyarakat. Kerana adatnya, manusia yang sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri, mana mungkin mereka tiba-tiba beralih arah untuk menyibukkan diri dengan masyarakat.

Orang yang tak memberi faedah kepada orang lain bolehkah disamakan sebagai sampah masayarakat? Macam penagih dadah, sikit pun x memberi faedah pada orang lain. Belajar tinggi-tinggi, balik Malaysia kerja hebat-hebat. Setiap bulan dapat gaji ribu-ribu. Duit masuk poket sendiri. Akhir tahun pergi melancong. Akhirnya mati. Sayang…

Saya menyokong himpunan BERSIH dan mengajak mahasiswa-mahasiswa di Malaysia sama-sama hadir.

Kerana umumnya, mahasiswa menyandang tiga fungsi strategi ini iaitu :

1. Sebagai penyampai kebenaran (agent of social control)
2. Sebagai agen perubahan (agent of change)
3. Sebagai generasi penerus masa depan (iron stock)

Saya sangatlah pelik jika ada pihak yang menentang himpunan ini diadakan. Teringin juga nak dengar atas alasan apa mereka menentang. Sudah terang lagi bersuluh pilihan raya di Malaysia memang tidak adil.Mungkin kerana ramai kawan-kawan saya di kalangan mahasiswa, jadi sebab itu kami mempunyai satu rasa yang sama. Bersetuju.

Kalaupun ada yang menentang, saya hanya mendengar dari surat khabar sahaja. Itupun dengar dari suara UMNO dan PERKASA. Maaflah saya tidak melihat PERKASA sebagai badan yang berfikir. PERKASA adalah sebuah badan pak turut maka ia terkeluar dari senarai anak muda yang berfikir walaupun ada ahlinya yang terdiri dari mahasiswa.

Memang Mahasiswa Malaysia selalu ditekan dengan waktu kuliah yang sempit, ancaman nilai rendah, dan drop-out yang boleh jadi bila-bila masa saja. Dengan alasan ini, ramai yang akur. “Baik aku belajar sungguh-sungguh dulu. Dah grad nanti baru fikir hal-hal lain”. Sayanglah, masa muda kalian terbuang di depan buku sahaja. Sedangkan Allah menciptakan manusia dengan otak yang hebat. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama. Maka anda bukanlah tergolong dalam anak muda 3B bijak, berani dan berjasa.


Berbeza dengan anak muda di Mesir. Sejak kecil lagi sudah nampak keberanian mereka. Keberanian mereka telah membuka mata ramai anak-anak muda di seluruh dunia. Akhirnya mesir berjaya menuntut kebebasan. Semuanya bermula dari himpunan anak muda.

Mungkin benar, "Pendidikan kita tidak mengajarkan untuk berani," Sekarang kita adalah mahasiswa. Jangan kita jadi mahasiswa yang enak menelan dengan segala macam ideologi, pandangan, ajaran dan sejarah.

Siapa yang belajar sejarah dia akan tahu. Disetiap kisah sejarah demokrasi, badan pelopor, penggerak, bahkan sebagai pengambil keputusan, itu semua kebanyakannya datang dari Mahasiswa. Baik di ceruk mana pun, mahasiswalah yang menjadi pemangkin.

Kerana mahasiswa mampu melahirkan pemikiran yang kritis, demokratis dan konstruktif. Itulah pola pemikiran mahasiswa yang perlu ada. Kerana mahasiswa mempunyai stamina dan semangat yang tinggi dalam pola kehidupan. Sayang sekali jika kita membiarkan kehidupan kita sebagai mahasiswa habis didepan buku sahaja. Sayang….

Sementara kita masih muda, sementara kita masih mudah bergerak, sementara kita masih berdarah panas, curahkan semangat itu untuk kebaikan bersama. JOM BERSIH.


8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2


1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


Kauthar Hassan.




Saya rasa ketinggalan semenjak akhir-akhir ini. saya sendiri tidak pasti, adakah saya lembap, ataupun keadaan yang melembapkan saya. please excuse me.

Izinkan saya membuat sedikit draft mengenai apa yang telah berlaku since my last update. My last update tu pun dah berminggu2. Maknanya tajuk berita2 ini pun dah berminggu2 atau berbulan2. Tapi kisahnya masih menjadi tanda tanya saya. Kes ini dah selesai ke? Bila nak selesai? Ke dah settle, saya je yang tak tahu? atau adakah semua orang dah beransur lupa?

Ini tajuk berita yang setakat saya ingat dan apa yang dirasakan penting. mungkin tidak begitu penting untuk sesetengah manusia. Semua berita-berita ini bermula dan tidak diselesaikan.

Entahla..

1. Email 1 malaysia yang berharga juta-juta ringgit.

2. Kisah video seks anwar.

3.Tragedi rumah anak2 yatim yang dihempap tanah runtuh. Sudah terbela ke belum nasib anak2 ni?

4.Tarif air di Melaka yang naik, naik, naik.

5.Tuntutan seorang ahli parlimen yang mahukan JPN mengiktiraf bangsa "Anak Malaysia".

6. Kes saman Utusan hina islam.

8. Laman FB 1 Malaysia yang berharga RM1.8 juta.

9. FELDA hutang RM 6billion.

Maka dengan ini, saya ingin BERSIH!

Tuesday, May 31, 2011


Tadi usrah. Seorang sahabat bertanya. “ saya tak tahu kenapa saya jadi doctor. Jujurnya saya takde hati nak jadi doctor. Saya ambik medic sebab nak jaga hati mak ayah. Saya lebih minat bidang lain. Dan saya tak rase saya boleh menyumbang apa2 kepada islam dengan menjad doctor. Ayah saya doctor. Abang saya doctor. Kekangan masa mereka x memampukan mereka untuk berdakwah kepada masyarakat. Dalam masa 3minit bertemu pesakit, apa saja la yang boleh disampaikan. Saya boleh kata, saya pergi kelas sekarang pun sebab saya xnak allah murka. Allah dah tetapkan saya disini. Kerajaan dah tanggung saya untuk belajar. Saya perlu balik ke Malaysia untuk membantu masyarakat. Maka saya perlu berada disini"...luah seorang sahabat. Dihujung kata terkesan nada akur dalam paksa.

Saya diam… berfikir. Persoalan yang bukan remeh. Kerana ia menyebabkan seseorang hilang semangat dan tak tahu tujuan utama berada di sini. Kita disini bukan sekadar mahu mendapat sebuah ijazah.

Saya cuba berkongsi.

"Sebab tujuan awak belum cukup kuat. Sebab itu awak mudah lemah semangat".

"Ye…saya tahu. Sebab mak ayah. Sepatutnya saya kena buat lillahitaala. Sebenaranya setiap kali belajar saya dah cuba betulkan nat saya. Setiap kali tu jugaklah saya berdoa. Sengaja saya belajar kerana Allah taala. Tapi…. Saya tak tahu. Bagaimana saya boleh menyumbang jika saya seorang doctor. Saya hanya akan masuk dalam system yang menekan. Saya tahu, sebab keluarga sya keluarga doctor. Mereka tertekan. Saya xnak hidup macam tu"…

"Apa yang saya boleh kata… Sebelum kita berjaya, kita memang akan diuji. Kita jangan meletakkan pengakhiran carier kita terlalu singkat. Sebenarnya, kita belum berjaya walaupun kita dah jadi doctor. Dan kejayaan itu bukan dapat dicapai dalam masa yang singkat. Mungkin bukan 2-3 tahun lagi. mungkin bukan 5-6 tahun lagi. tapi mungkin selepas 20-30 tahun lagi.

Kenapa saya nak jadi doctor?

Sebab, saya nak nama. Saya nak kuasa. Saya nak duit.

Kenapa saya nak nama? Sebab saya xnak islam dipandang hina. saya nak orang tahu ummat islam adalah ummat yang hebat. saya nak bila saya bercakap, orang boleh dengar. Bukan nya orang ramai mencemuh” kau siapa nak cakap berdegar2?” . bagaimana saja kalau saya seorang tukang sapu sampah. Xde siapa yang sudi mendengar. Sedangkan saya ingin mengajak masyarakat kembali pada yang Esa. Maka saya perlu jadi orang yang dipandang tinggi.

Zaman sekarang duit itu adalah kuasa. Kenapa saya nak duit? Sebab saya nak meletakkan kembali islam ditempatnya. Saya nak isalam kembali menguasai dunia. Umumnya begitu. Praktikalnya begini.

Saya mahu..

1. menjadi pakar oncologist – buka pusat rawatan cancer islam.

2. buka sekolah rendah, menengah, university islam.

3. buka rumah anak2 yatim islam.

4. buka kedai kek ( sebab minat – dan saya akan francaiskan ke seluruh Negara – keuntungannya untuk islam)

5. mewujudkan pakatan penyumbang ekonomi islam. (saya akan mulakan dengan berpakat sesama doctor2 keluaran mesir)

6. membeli seberapa banyak jet pejuang,peluru, pistol atau apa saja alatan perang untuk diinfakkan pada pejuang2 islam di palestin.

7. menginfakkan sejumlah duit kepada pemikir islam. Gunalah duit itu untuk mengkaji. Mencipta. Atau mencari perkara2 atau ilmu2 baru demi islam.

Pernah x kita terfikir, kenapa ibnu sina, ar-razi, al-biruni atau ilmuan-ilmuan islam lain tidak terlahir lagi diakhir zaman ini?

Sebab, dulu islam menguasai dunia dari segenap segi. Dari perundangan hingga sosio-kehidupan. Tidak ada masaalah ummat yg berlaku seperti di palestin. Tidak ada masaalah sosial seperti buang anak, berzina, melacur. Tidak ada masaalah korupsi dalam undang2… sebab itu manusia2 pada zaman itu boleh focus dalam bidang masing2. Mereka boleh belajar tanpa perlu memikirkan masaalah lain. Mereka boleh terus mengkaji tanpa perlu terlibat dalam politik. Kerana fardu kifayah telas terangkat dari mereka. Tapi kita berbeza. Kita tidak boleh hanya belajar tanpa peduli masaalah ummat, tanpa terlibat dalam siasah. Kerana fardu kifayah itu masih tergalas di bahu kita. Maka, kita kene kembali semula kapada tujuan menegakkan undang2 islam di Negara kita. Selepas Negara kita, baru berusaha kearah seluruh dunia (khlifah islam). Bila islam tertegak, nescaya akan terlahirlah ibnu sina yang kita harapkan.

Saya tahu cita2 saya ni nampak too theoryitical. Tapi ini yang mengingatkan saya. Kenapa saya perlu belajar. Kenapa saya perlu jadi doctor. Walaupun jauh, tapi x mustahil.

Setelah bercakap panjang lebar, sahabat saya bertanya. "Ya.. saya faham. Tapi tidak semestinya saya perlu jadi doctor untuk buat semua itu."

Betul… awak boleh jadi apa saja… tapi sebab kita sudah berada disini. Ini jalan kita. Maka jangan kita sia-siakan. jika awak mampu ubah, maka ubahlah. Pergi kepada bidang yang awak minati. Tapi, Jika kita tiada pilihan, kenapa kita masih bermain dengan persoalan kenapa aku disini. maka, ubahlah persoalan kepada apa yang aku perlu lakukan hari ini. Untuk islam pada masa akan datang.

Sekarang, awak kena plan. Kemana hidup kita selepas tahun ni, tahun depan, dan tahun2 berikutnya. Akhirnya kita akan mati. Kemana kita selepas mati?"

Sunday, May 29, 2011

Of Edema, Boroi and Black Magic




“Eh eh, tengok dia tu, gemuknya! Ini mesti sebab tak jaga makan, sekali makan entah berapa pinggan agaknya!”

“Huish..jangan tunjuk. Ini mesti kes kena santau dek bomoh ni!”

Kadang-kadang, kita nampak sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya, namun akal kita mudah sekali menduga dan menganggap ianya sesuatu perkara yang negatif. Seperti gambar di atas, sekiranya individu berkenaan berjalan di tengah-tengah kotaraya, pasti ada yang mengatakan beliau ini obese, boroi dan sebagainya.

Hakikatnya inilah keadaan perubatan yang dipanggil “ascites”. Ascites merupakan pengumpulan cecair dibahagian abdomen badan, apabila badan kehilangan keupayaan mengawal keseimbangan tekanan cecair (homeostasis) di dalam salur darah badan.

Secara umumnya, istilah ini lebih dikenali sebagai “edema“. Edema boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sekiranya ia berlaku di bahagian kaki, seperti gambar dibawah, ianya dipanggil “pitting edema”.

Manakala jika edema berlaku di muka, khususnya sekeliling mata, ia dipanggil “periorbital edema“. Contohnya gambar dibawah:

Begitu juga, edema yang berlaku di bahagian abdomen badan, ianya dipanggil “Ascites“. Seperti gambar yang saya sertakan di awal post ini. Selain di bahagian tubuh badan, edema juga boleh melibatkan organ-organ dalaman, contohnya seperti cerebral edema (edema di bahagian otak) dan pulmonary edema (edema di paru-paru).

Bagaimana edema ini terjadi, sebenarnya?

Seperti yang saya nyatakan, edema terjadi apabila terdapat gangguan terhadap kawalan kandungan cecair didalam salur badan. Badan manusia merupakan ciptaan Tuhan yang cukup kompleks, antaranya termasuklah bagaimana badan memastikan keseimbangan kandungan cecair.

Didalam saluran darah, terdapat dua jenis tekanan yang memainkan peranan dalam proses homeostasis badan. Tekanan tersebut dinamakan tekanan hidrostatik (hydrostatic pressure) dan tekanan onkotik (oncotic pressure). Secara ringkas, kedua-dua tekanan ini berperanan menentukan arah pergerakan cecair plasma didalam darah, sama ada keluar dari saluran darah ke kawasan intrasel (intracellular space), ataupun dari kawasan intrasel ke dalam saluran darah.

Selain dari itu, ketelapan (permeability) dinding saluran darah juga turut memainkan peranan dalam mengawal tekanan air didalam darah. Keseluruhan faktor-faktor ini memainkan peranan penting yang diformulakan sebagai Persamaan Starling (Starling Equation), dalam menjadi penjelasan bagi fenomena edema ini. Tapi tak perlulah saya cerita mengenainya, maklumlah bila masuk bab-bab matematik hatta saya sendiri pun pening. =p

Apakah punca edema?

Secara umumnya, banyak penyakit boleh menyebabkan terjadinya edema. Saya akan cuba kupas satu persatu secara ringkas.

Pertamanya, antara punca utama terjadinya edema adalah penyakit kegagalan fungsi jantung (heart failure), khususnya bagi bahagian jantung sebelah kanan. Bahagian jantung sebelah kanan terdiri daripada atrium dan ventrikel kanan, yang berfungsi menerima darah dari seluruh badan melalui vena, dan menyalurkannya ke paru-paru untuk dioksigenkan.

Dalam kegagalan fungsi ini, darah akan berkumpul di dalam vena kerana tidak dapat disalurkan ke paru-paru dengan baik. Akibatnya, tekanan hidrostatik darah akan meningkat di dalam salur darah vena, menyebabkan cecair plasma darah mengalir keluar dari dalam salur darah, ke kawasan intrasel.

Ia pertama sekali akan membawa kesan kepada bahagian bawah tubuh badan kerana pengaruh graviti keatas cecair tersebut. Cecair intrasel akan berkumpul di bahagian kaki, menjadikan kaki berubah bentuk menjadi sembab dan besar. Malah jika ditekan pada tulang betis kering, ia akan meninggalkan kesan lekuk. Keadaan ini dikenali sebagai “Pitting Edema“.

Sekiranya ianya dibiarkan, ia akan semakin bertambah kronik dan meningkat ke bahagian atas tubuh badan, mencecah tulang sakrum (tulang ekor punggung). Dalam keadaan yang lebih serius, edema di bahagian perut dan abdomen akan terjadi, dinamakan “ascites”. Sehinggalah ke peringkat akhir sekiranya tiada rawatan diambil, akan akan menjadi “anasarca“, iaitu keseluruhan badan menjadi sembab dan bengkak disebabkan cecair yang berkumpul di seluruh badan.

Selain dari kegagalan fungsi jantung, penyebab lain berlakunya edema adalah penyakit bengkak hati (liver cirrhosis). Dalam kes ini, dua mekanisma berlaku, pertamanya hati gagal menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia yang mengawal proses badan, menyebabkan berlakunya kekacauan dalam proses mengatur keseimbangan cecair badan. Keduanya, hati menerima darah khusus daripada salur darah usus yang membawa nutrien dari makanan untuk ditapis dan diproses, justeru dalam penyakit ini, hati gagal memproses dengan efisien menyebabkan darah berkumpul di salur-salur darah abdomen. Seperti di atas, tekanan hidrostatik akan meningkat, seterusnya berubah menjadi ascites.

Penyebab utama bengkak hati adalah disebabkan pengambilan alkohol. Justeru ingat, jauhi alkohol ya!

Dua penyebab di atas merupakan penyebab utama terjadinya edema. Selain itu, penyebab-penyebab lain termasuklah seperti kegagalan buah pinggang, kegagalan fungsi salur darah vena (vein insufficiency) dan penyakit-penyakit yang mengganggu sistem limfa.

Apakah rawatan bagi edema ini? Secara umumnya, rawatan yang benar-benar berkesan bagi edema adalah dengan merawat penyebab terjadinya edema tersebut terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan edema tersebut. Antaranya seperti dengan menghadkan pengambilan air minuman, serta mengurangkan pengambilan garam. Selain itu, penggunaan ubat-ubatan dari jenis diuretik seperti Thiazide, Furosemide dan Spironolactoce boleh membantu mengurangkan edema, namun haruslah diambil hanya dengan preskripsi doktor.

Boroi?

Ini bukan boroi ya! Walaupun istilah boroi itu secara umumnya bermaksud perut yang besar, namun konotasi boroi itu lebih tepat bermaksud pengumpulan tisu lemak di bahagian abdomen badan. Terdapat tiga jenis lokasi lemak dalam badan manusia, iaitu lemak di kulit (subcutaneous fat), lemak diantara otot (intramuscular fat), dan lemak di dalam badan (visceral fat, juga dikenali sebagai adipose tissue).

(Ini baru boroi!)

Ia biasa berlaku kepada individu yang obese, iaitu mempunyai berat badan berlebihan. Kita boleh mengetahui sama ada kita ini obese atau tidak, dengan mengira jumlah Indeks Jisim Badan (Body Mass Index). Bagi mereka yang obese, lemak akan berkumpul di merata tempat didalam badan, tidak terkecuali di bahagian lemak visceral. Di bahagian abdomen badan, terdapat banyak kawasan lemak visceral, justeru itu ia akan lebih terkesan bagi individu yang obese.

Kenapa lelaki ramai yang boroi? Kerana bagi insan bergelar lelaki, perbezaan hormon menyebabkan lemak lebih banyak disimpan di bahagian abdomen. Bagi wanita pula, hormon wanita (estrogen) menyebabkan lemak lebih tertumpu ke bahagian punggung dan paha. Kerana itulah apabila seseorang wanita telah putus haid (menopaus), lapisan lemak secara perlahan-lahan akan beralih tempat ke bahagian perut pula. Jangan suka-suka gelakkan orang lelaki ya, wahai perempuan sekalian, masa kalian akan tiba jua! =)

Boroi (abdominal obesity) merupakan satu petanda yang berbahaya. Ia menunjukkan bahawa kandungan lemak didalam badan sudah melepasi tahap yang normal, maka ia meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan angin ahmar, berkali-kali ganda. Ia juga meningkatkan risiko penyakit kencing manis, serta 1001 macam lagi jenis penyakit berbahaya.

Ilmu Hitam?

Penulis pertama kali mengetahui mengenai pengaruh ilmu hitam keatas kesihatan, melalui pembacaan dalam majalah-majalah mistik dan misteri tempatan. Maklumlah, umur yang meningkat remaja begitu mudah sekali teruja dek bahan-bahan bacaan sedemikian.

Tidak dinafikan, bahawa hakikatnya sememangnya perkara-perkara berunsurkan ghaib dan kesyaitanan ini boleh mengganggu manusia secara fizikal. Penulis selaku orang yang mengamalkan perubatan, termasuk juga dalam masyarakat moden yang mempercayai sains, pengaruh sihir tetap tidak boleh ditolak tepi dan dipandang enteng.

Namun mungkin kerana sifat sihir dan ilmu hitam itu yang ghaib, menyebabkan kita sering menolak sunnatullah iaitu penjelasan sains yang ada. Apabila kita melihat sesebuah restoran makanan tidak ramai pelanggan, maka kita menganggap restoran itu sudah terkena “buatan orang.” Apabila anak kecil tidak berhenti-henti menangis di tengah malam, kita katakan dia “tersampuk jin”.

Tetapi kita terlupa untuk memikirkan kemungkinan faktor sunnatullah. Mungkin restoran itu tidak ramai pelanggan kerana teknik promosi yang tidak berkesan? Mungkin anak kecil tersebut, telinganya dimasuki serangga yang biasa berkeliaran di waktu malam?

Bidang perubatan, terutamanya, tidak terlepas dari tanggapan sedemikian. Apabila tompok-tompok hitam muncul di badan, pasti ada yang mengatakannya “terkena sihir”. Anak yang menangis dengan suara kucing, dikatakan terkena kenan kucing. Dilahirkan bersisik, dikatakan kenan ular. Tidak kurang juga yang berjumpa pesakit yang perutnya buncit dan besar seperti gambar awal di atas, maka mengatakannya terkena santau.

(Kenan Ular?)

Tanpa menolak kemungkinan unsur-unsur ghaib, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebenarnya banyak kejadian-kejadian “mistik” tersebut telah didokumentasi, dikaji dan direkodkan dalam bidang perubatan.

Tompok-tompok hitam yang muncul di badan, contohnya, merupakan simtom yang digelar purpura, petechia atau ecchymoses. Ia boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit darah dan salur darah.

Anak yang menangis dengan suara kucing, merupakan sebuah fenomena perubatan yang dikenali sebagai “Cri du chat Syndrome“, iaitu terjemahan bahasa Perancis yang secara literal bermaksud “tangisan kucing”. Ia merupakan sejenis penyakit genetik, apabila kromosom 5p dalam gene manusia didapati hilang. Begitu juga, anak yang dilahirkan bersisik, ia juga telah dijelaskan dalam bidang perubatan sebagai Harlequin ichthyosis. Ia telah direkodkan sejak tahun 1750 lagi!

Namun tentulah, mungkin kerana masyarakat kita tidak biasa didedahkan dengan pengetahuan perubatan, sebaliknya sering dimomok-momokkan dengan kisah-kisah mistik, menyebabkan kita sering menolak penjelasan sains ke atas perkara-perkara sebegini.

Akibatnya, peranan doktor dan perubatan tidak dipandang penting, sebaliknya individu yang mengalami masalah sebegini sering berkunjung ke “pakar perubatan” seperti bomoh, pawang dan sebagainya. Hanya apabila keadaan berlarutan, barulah datang ke hospital sebagai pilihan terakhir.

Pernah diceritakan kepada penulis, oleh seorang doktor bahawa terdapat pesakit yang datang berjumpa beliau berserta diagnos kanser payudara di peringkat terakhir yang tidak lagi dapat diselamatkan, kerana sebelum itu pesakit berkenaan diyakinkan oleh bomoh bahawa dia terkena buatan orang!

Kerana itulah, penulis menyanjung tinggi usaha penerbit laman web MajalahSains untuk memberikan pendidikan dan maklumat yang berguna kepada orang ramai. Kewujudan laman web sebegini memberi ruang kepada para penulis, khususnya dalam bidang perubatan, menjadi medan untuk memperbetulkan kefahaman masyarakat.

Pun begitu, para doktor dan ahli sains hendaklah tidak terlalu bongkak dengan menafikan pengaruh ghaib ini keseluruhannya. Justeru itulah, setiap pengamal perubatan disarankan untuk mendalami sedikit sebanyak ilmu ruqyah (perubatan cara Rasulullah), serta menerapkan unsur-unsur Islam dalam rawatan yang dilakukan. Mulakan setiap sentuhan dengan Bismillah, serta akhiri setiap konsultasi dengan doa. Jika benar sekalipun unsur ghaib memainkan peranan, sama ada setiap sihir atau ilmu hitam itu memberi kesan atau tidak, tetap dibawah keizinan Allah Yang Maha Kuasa.

Ignorance Is A Blessing

Akhir kata, kembali kepada gambar di awal post ini. Kita dapat lihat, terdapat pelbagai tanggapan boleh kita buat mengenai individu tersebut. Ada yang mengatakannya boroi kerana makan terlalu banyak. Ada yang mengatakannya terkena santau orang. Dan mungkin juga orang berkenaan sedang menderita edema akibat kegagalan fungsi jantung.

Kerana itulah, yang paling penting bagi kita manusia selaku makhluk yang serba tidak tahu ini, adalah untuk mencegah diri kita dari suka bersangka-sangka sedemikian. Letakkan diri kita di tempat pesakit tersebut, sudah tentu kita juga tidak suka diperkatakan sedemikian.

Dalam kedoktoran, sejarahnya dahulu ascites dinamakan “Frog’s Belly“. Boleh difahami kan, kenapa? Namun kini, mana-mana doktor yang menamakan keadaan sedemikian dengan nama tersebut, akan segera dipandang sinis dan ditegur, kerana ianya adalah sangat tidak sopan dan menghina. Para doktor sekarang digesa untuk menulis dengan istilah saintifik, agar tidak ada sebarang hukuman (judgement) dan penghinaan kepada pesakit.

Begitulah juga kita, selaku anggota masyarakat. Elakkan lah dari melontarkan pandangan menghukum, sebaliknya cuba bersikap simpati dan empati kepada pesakit berkenaan. Penulis sering percaya, bahawa dalam hidup kita selaku manusia ini ada sebuah prinsip yang cukup penting, iaitu – “One should treat others as one would like others to treat oneself“!


sumber

Monday, May 23, 2011

6 strange medical syndromes ~ say subhanallah

If you cry, you die. RAS syndrome


Tianna Lewis, just two years old, suffers from RAS (Reflex Anoxic Seizure) a strange evil that allows the circulation of blood to the brain when something surprising or makes you mourn.
Little Tianna’s condition is triggered by tears, because if she does, her skin turns white, the body is stiffened, and her heart and breathing stops temporarily. She was diagnosed at 18 months old, and her parents have the difficult task to prevent her from crying.

Reflex anoxic seizure reportedly can also be triggered by pain, fear, fright or a very hot or cold bath.
Fortunately, reflex anoxic seizures generally receives less frequent and eventually stop in childhood. Sometimes the attacks persist until early adulthood. link


The Benjamin Button Syndrome


Is actually a Hutchinson-Gilford progeria syndrome and is a genetic condition characterized by the dramatic, rapid appearance of aging beginning in childhood. Affected children typically look normal at birth and in early infancy, but then grow more slowly than other children and do not gain weight at the expected rate (failure to thrive).
This condition is very rare; it is reported to occur in 1 in 4 million newborns worldwide. More than 130 cases have been reported in the scientific literature since the condition was first described in 1886. link

Ondine’s curse


Also called congenital central hypoventilation syndrome (CCHS) or primary alveolar hypoventilation, is a respiratory disorder that is fatal if untreated. Persons afflicted with Ondine’s curse classically suffer from respiratory arrest during sleep.
This very rare and serious form of central sleep apnea involves an inborn failure of autonomic control of breathing. About 1 in 200,000 live born children have the condition. In 2006, there were only about 200 known cases worldwide. In all cases, episodes of apnea occur in sleep, but in a few patients, at the most severe end of the spectrum, apnea also occurs while awake. link

Pregnant baby


An outstanding incident took place in the medical practice of Saudi doctors. A year-old girl turned out to be pregnant.
Fetus in fetu (or fœtus in fœtu) is a developmental abnormality: a mass of tissue inside the body that more or less resembles a fetus. There are two theories of origin concerning fetus in fetu. One theory is that the mass begins as a normal fetus but becomes enveloped inside its twin
The other theory is that the mass is a highly developed teratoma. Fetus in fetu is estimated to occur in 1 in 500,000 live births link

The inability to move the eyes from side to side.


Möbius syndrome (also spelled Moebius) is an extremely rare congenital neurological disorder which is characterized by facial paralysis and the inability to move the eyes from side to side. Most people with Möbius syndrome are born with complete facial paralysis and cannot close their eyes or form facial expressions. Limb and chest wall abnormalities sometimes occur with the syndrome. Most people with Möbius syndrome have normal intelligence, although their lack of facial expression is sometimes incorrectly taken to be due to dullness or unfriendliness. link

Abnormal legs that never stops growing


Mandy Sellars, 33, from Lancashire of England, may be suffering from an extremely rare disease called Proteus syndrome,that left two of her legs weighing 92-98kg out of total body weight about 130kg. What’s the worse, the abnormal legs never stops growing, and one day, they may have to be amputated.
“This is a very rare disorder. Certainly, less than one in a million,” said Dr. John Graham, director of clinical genetics at Cedars-Sinai Medical Center in Los Angeles. “Proteus syndrome is named for the Greek God who could change his form. And because it was such an apt description of how these individuals rapidly change form from appearing relatively normal as young children to this startling overgrowth, the name has remained with the disorder ever since then.”link


p/s : kita sering terlupa untuk bersyukur dengan nikmat sihat. ucaplah Alhamdulillah sekarang..