Saturday, February 11, 2012

x paham

saya tahu syiria sekarang sedang berperang antara rakyat dan pemimpinnya.

saya keliru, xtahu, xyakin, xpercaya dan pening dengan apa hubungan syiah dan sunni dalam masaalah ini.

sedari dulu saya percaya Hizbullah mempunyai hubungan yang istimewa dengan HAMAS. walaupun dari segi aqidah dan prinsip mereka berbeza, namun mereka sedang menghadapi musuh yang sama (zionis) dan objektif yang sama- memerdekakan al-aqsa dan palestin.

mereka melupakan perselisihan fahaman aqidah di antara mereka. berbeza dengan syiah dan sunni iran dan iraq.

Hizbullah -HAMAS bersependapat dalam banyak perkara terutamanya isu penentangan rejim zionis. Hubungan ini nampak kuat dengan kunjungan dan perbincangan yang kerap di antara kedua belah pihak. ini apa yang saya faham dulu2.

tapi hari ini, saya terkejut bila mendengar kisah hizbullah itu membantu rejim syiria membantai rakyatnya. saya pause sekejap. saya tak mahu percaya dan xmahu tak percaya. saya tak tahu. soal ini memerlukan bukti yang kukuh.

tak mungkin hamas bodoh untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang ingin membunuh ahlinya.

tak mungkin juga hizbullah bekerjasama dengan hamas untuk membunuh ahlinya.


hizbullah pernah bersikap proaktif dlm mempertahankan palestin.

masa ramai pemimpin negara Islam membatu, hizbullah lah yang muncul memberi tangan. dimata saya, hizbullah dihadapan.


saya xtahu dan ingin tahu.

Tuesday, February 7, 2012

Debate

Seorang kawan minta saya jadi speaker dlm debate contest. I really appreciate that. Tapi krn ada beberapa hal yang tak dapat dielakkan saya terpaksa tolak.

Terkenang zaman sekolah dulu. Walaupun saya seorang debator. But honestly I don’t like to participate in any debate in real life. Dalam pertandingan saya rasa ia sebuah permainan. but in real life, debating can spark the fire of anger. Jika ada seorang sedang rancak memberitahu pendapatnya, saya lebih suka diam. senyum dan angguk. Bila diminta nasihat baru saya respon. Selagi ia sebuah pendapat saya lebih suka dia berfikir sendiri tanpa berhujah panjang lebar. Cukup sekadar bagitahu saya pula berlainan pendapat.

Tapi jika ia sebuah kefahaman yang silap, saya akan cuba membetulkannya. Hanya bila dia sudah selesai memberitahu pandangannya. Jika dia mahu dengar, saya akan teruskan bicara. Tapi untuk saya bertegang leher, saya pun tidak suka.

Senyum sinis dari saya adalah tanda protest. Dalam hati : “eh, dah la tu. Malas pulak aku nak dengar.” ha ha



p/s: sy suka pertukaran idea. Tapi dalil hadith atau al-quran saja yang mampu buat sy terima. Syukur ayah saya mempunyai banyak buah dalil untuk mematahkan saya.

Sebab itu sampai sekarang, saya anti mendengar ceramah orang umno. Mereka lebih suka berdalil dgn akal/pendapat sendiri berbanding dari quran dan sunnah. Saya xnak apa yang kamu rasa. Saya nak apa yang nabi kata.

Monday, February 6, 2012

UMNO vs shahrizat


ahli2 umno sendiri sudah beberapa kali menggesa Shahzirat supaya berundur. tanya mereka "kamu ni sayangkan jawatan ke atau ikhlas berjuang dalam umno?"
jika ikhlas, sila berundur. wah. begitu caranya menunjukkan keikhlasan dalam umno. baru saya tahu.

sudahlah shahrizat, umno tidak mahu dicemuh oleh rakyat berkaitan isu NFC. where is your explanation?

bercuti keluar negara mungkin mampu menenangkan diri kamu sendiri. tapi bukan rakyat disini. kononnya Umno menentang segala bentuk penyelewengan. so, please la explain pasal NFC. ikut la korang nak putar kot mana. explain atau berundur. kerana saya yakin, penyokong umno sendiri yang menjatuhkan umno dlm pru nanti.




p/s: saya tidak faham mengapa dalam umno mereka begitu senang mengeluarkan statement kutuk mengutuk sesama sesama sendiri. budaya jatuh menjatuh diantara mereka bukan fenomena luar biasa.

tiada akhlak dalam berjemaah.

dan apa maksud ikhlas berjuang dalam umno?

Tahrir

Tahrir itu ertinya bebas, merdeka.

Sebut saja Tahrir Square, pastinya ingatan kita bakal menghimbau imej ratusan ribu rakyat Mesir yang berhimpun di sekitarnya - bagi mendesak pengunduran Presiden Hosni Mubarak, ikon kuku besi dunia Arab.

Tahrir Square, jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu membawa erti Dataran Merdeka.

Justeru, UMNO wajib waspada. Jika perlu, tukar saja nama Dataran Merdeka kepada nama lain.
Jika mahu kekal, mungkin boleh diubah ke Dataran Kekal.

Friday, February 3, 2012

Revolusi tanah arab

Revolusi tanah Arab kian berakhir. Kejatuhan rejim diktator yang selalu melakukan penindasan dilihat sebagai satu kejayaan besar buat masyarakat islam. Hari ini, mesir menjadi pusat pandang dalam pemerintahan. Ramai berharap agar Negara inilah yang bakal menerajui kepimpinan islam di atas muka bumi kelak.

Generasi yang lahir dalam tekanan talah bangkit merebut kembali kemerdekaan dan kehormatannya. Darah yang mengalir tidak sia-sia. Benarlah, barangsiapa yang melakukan kezaliman niscaya akan merasakan balasan dan kehancurannya

وَمَكْرُ أُولَئِكَ هُوَ يَبُورُ

“Dan rancangan jahat mereka akan hancur”. (Fathir:10)

وَلا يَحِيقُ الْمَكْرُ السَّيِّئُ إِلا بِأَهْلِهِ

“Rancangan yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri”. (Fathir:43)

Seperti baru tersedar, rakyat mesir menyedari merekalah pemilik keputusan. Kebangkitan ini bergerak meliputi jiwa. Anak muda mula menunjukkan potensi dalam menuju pembangunan. Sebagaimana yang telah kita lihat dalam pelbagai peristiwa dan kejadian pada beberapa bulan ini.

Sedarlah semua bahawa penindasan, pemaksaan dan kediktatoran akan hancur. Bezanya cuma cepat atau lambat. Sesungguhnya masa kemerdekaan, demokrasi dan keadilan pasti akan datang. Kerena itu, negara yang penuh kezaliman hanyalah sebentar. Hakikatnya, al-haq dan keadilan akan tetap lestari hingga hari kiamat.

Kekalutan dan kebuntuan telah terjadi pada masyarakat Arab. Ini kerana regim sebelumnya telah melakukan begitu banyak pemborosan dan mengekang kehendak rakyat. Meremehkan nilai-nilai kemanusiaan, pelanggaran hak yang berleluasa, kehancuran loyaliti dan komitmen bangsa serta tertutupnya kebebasan berekspresi dan berpartisipasi dalam pemerintahan Negara.

Kehidupan rakyat Mesir diatur supaya sesuai dengan undang-undang darurat dan hukum militer selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Rakyat ditangkap sewenang-wenangnya tanpa alasan yang munasabah. Hukum dijatuh secara zalim. Hak mereka dirampas dihadapan pengadilan penuh korupsi.

Kondisi hidup mereka merosot. Ekonomi dan cara hidup sosial juga turut rosak. Sebahagian besar rakyat mesir hidup dibawah garis kemiskinan. Mudah kata, mereka menjadi miskin secara disengaja. Kelaparan yang disengaja.

lebih teruk lagi, maraknya pengangguran di serata negari. Korupsi bermaharajalela. Wang rakyat disalah guna. Memamg semuanya sengaja supaya rakyatnya sibuk untuk meneruskan hidup dan membuat mereka terlupa dari melakukan tugas yang utama.

Meskipun dalam kondisi demikian, dengan kurnia Allah dan berkat persatuan dan kekuatan barisannya, regim ini akhirnya jatuh.

“Sebenarya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, Maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya)”. (Al-Anbiya:18)


Rakyat inginkan kemerdekaan. Mereka mahu negara yang demokrasi. Negara yang mematuhi prinsip kewarganegaraan, hukum, kebebasan dan kesama rataan.

Merekaa inginkan pengalihan kuasa secara damai melalui system pilihanraya. Menghormati hak asasi manusia. Mereka ingin contribute dalam membangun negara mereka sendiri dan meningkatkan status, diiringi dengan keperluan untuk mempromosikan budaya akhlak, toleransi dan saling menghormati antara semua bangsa .

Ini adalah tuntutan masyarakat dan kewajiban pemerintah. Biar siapa pun dia, inilah satu-satunya jalan untuk keluar dari krisis dan mewujudkan keamanan.


Inilah tugas dan tanggungjawab yang telah Allah berikan kepada pemerintah.Semua manusia akan disoal dihadapan allah atas pertanggungjawapan mereka. kerana itu para pemegang amanah ini hendaklah melakukan semaksimum mungkin untuk mencapai hal ini.

Umat hari ini sedang mencari orang yang mampu mempertahankan agamanya, menjaga dan membela negerinya, mempertahankan keamanan dalam negerinya dan menghormati keputusan pengadilan. Juga tidak angkuh dalam memerintah.

Telah diceritakan bahawa darah para syuhada adalah akar bagi kehendak rakyat. Inilah baja untuk pohon kebebasan. Kerana itu, jangan diremehkan kehendak rakyat. Berjuanglah untuk mereka, bergeraklah dalam kerangka kerja, dan jangan sampai ada satu sudut pun yang tidak berusaha. Inilah kelompok yang berani berenang melawan arus.

Marilah kita semua bersaing dalam rangka bagaimana untuk bangkit di negara kita Malaysia. Marilah kita semua bekerja sama dalam memajukan dan meningkatkan negera secara adil dan mulia, jauh dari pertempuran tercela yang melukai dada dan bergerak seiring dengan kemajuan.

Marilah kita tunjukkan kepada Allah dan kepada bangsa kita, sebagai ungkapan rasa cinta secara nyata kepadanya melalui langkah-langkah praktis menuju kemajuan yang nyata untuk mengembalikan posisi kita ditengah umat.

Sederlah semua bahawa kehendak umat sangatlah berharga. Oleh itu semua orang hendaklah menghormati dan tidak menganggap enteng untuk bergerak maju di negara kita.

Thursday, February 2, 2012

Bahariya

Perjalanan yang panjang. Melintasi padang pasir selama 5 jam. Otak terasa lapang. Memang ini yang aku cari. Jauh dari manusia yang berbulu di mata ini.

Tiba2 pandangan yang cerah menjadi hitam. Aku x pasti. Kenapa tiba-tiba pasirnya berwarna hitam. Saat ini aku kagum. Aku menoleh sahabat dikiri untuk meluahkan kekaguman ini. “Aiiii tidur pulak budak ni. Rugi giler ko x tengok padang pasir yang putih tibe2 berubah hitam.”

Pasir gelap seperti terbakar.

Jarang aku bercakap dengan diri sendiri sepanjang hari. Tapi inilah hari ini. Temanku adalah diriku.

Aku tak tahu orang lain nampak atau tidak. tapi aku dapat lihat seakan kalimah Allah di setiap lurahan gunung pasir. Taajub.

Aku melintas lagi bukit2 yang memuji-Mu.

Subhanallah. Aku x pasti, tapi batunya seperti disusun. Azim.

Langit mulai menghitam. Seperti sedang marah. padang pasir yang luas xnampak apa di hujung. Aku melelapkan mata. Dalam usaha untuk terlena, tiba2 bas melintasI deretan pohon kurma. Hah? Kebun kurma di tengah gurun?

Subhanallah. Bagaimana mungkin di gurun seluas lautan ini tiba2 ada sebidang kawasan ditumbuhi pohon kurma. Taajub lagi.

Bas terus berjalan. Sebiji rumah mula kelihatan. 2 biji. 3 biji. Akhirnya bas mula memasuki penempatan. Dalam hati aku masih ada gusar. Bagaimana penduduk disini boleh hidup? Aku x faham. Aku xtahu.

Akhirnya bas ini berhenti di depan tasik. Seluas mata memandang. Allah…Allah… ini rupanya disebalik tanda tanya. Sungguh,engkau maha mencipa sesuatu di luar logic akal manusia. Oasis.

Dan matahari pun bersembunyi. Membawa bersama cahaya pergi. Ya allah, indahnya langitmu.

Malam.

Angin dingin yang mencucuk ke tulang menjentik hatiku. Bagaimana orang kampung ini hidup,mandi, berwudhuk tanpa air panas? Rumah usang beratap pelepah kurma xmungkin ada pemanas air didalamnya. Aku? sehari gas habis sudah mampu membuat hidup menjadi miserable.

Rupanya Allah sediakan sebuah kolam air panas untuk mereka. Subhanallah. Allah maha teliti dalam menjaga hambanya.

Azan magrib berkumandang. Tapi kenapa masih ada yang berendam di kolam ini sehingga senja. Tidak berganjak untk menyambu seruan-nya. Benarlah manusia mudah leka.

Hari 2.

Hari ini aku melintas padang pasir lagi. Bezanya padang ini berbatu. Cantik2 bentuk batunya. Ada bentuk cendawan. Ada bentuk payung. Ada juga bentuk burung. Sudahlah besar, cantik pulak tu. Waaaaah… Azim lagi.

Malam ini tidurku berbantalkan pasir yg dialas toto dan beratapkan kain kanvas. Senang kata, aku tidur dalam kemah.

Malam yang sangat sejuk. Aku x pernah rasa sesejuk begini seumur hidup aku. waima ke gunung Sinai sekalipun aku masih mampu bertahan. Tapi bukan di gurun ini!!!

Aku kena frostbite. Jari tangan xboleh genggam. Sikit lagi nak menangis. Tapi sebab aku tahu menangis tidak boleh mengelokkan jari yang sakit. Maka aku melompat-lompat supaya badan aku panas. Kemudian aku tidur.

Subuh berjemaah. Kemudian bertasbih melihat matahari naik. Melihat indahnya ciptaanMu tak bertepi. Aku tak tahu apa perasaan ini. Sebak, kagum mungkin rasa kerdil. Asyik melayan perasaan hingga terlupa nak ambil camera.

Tapi aku tahu, apa yang dilihat oleh mata ini xsama seperti yang dicapture oleh camera. Aku biarkan camera di kemah. Kalau camera DSLR mungkin aku xakan tinggalkan di kemah.

Aku berjalan menuju matahari. Ahhhh…aku x mampu menulis apa yang kurasa di kertas. Mata melihat, hati merasai. Azim. Ya Allah, benarlah engkau maha luas.

Sepanjang perjalannan, banyak persoalan yang tiada jawapan. Dari kejauhan aku melihat gunung ganang yang tinggi.

Dalam hatiku terdetik. Tinggalkan aku disini. Aku belum puas melihat kebesaranmu. Awan-mu. Langit-mu. Gunung-mu. Ya Allah…. Cantik giler!

Hati tertanya, ada apa di balik awan. Seluas mata memandang, setenang hati yang merasa. Kekalkan ketenangan ini dihatiku yaAllah.

Bunyi kicauan burung apakah ini? Mana datang burung kat tengah padang pasir? Oh…rupanya bunyi pintu jip. Tapi ia betul2 meggembirakan aku. Sudahlah mata rasa asyik melihat, telinga juga terasa indah mendengar. Perfect combination. haha..lawak.

Apakan daya, aku harus pulang. Ada tanggungjawab yang belum selesai. Selamat tinggal bahariya. Satu hari nanti aku akan kembali.

Mansurah, i'm home.

Saturday, January 28, 2012

Mak ketam

sebenarnya saya perlu siapkan satu artikel untuk dikeluarkan esok. tapi malam ini setelah berjam-jam melangut dihadapan laptop, saya tetap xmampu membuahkan apa yang ada difikiran. tapi cerita lain pula yang keluar.

ini hanyalah sebuah kisah dalam masyarakat yang pernah saya alami.

waktu tu saya form3. tinggal di besut terenganu. pekan yang terhampir dengan rumah saya adalah bandar jerteh. xtau lah jertih tu boleh dikra sebagai bandar atau x. xpasti.

satu2nya shopping complex yang ada di jertih waktu itu adalah econjaya. satu hari, saya teman mak saya ke econjaya. nak beli barang. sampai saja di sana saya terus menuju ke tempat2 barang yang ingin di beli. saya dan umi berpecah sbb nak cepat cari barang.

sedang sibuk memilih barang, tiba2 saya nampak ada seorang budak lelaki umur dalam 10 tahun dengan selambanya tengah masukkan coklat ke dalam seluarnya. mungkin seluar dalam kot. dia betul2 di sebelah saya. saya membeliakkan mata dan melopong tanda terkejut.

dengan kurang akhlaknya dia berkata. "gapo? nok gocoh?"

saya terus menegur sikapnya. tapi dia dengan selamba terus blah. macam xde ape2 berlaku.

saya ke kaunter terdekat dan mengadu pada jurujual di situ. dan saya pun pegi la. malas nak layan. saya dah lepas tanggung jawab saya. saya dah tegur dan saya dah adu.

saya beratur di kaunter untuk bayar. time tu saya tengah peluk ais dalam 3 paket besar. memang sejuk ah. sebab malas nak ambik troli.

tiba2, saya dengar ada suara kecoh2 seperti ada orang bergaduh. dari jauh saya nampak seorang makcik 40-an berbadan gempal, bertudung tapi berjambul, bibir merah dioles lipstick dan berwajah masam sedang bertekak dengan jurujual.

saya menilai. perempuan ini seorang yang tiada adab. jurujual bercakap dengan nada yang rendah dan halus. tapi dia membalas dengan nada tinggi dan kasar. sambil tangan dia pun turut sama bercakap. tangan sebelahnya lagi sedang memeluk seorang budak.

alamak. budak laki tadi. bradycardia mula terasa.

saya: ahhh lantak korang lah. pandai2lah setel.

orang ramai berkerumun kat tempat makcik tu bergaduh. saya buat2 xnampak. tengah tunggu turn nak bayar. pastu nak balik.

tiba2, makcik tu berjalan menuju ke arah saya.

eh, makcik ni datang kat aku ke? berderau darah. adrenalin rush.

sambil berjalan dan menunding jari ke arahku. "mu ke hok tuduh anok aku ccurri??"

Allah.....

Aku: hah??? ape ni. takutnye.

seluruh mata dalam econjaya tu beralih ke arah aku. macam drama.

aku senyap. terkedu. terkejut.

makcik tu terus marah sambil menunding jari ke arahku. dia maki hamun dalam dialek kelantan yang pekat. aku pun x paham. tapi yang pasti dia sangat marahkan aku kerana dia kata aku menuduh anaknya mencuri. dia kata sejak kecik dia xpernah ajar anak dia mencuri. dia dah didik anak dia dengan baik. bla3....

tiba2 mak aku datang dari belakang. memegang bahuku. dengan suara perlahan ummi tanya. dah bayar ke?

ummi ambik ais tu letak kat kaunter dan bayar. buat macam xde ape2 berlaku. habis bayar umi cakap, "dah dek, jangan dilayan orang yang xde akhlak macam ni."

sengaja ummi kuatkan sikit suara supaya orang2 yg berada disitu dengar.

ummi tarik tangan aku keluar dari kerumunan orang yg ramai. meniggalkan makcik itu terkontang-kanting.

perghhhh...masuk je keter air mata keluar aku macam air terjun.

masa drive, bila nampak aku menangis makin ntah hape2, umi slowkan kereta dan berenti tepi jalan.

umi cakap. dah jangan fikir lagi. apa yang adik buat tu betul. semua orang boleh nilai. kalau betul makcik tu didik anak dia dengan baik, makcik tu xkan berperangai macam tu. kata2 x memenangkan tingkah laku. kalau mcm tu perangai emaknya, xpelik la kalau anak jadi pencuri.

aku tarik nafas panjang2. berheni menangis dan kembali normal.

moral of the story: didiklah anak2 dengan agama. jadi contoh yang baik buat mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”.
(At-Tahrim: 6)

Cakna

jangan salahkan hati yang tidak minat, tapi tidak cakna itu salah.

faham, tapi x mampu dihuraikan.

saya sedang cuba memecahkan perkara compleks kepada sesuatu yang mudah.

tapi terasa seperti sedang membazirkan waktu menulis sesuatu yang bukan dari kefahaman saya.

ya Allah....benarlah ilmu itu hanya datang dengan izinMu.

Friday, January 27, 2012

believe system

saya percaya negara kita boleh menjadi lebih baik. saya percaya korupsi dalam masyarakat boleh dihakis. saya percaya generasi muda kita boleh dididik untuk menjadi lebih baik. saya percaya palestin akan menang suatu hari nanti.

saya sedang mencipta kepercayaan ini supaya tubuh badan saya mentaati apa yang saya percaya. saya mahu kepercayaan ini mendesak jasad saya untuk bergerak menuju perkara tersebut. menuju untuk membuktikannya.

yang pertama, saya mesti menguasai minda.

jika kita percaya pd suatu perkara, kemudian kita kukuhkan dalam hati, yakin bahawa ia benar maka tubuh akan mentaati perkara tersebut.

ye, pasti ade orang akan menyangkal. bukan semua yang kita percaya itu benar. betul, as a muslim, tiada apa yang boleh dipercayai sesuatu itu benar atau tidak melainkan apa yang tertulis dalam quran dan hadith. tapi bila ia berjaya dibuktikan secara scientifik, maka ia benar dalam konteks science- logik akal manusia.

tapi bukan semua perkara didunia mampu dijelaskan menurut logik akal. perkara sam'iyyat tak mampu dijelaskan tapi ia ada.

ok. tulisan ini hanyalah satu idea terhadap persoalan bagaimana untuk merubah masyarakat?

pada sy, yang pertama adalah tanamkan kepercayaan dlm minda mereka. dan pastilah yang utama, kepercayaan terhadap agama, rukun iman. bila teguhnya rukun iman, semua perkara yang berkaitan dengannya akan mudah. membentuk masyarakat menjadi lebih mudah.

saya percaya suatu hari nanti kita akan berjaya. insyaAllah...


Friday, January 20, 2012

undang2 rimba

Mungkin ni cerita lama. Tapi taklah lama sangat. Excuse me coz I’m on exam.

Inilah yang telah tertulis, DSAI menang kes mahkamah – dia didapati tidak bersalah atas hukuman sodomy on saiful buhari. DSAI pecah amanah, sodomy, scandel sex, agen cina, yahudi, hindraf, menggugat kedudukan melayu.. all of them does not work!

lebih baik duit zakat yg diperuntukkan untuk melawan DSAI ini digunakan dalam kes shahrizat. baru betul konsep "guna wang zakat untuk menegakkan agama islam".

Shahrizat mungkin sudah boleh mula taip surat letak jawatan. Jamil khir mungkin boleh salahkan UMNO kerana tak suap betul2 hakim mahkamah dlm proses mahkamah DSAI. Najib pula mula memikirkan plot kisah seks tidak relevan untuk Anwar.

Kemenangan Anwar; adakah ada dikalangan kita mentakrifkan ia sebagai segarnya demokrasi di Malaysia?

ini hanyalah teori sesat. Democracy bukan diukur dengan kata gula2 dari najib. walaupon ISA telah dimansuhkan, walaupon AUKU telah dipinda, Malaysia masih jauh untuk dipanggil sebuah negara yang demokrasi. apatah lagi system perundangan yang adil.

Apa cerita kes salah guna wang by jamil khir, shahrizat n rosmah??? Someone from UMNO please explain for me!


Saya teringat kata2 seorang pak menteri. Zahid hamidi. he said somthing like; "tindakan saiful bersumpah laknat hanyalah untuk membersihkan namanya" adakah, bersumpah laknat dipaksa liwat oleh seorang yg berusia 61 tahun is something yg membersihkan nama? be a real man please!

Yang paling xmasuk akal adalah cerita datok trio; syuib, rahim and eskay. nampaknya kisah ini semakin diam. sedangkan tiada undang2 yang diadili. Apa tindakan yang dikenakan keatas mereka? Mereka bukan memfitnah benda kecik. Ini soal maruah seorang islam. ingat x kisah zaman rasulullah dulu. seorang wanita islam yg ditolak dan tersingkap kainnya, seluruh umat ishtihar perang untuk menjaga maruahnya. Allah....Allah.

Nampak x dimana silapnya? Jika kes DSAI ini diadili dalam mahkamah syariah, jika salah satu didapati bersalah, maka yang salah akan dihukum. Jika anwar kalah, maka dia akan dihukum. Jika saiful buhari kalah, maka ia akan dihukum. Well, thats the truth. Yes,dlm islam kes liwat ini bukan mainan. Menuduh orang meliwat juga bukan mainan. Maka jika ini adalah kes mahkamah syariah, undang2 akan terjatuh on saiful buhari.

But now….. anwar lepas, saiful pun lepas. Apa yang cuba dibuktikan? Siapa betul, siapa salah? Mana keadilan? Silap besar undang2 begini. Xmendidik dan xmenginsafkan! Jangan pelik jika lepas ni DSAI dituduh kali ke-3 meliwat atok berumur 80 tahun pula. What a dirty tric.


Exam saya belum habis. bila dah habis nnti saya nak terangkan betapa silap besarnya system perundangan mahkamah di negara kita. Kononnya negara islam. Tapi yang islam itu hanya bila bab kawin, nikah, cerai, rebut anak dan faraid. Memang betul kita ada 2 mahkamah; sivil dan syariah. Tapi siapa yang menentukan kes itu dibawa ke mahkamah mana? Ituah kesilapnnya!


Tengokla kalau rajin…….


p/s: keep out all your dirty agenda. get ready to move out from the office.