Saturday, September 24, 2011
harap
berharap dengan sangat....
Friday, September 23, 2011
I had a YM conversation with a friend last week. Begitu-begini ceritanya. Termasuklah memberi update mengenai aktiviti beliau sekarang. Katanya begitu sibuk sekali dengan tugasan2 di university.. Katanya makin lama makin mencabar tugas sebagai pelajar. Aku tanya, cabaran yg bagaimana? Die bg contoh. katanya, tak lama lagi die ditugaskan utk sertai community service. Aku tanya, kene buat ape? Tingkah beliau, "entah, aku pon tak tahu. bende nih untuk subjek tambahan[die ade ckp yg khidmat masyarakat itu dinilai untuk credit hours bg subjek berkenaan]. nanti aku pergi je. diorang dh siap2 bg grup. aku kene pegi je kampung tuh. nanti organizer cakap laa kene buat ape"
dah tahun akhir di universiti. nak buat community service pon kene ade orang yg uruskan. ape yg dinilai pon aku tak tahu laaaa. ape yg diorang nak nilai? tengok budak2 itu buat kerja atau tidak? and thats it! kerja yg sudah siap diatur, kemudian siap diberi arahan kena buat ape blablablabla. sume nya disiapkan. those who did IB in their previous college should know about community service very well. yg diberi hanyalah arahan untuk melengkapkan 150 hours in two years time with community service. they have to produce report. the student did everything. starting from proposal, nak buat ape, how to raise fund, plan sendiri apa yg diorang nak buat[bukan hanya menunggu arahan!], siapa yg diorang nak tolong etc. they call it CAS [creativity, action, service]
berbalik kpd university tadi. ape yg diorang nak terapkan kpd student tuh? student buat sekadar nak memenuhi credit hours utk lengkapkan degree, then habis begitu sahaja. mana pergi cita2 nak melahirkan graduan bertaraf dunia? sehinggakan hal sebegitu pon mereka disuap. berkesan ke khidmat masyarakat yg sebegitu rupa?
Bercakap soal khidmat masyarakat. Kerja berpersatuan tu pun adalah khidmat masyarakat. Ahh lama sungguh aku dah x berpersatuan. Maklumlah orang yang perlu kene reseat biasanya hanya akan terperap dlm bilik. Pandang buku. Tapi dalam hati sangat berharap dianugerahkan kebolehan menguruskan kedua-duanya.
Xlama lagi adek2 baru akan sampai. Sebenarnya ikutkan hati manusia biasa, nak saja aku cakap pandai2 korang lah dek. Dulu akak datang pun xde sape pun guide. Boleh je hidup. Takyah risau sangat masalah bahasa. Orang bisu pun boleh hidup kat mesir ni. Cuma hati la kene solid. Ahhh…tapi bukan hati yang solid yang hendak diberi pada adek2 ni. Tapi hati yang ikhlas. Maafkan aku kerana aku manusia biasa. Kadang2 bermain dengan kemalasan. Ok. That’s it. Esok adek2 baru datang, biar aku cover semula masa2 yg telah aku habiskan menjauhkan diri dari masyarakat.
ni, kata2 yang aku copy paste je:
Rasulullah saw membandingkan orang yg buat khidmat masyarakat kepada orang miskin, golongan armalah[ibu tunggal] dan anak yatim sama seperti mujahidin fisabilillah. menerapkan nilai suka menolong orang yg susah itu sangat positif. terutamanya kepada golongan2 berpendidikan. pertolongan tidak semestinya melalui bantuan material semata2. ia boleh jadi bantuan dari segi motivasi, sokongan moral dan sebagainya.
p/s: daripada meeting berejam-rejam baiklah memanjat tangga menolong adek2 baru masuk rumah. Tahun ni kalau boleh aku xnak masuk meeting. So..minta maaf la kalau ade perjumpaan aku terpaksa keluar awal. Sbb duduk dengar org explain panjang2 kadang2 boleh menyebabkan aku sakit kepala.
Friday, September 16, 2011
Redha
Tuesday, August 2, 2011
Berhentilah mengekang kami.
Asalnya saya tidak berminat untuk mengulas. Sebab hal ini bermain di Mesir. Saya pula berada di tanah air. Menghabiskan cuti yang baru bermula. Tapi bila permainan ini sudah melampau, saya sangat takut jika satu hari kerajaan dengan mudah menjatuhkan hukuman kpd mahasiswa sesuka hati.
Demokrasi di Malaysia semakin pincang. Pincang. Pegawai yang berkepentingan menjadi pengkhianat. Dengan tidak berfikir menjatuhkan hukuman kpd pelajar. Terlalu banyak yang ingin disebut. Tak tahu mana yang patut didahulukan. Mungkin perlu mengikut kronologi. Untuk kronologi baca disini.
Hak mahsiswa dicabul . Pada 9 Julai, kami pelajar2 Malaysia di Mesir yang rasa bertanggungjwab terhadap tanah air turut berkumpul menunjukkan sokongan terhadap himpunan Bersih. Bukan saja pelajar Malaysia di Mesir, tapi difahamkan di mana ada pelajar Malaysia di muka bumi, disitu ada kumpulan yang menyokong bersih. Itu bukan masaalah. Adatlah manusia mempunyai idea yang berbeza.
Tapi yang menjadi persoalan, kenapa hanya ketua penganjur himpunan Bersih di Mesir dikenakan tindakan? Beliau dibuang Universiti. Apa kaitan university al-Azhar dengan himpunan Bersih? Kalau betul kerajaan Malaysia mendakwa ini adalah himpunan haram, sepatutnya semua penganjur di luar negara dikenakan tindakan. Tetapi kenapa hanya kami ? kami di Mesir...
Pada pendapat, mungkin kerana di Mesir ramai pelajar mengambil jurusan agama dan yang paling utama terdiri dari bangsa melayu. Sedangkan di Australia, pelajar2 Malaysia lebih hebat, ramai dan lantang berdemo. Bezanya, di Mesir, semua pelajar adalah bangsa melayu. Nampak sangat seolah2 bangsa lain di Malaysia tidak berani disentuh. Tapi bangsa melayu semudah2nya diugut dan digugat.
Sungguh, perkara ini sangat dikesali. Tindakan kerajaan ini seolah-olah menyekat rakyat mahir dalam ilmu agama. Mungkin mereka takut, bila pelajar2 ini sudah mantap, cekang dibidang agama, mereka akan menegur kezaliman, kepincangan dan maksiat yang bermain dalam kerajaan.
Nah. Lihatlah pincangnya demokrasi di Malaysia. Kalau mehasiswa dlm Negara disekat menurut akta AUKU, kami boleh terima. Tapi kami, pelajar di negara Mesir tiada kena mengena dengan undang-undang itu. Lantas, atas undang2 apakah kami dihukum? Ini hak kami. Hati kami. Idea kami. Akal kami, kami yang tentukan apa yang hendak difikir. Hati kami, kami yang tentukan apa yang hendak dirasa. Sungguh kamu tiada hak!
Universiti Al-Azhar takkan membuang pelajar sesuka hati kecuali mendapat tekanan dari Kerajaan Malaysia. Buktinya, kerajaan Husni Mubarak jatuh diatas kuasa demo mahasiswa. Tapi, mereka tidak disekat untk meneruskan pembelajaran. Jika hukuman untuk pendemo adalah dibuang university, maka sepatutnya sekarang ni tiada lagi pelajar di Al-Azhar kerana majoriti pelajarnya berhimpun semasa menggulingkan Mubarak.
Tambahan, pelajar yg dibuang itu datang belajar ke Mesir atas biayaan sendiri. Jadi apa hak kerajaan Malaysia hendak menafikan mereka untuk belajar? Jika pelajar tersebuat ditajaa oleh kerajaan, kemudian kerajaan telah memberi amaran, baik itu logic untuk diterima. Tapi bukan itu yang berlaku. Ini zalim namanya.
Semakin hari, semakin banyak kekangan yang menghalang para pelajar untuk menjadi manusia yang berfikiran luas. Pandangan yg jauh disekat. Idea yang tinggi dicantas. Kasihan menjadi pelajar Malaysia. Mahasiswa tidak boleh berpolitik. Kalau begitu tak perlu meletak syarat daftar pemilih bermula pada umur21 tahun. Sedangkan umur 21 tahun rata2 rakyat masih belajar di IPT. Adakah pengundi pilihanraya lebih terjurus kepada orang yang tidak berpendidikan?
"Hendaklah kamu bertolong tolongan atas kebajikan dan taqwa dan janglah kamu bertolongan diatas dosa dan permusuhan …." Al-Maidah ayat2.
Saturday, July 9, 2011
Mengapa Ambiga?
Salam Palestin,
Semasa saya berada di Mesir sebulan lepas, ada persoalan dibangkitkan oleh para pelajar di sana berkaitan BERSIH 2.0, penganjur perhimpunan aman yang menuntut reformasi pilihan raya yang telus dan adil, terutama berkaitan pengerusinya, Datuk S. Ambiga. Ia agak hangat apabila kumpulan anti BERSIH, termasuk sesetengah kumpulan Islam mula mempertikaikan kesanggupan PAS menganggotai BERSIH, sedangkan beliau adalah seorang yang disifatkan anti Islam berdasarkan rekodnya yang tersebar, sebahagiannya benar, manakala sebahagian lagi adalah bohong dan fitnah.
Saya telah menjawabnya dan saya fikir jawaban saya mampu menenangkan mereka walaupun agak ringkas kerana soalan-soalan lain yang agak banyak dan pelbagai yang menyuntukkan masa. Tetapi, persoalan itu terus hidup sehingga kini di tanah air kita apabila ia sentiasa diberi nafas melalui peluru sms dan bicara siber yang bersifat dan bertujuan menyentak dan membantut semangat anak-anak muda Islam daripada menyertai perhimpunan aman pro demokrasi adil yang semakin menjadi kenyataan sabtu ini, insya Allah.
Walaupun agak lewat, saya fikir elok juga untuk para penjengok blog saya meneliti dapatan yang saya muatkan di bawah. Tujuan saya adalah untuk mempertingkatkan kefahaman politik Islam, seterusnya meyakinkan semua bahawa PAS telah mengambil keputusan yang betul, syar’ie dan positif demi kepentingan politik negara dan umat Islam juga yang sentiasa berhadapan kekeliruan oleh penganut Melayunya sendiri.
Pertama, Bolehkah kita berketuakan seorang non muslim? Ini soalan yang jawabannya agak mudah, cuma mudah juga untuk dikelirukan oleh pengeliru yang suka menyusahkan dan menjalani hidup hipokrit.
Untuk institusi dan kumpulan kehidupan sosial, samada dalam masyarakat Islam yang majoriti atau sebaliknya, Islam tidak pernah melarang berketuakan seorang non muslim, lelaki atau perempuan, jika institusi dan kumpulan itu bertujuan baik dan tidak bercanggah dengan agama. Itu dapat dilihat melalui ‘ijmak’ ulama masa kini yang membiarkan penglibatan umat Islam di dalam pelbagai pertubuhan sosial yang bertujuan membina kehidupan manusia yang lebih baik.
Contoh terbaik adalah pertubuhan peringkat antarabangsa seperti PBB. Ia selalunya diketuai non muslim dan tujuannya baik walaupun sering tunduk kepada kekuasaan yang acap kali memusuhi Islam seperti Amerika. Tiada fatwa yang mengharamkan negara-negara Islam – sedangkan mereka adalah ketua-ketua umat Islam – menganggotainya. Jika begitu, anda bolehlah kiaskan secara mudah betapa pertubuhan-pertubuhan yang lebih kecil adalah lebih layak dan syar’ie bagi umat Islam untuk menyertainya.
Maka, pada asasnya, penyertaan PAS di dalam BERSIH 2.0 yang diketuai seorang non muslim adalah harus kerana tujuannya yang murni, malah merupakan tunjang kehadiran Islam di muka bumi, iaitu menegakkan keadilan dan kebebasan hidup.
Adapun untuk sebuah negara, berketuakan non muslim dalam sebuah negara yang umat Islam Islam memiliki kekuatan untuk melantik dan memilih seorang muslim sebagai ketuanya adalah tidak harus. Ini kerana adalah mustahil seorang non muslim akan memandu negara tersebut untuk patuh tunduk kepada syariat Islam di dalam bernegara.
Sebaliknya, jika umat Islam tiada memiliki kekuatan tersebut, seperti memiliki jumlah minoriti, maka berketuakan non muslim adalah harus selagi mereka bebas menjalani hak mereka sebagai seorang muslim. Contoh mudah ialah kerajaan nabi Yusuf alaihissalam. Baginda adalah menteri kepada kerajaan yang kufur. Ada beberapa persoalan mungkin timbul, saya ketepikan dulu untuk memberi laluan kepada topik asal perbincangan.
Kedua, bagaimana jika ketua itu anti Islam? Ada beberapa keadaan. Pertama, jika pertubuhan itu bermaksud anti Islam, maka jelas haram menyertainya. Jika tidak, bahkan untuk turut menyokong matlamat Islam, maka hukum adalah sebaliknya. Kedua, jika ketuanya anti Islam dan secara jelas dilihat begitu, maka hendaklah dilihat kesan baik dan buruknya. Jika keburukan mendahului atau sama atau ditakuti buruknya, maka hukumnya tidak harus. Ini soal ijtihadiah dalam siyasah syar’ieyah.
Lihat juga perbahasan ulama dan fatwa mereka dalam penyertaan umat Islam di dalam pertubuhan-pertubuhan tajaan zionis misalnya. Walaupun zahirnya kelihatan baik, tetapi keraguan adalah besar disebabkan matlamat zionis terhadap Islam adalah jelas, apatah jika ketua pertubuhan tersebut dilihat pro zionis.
Adapun jika ketua tersebut dilihat anti Islam kerana beberapa tindakannya yang menunjuki demikian, maka ia bergantung kepada matlamat pertubuhan tersebut dan perjalanannya, bukan pada ketuanya. Semua bukan Islam adalah biasa dan natural jika beberapa tindakannya dilihat bercanggah atau memusuhi Islam. Jika tidak, terbantutlah kehidupan yang dicanang agama Islam yang sejagat agar Islam menghubungkan sesama manusia, bukan memutuskan! Islam dengan itu akan hanya relevan dalam masyarakat Islam sahaja, bukan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya.
Ketiga, bagaimana dengan Datuk S. Ambiga? Saya akan merujuk kepada beberapa dakwaan terhadapnya sehingga beliau dituduh oleh pihak yang menuduh sebagai anti Islam, terutama berkaitan soal murtad dan pluralisme agama.
1) Adakah salah untuk seorang bukan Islam berpendapat dan bertindak menyalahi hukum Islam sedangkan ia tidak menyalahi undang-undang negara? Jika salah, maka adalah baik untuk kita tumpukan dulu pertuduhan dan kemarahan kita itu terhadap orang Islam sendiri yang berkata dan bertindak menyalahi hukum ugamanya sendiri daripada melampiaskan kemarahan kita kepada orang luar yang mungkin saja bertindak demikian hanya kerana melihat telatah umat Islam sendiri yang menolak ugamanya.
Jika tidak salah, maka mengapa kita menganggapnya anti Islam, sedangkan undang-undang negara tidak menganggapnya salah? Adakah agama kita memaksakan mereka sebagaimana ugama kita memaksakan kita? Tidak bukan? Undang-undang negara membenarkan mereka mencabar. Jadi, salahkah mereka bergerak di atas lunas-lunas itu?
Yang boleh memaksakan semua adalah undang-undang yang terpakai di dalam sesebuah negara. Islam tak terpakai di negara kita. Jadi persoalan asas adalah mengapakah tidak dilaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, atau dalam isu ini, yang berkaitan penjagaan terhadap ugama Islam dan individu muslim daripada dijadikan bahan murahan dan mainan seperti kes murtad oleh umat sendiri.
Maksud saya, pertuduhan anti Islam terhadap individu non muslim seperti Datuk S. Ambiga dan sepertinya adalah berbentuk persepsi dan anggapan. Ia bukan terbukti. Sesuatu yang samar-samar tidak boleh dibina hukum di atasnya. Ia adalah kezaliman. Kezaliman tertolak daripada merajai hukum ugama.
Ya, benar bahawa persepsi dan kesamaran itu berguna untuk sikap berhati-hati. Adakah anda menjangkakan BERSIH 2.0 adalah medan untuk menolak agama? Atau ianya adalah untuk menolak ketidakadilan? Penilaian adalah ke atas BERSIH 2.0, bukan lagi pada individu yang mengetuainya itu. Saya tidak berhujah untuk memperkenalkan BERSIH 2.0 di sini. Topik kita ialah ketuanya sesudah BERSIH 2.0 difahami sebagai kumpulan yang bersih murni matlamatnya.
Lainlah jika anda memang berpendapat bahawa BERSIH 2.0 itu sendiri adalah tidak bersih. Kita bincang di lain kali pula hal itu.
2) Siapakah yang patut bertanggung jawab terhadap tindakan-tindakan oleh kumpulan bukan Islam yang mencabar hukum ugama Islam? Apatah, apabila tindakan tersebut dilakukan melalui lunas undang-undang negara? Sudah pasti jawaban kita adalah jelas bahawa yang bertanggung jawab adalah penggubal dan mereka yang meluluskannya. Hukum-hukum Islam, umat Islamlah – pemerintah Islamlah – yang mesti melaksanakan kedaulatannya sehingga tidak boleh lagi dicabar sewenang-wenangnya.
Malangnya, sebelum non muslim, umat Islam sendirilah yang berada di hadapan menentang perlaksanaan hukum syariat ke atas mereka dan negara mereka juga. Siapakah mereka? Agak malang, bahkan pelik sekali kerana mereka inilah juga yang sering menuduh Datuk S. Ambiga sebagai anti Islam?! Jadi, sudah pasti nyata bagaimana pertuduhan terhadap pengerusi BERSIH tersebut adalah semata-mata untuk mengaburi masyarakat agar turut menolak BERSIH 2.0 tersebut, walaupun pengerusinya ditukar kepada TG Abdul Hadi Awang! Saat itu, pertuduhan khas pula dicipta ke atas TG Abdul Hadi Awang. Mungkin sebagai neo Khawarij!?
Khulasahnya, sebelum anda melihat kepada Datuk S Ambiga, lihat dulu kepada kerajaan Malaysia yang menjadi penghalang kepada perlaksanaan syariat Islam yang sebenar dan begitu takut dan ngeri dengan kemaraan BERSIH 2.0 itu. Mengapa takut kepada pencinta keadilan dan kebebasan jika mereka juga adalah kerajaan yang adil dan pro kebebasan?
3) Apakah yang sebenarnya dituntut oleh bukan Islam? Sudah pasti hak mereka sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek. Anda harus faham, sebagai sebuah minoriti ugama dan bangsa, non muslim memiliki perasaan sendiri bahawa mereka merasa masih tidak selesa dan selamat dengan undang-undang dan perlaksanaannya di negara ini yang dilihat tidak mesra minoriti. Ini termasuklah hak beragama dan kawalan terhadap ugama mereka.
Adakah setiap kali mereka bersuara, maka hukumnya adalah ‘anti-Islam’, sedangkan tiada pun Islam sebenar yang menjadi undang-undang di negara ini? Adalah menjadi tuntutan ugama Islam bahawa menjaga hak bukan Islam adalah teras besar kepada undang-undang Islam. Tanpa ini, undang-undang Islam adalah terbantut, lemah dan tidak relevan sebagai ‘rahmatan lil alamin’.
4) PAS konsisten memperjuangkan Islam dan kedaulatannya semenjak sekian lama. Ia pertubuhan politik dan dakwah yang secara jelas memperkenalkan Islam dan syariatnya yang sebenar walau terpaksa berhadapan kesusahan dan tindakan zalim pemerintah. Adakah PAS yang diketuai oleh syura ulama yang menepati maksud kekuasaan sebenar Islam tiba-tiba gagal mengenal Datuk S Ambiga? Ia agak jauh, sukar dan ‘unreachable’ oleh otak yang BERSIH!!
Kelima, mengapa Ambiga? Mengapa tidak PAS yang mengetuai demonstrasi aman BERSIH 2.0, sedangkan PASlah yang dilihat menjadi pemain utama menggerakkan massa? Perhatikan,
1) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif politik dan parti politik semata-mata, bahkan dilihat sebagai tuntutan bersama rakyat Malaysia, termasuk yang tidak mesra politik dan orang politik. Rakyat mahu pemerintah mereka adalah yang mereka pilih melalui proses pilihan raya yang adil dan telus. Dengan penglibatan golongan non partisan seperti puluhan NGO yang bergabung di dalam BERSIH 2.0, maka adalah nyata bahawa rakyat seluruhnya telah nampak secara jelas bahawa perjalanan pilihan raya negara adalah di tahap lemah dan sering dimanipulasi oleh pemerintah semasa. Rakyat seluruhnya mahukan reformasi pilihan raya!
Maka, Datuk S Ambiga dicalonkan dan semua pihak menerimanya mengetuai BERSIH 2.0.
2) Agar matlamat BERSIH 2.0 tidak dilihat bermotif ugama semata-mata. Oleh kerana PAS terlalu ‘ugama’, maka sudah pasti BERSIH 2.0 akan gagal mencapai matlamatnya yang mahukan seluruh rakyat yang mahukan reformasi pilihan raya itu turut menyertainya tanpa rasa curiga terhadap motif pihak lain. Ia adalah matlamat yang disepakati bersama.
Kesepakatan melakukan kebaikan adalah dendangan syariah Islam.
3) Agar PAS tidak dilihat sebagai ekstrimis ugama. Walaupun PAS berjaya daripada semasa ke semasa memperkenalkan dirinya sebagai pertubuhan Islam yang sederhana dan ‘wasathiyah’, ia tetap menjadi buruan golongan anti Islam untuk menghancurkannya dengan pelbagai tohmahan dan fitnah. Antara peluru utama ke atas PAS adalah senjata tajaan Amerika yang menghukum golongan Islamis sebagai ekstrimis dan pelampau ugama. Sudah pasti tujuannya adalah menjauhkan masyarakat, terutama non muslim daripada PAS.
Apabila orang yang dilabel pula sebagai anti Islam seperti Datuk S Ambiga bersedia untuk bersama-sama PAS mengetuai perhimpunan rakyat, maka ia adalah kebaikan untuk kedua-dua pihak. Sebagai mana PAS, beliau dan kumpulan non muslim juga tidak gemar di label dengan tuduhan-tuduhan yang negatif yang tidak membantu ke arah perpaduan dan keharmonian hidup di negara ini.
4) PAS memerlukan sokongan semua lapisan dan kumpulan rakyat. Negara dibina dan dibentuk oleh rakyat. PAS mencadangkan alternatif yang dilihat terbaik untuk negara Malaysia iaitu negara berkebajikan yang bertunjangkan Islam sebagai neracanya. Adalah satu kesempatan dan peluang yang baik untuk PAS memperkenalkan dirinya sebagai pejuang bersama menuntuk hak-hak rakyat yang diketepikan oleh pihak pemerintah. Adakah menjadi ‘bos’ dalam semua perkara adalah syarat atau rukun dakwah? Adakah ia juga satu hikmah dalam berdakwah? Tidak bukan?
5) Dekad terakhir dalam sejarah dan politik negara adalah dekad anjakan paradigma rakyat dalam banyak hal. Antara yang menarik adalah pecahnya tembok binaan UMNO yang berusaha memisahkan PAS daripada masyarakat non muslim. Kesan tembok itu adalah buruk. Non muslim mengenal Islam yang diperkenalkan oleh UMNO. Kesannya, tiada yang indah dalam Islam. Melayu UMNO adalah dipenuhi penyakit. Bagaimana si pesakit boleh menawarkan kesihatan?
Apabila tembok pecah, kini non muslim mula melihat dan mengenal Islam daripada PAS. Daripada PAS yang ditakuti, kini menjadi PAS yang disenangi. BERSIH 2.0 adalah sebahagian proses berkenalan di dekad baru ini, dekad yang dipenuhi cita-cita bersama ke arah Malaysia yang lebih harmoni, merdeka dan berjaya.
Sekarang anda telah melihat beberapa perkara penting yang mampu menghapuskan keraguan mengenai penerimaan PAS untuk menyertai BERSIH 2.0 walaupun diketuai oleh seseorang yang menghadapi tohmahan sebagai anti Islam.
Walaupun saya tidak membawa nas-nas penghujahan secara lebih terperinci demi meringkaskan, adalah cukup dengan memahami hujah-hujah yang diberi, kita akan melihat nas-nas ugama itu seperti bersedia untuk tampil.
Wednesday, July 6, 2011
Unggun bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Friday, July 1, 2011
Mahasiswa
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.
Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani
Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara
Monday, June 20, 2011
Saya juga ingin menjadi sebahagian dari sejarah BERSIH.

Baru-baru ini, di tempat saya, telah datang melawat seorang tokoh pimpinan yang disegani, Ustaz Nik Muhamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Benar kata-kata beliau, mahasiswa perlu berani. Perlu bermasyarakat di bangku university lagi. Kalau ada mahasiswa yang berpendirian, study dulu bincang masaalah ummat kemudian (selepas tamat university), bersyukurlah jika lepas tamat belajar kalian masih hidup, muda dan mahu melibatkan diri dengan masyarakat. Kerana adatnya, manusia yang sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri, mana mungkin mereka tiba-tiba beralih arah untuk menyibukkan diri dengan masyarakat.
Orang yang tak memberi faedah kepada orang lain bolehkah disamakan sebagai sampah masayarakat? Macam penagih dadah, sikit pun x memberi faedah pada orang lain. Belajar tinggi-tinggi, balik Malaysia kerja hebat-hebat. Setiap bulan dapat gaji ribu-ribu. Duit masuk poket sendiri. Akhir tahun pergi melancong. Akhirnya mati. Sayang…
Saya menyokong himpunan BERSIH dan mengajak mahasiswa-mahasiswa di Malaysia sama-sama hadir.
Kerana umumnya, mahasiswa menyandang tiga fungsi strategi ini iaitu :
1. Sebagai penyampai kebenaran (agent of social control)
2. Sebagai agen perubahan (agent of change)
3. Sebagai generasi penerus masa depan (iron stock)
Saya sangatlah pelik jika ada pihak yang menentang himpunan ini diadakan. Teringin juga nak dengar atas alasan apa mereka menentang. Sudah terang lagi bersuluh pilihan raya di Malaysia memang tidak adil.Mungkin kerana ramai kawan-kawan saya di kalangan mahasiswa, jadi sebab itu kami mempunyai satu rasa yang sama. Bersetuju.
Kalaupun ada yang menentang, saya hanya mendengar dari surat khabar sahaja. Itupun dengar dari suara UMNO dan PERKASA. Maaflah saya tidak melihat PERKASA sebagai badan yang berfikir. PERKASA adalah sebuah badan pak turut maka ia terkeluar dari senarai anak muda yang berfikir walaupun ada ahlinya yang terdiri dari mahasiswa.
Memang Mahasiswa Malaysia selalu ditekan dengan waktu kuliah yang sempit, ancaman nilai rendah, dan drop-out yang boleh jadi bila-bila masa saja. Dengan alasan ini, ramai yang akur. “Baik aku belajar sungguh-sungguh dulu. Dah grad nanti baru fikir hal-hal lain”. Sayanglah, masa muda kalian terbuang di depan buku sahaja. Sedangkan Allah menciptakan manusia dengan otak yang hebat. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama. Maka anda bukanlah tergolong dalam anak muda 3B bijak, berani dan berjasa.
Berbeza dengan anak muda di Mesir. Sejak kecil lagi sudah nampak keberanian mereka. Keberanian mereka telah membuka mata ramai anak-anak muda di seluruh dunia. Akhirnya mesir berjaya menuntut kebebasan. Semuanya bermula dari himpunan anak muda.
Mungkin benar, "Pendidikan kita tidak mengajarkan untuk berani," Sekarang kita adalah mahasiswa. Jangan kita jadi mahasiswa yang enak menelan dengan segala macam ideologi, pandangan, ajaran dan sejarah.
Siapa yang belajar sejarah dia akan tahu. Disetiap kisah sejarah demokrasi, badan pelopor, penggerak, bahkan sebagai pengambil keputusan, itu semua kebanyakannya datang dari Mahasiswa. Baik di ceruk mana pun, mahasiswalah yang menjadi pemangkin.
Kerana mahasiswa mampu melahirkan pemikiran yang kritis, demokratis dan konstruktif. Itulah pola pemikiran mahasiswa yang perlu ada. Kerana mahasiswa mempunyai stamina dan semangat yang tinggi dalam pola kehidupan. Sayang sekali jika kita membiarkan kehidupan kita sebagai mahasiswa habis didepan buku sahaja. Sayang….
Sementara kita masih muda, sementara kita masih mudah bergerak, sementara kita masih berdarah panas, curahkan semangat itu untuk kebaikan bersama. JOM BERSIH.
8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MEREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Kauthar Hassan.
Saya rasa ketinggalan semenjak akhir-akhir ini. saya sendiri tidak pasti, adakah saya lembap, ataupun keadaan yang melembapkan saya. please excuse me.
Izinkan saya membuat sedikit draft mengenai apa yang telah berlaku since my last update. My last update tu pun dah berminggu2. Maknanya tajuk berita2 ini pun dah berminggu2 atau berbulan2. Tapi kisahnya masih menjadi tanda tanya saya. Kes ini dah selesai ke? Bila nak selesai? Ke dah settle, saya je yang tak tahu? atau adakah semua orang dah beransur lupa?
Ini tajuk berita yang setakat saya ingat dan apa yang dirasakan penting. mungkin tidak begitu penting untuk sesetengah manusia. Semua berita-berita ini bermula dan tidak diselesaikan.
Entahla..
1. Email 1 malaysia yang berharga juta-juta ringgit.
2. Kisah video seks anwar.
3.Tragedi rumah anak2 yatim yang dihempap tanah runtuh. Sudah terbela ke belum nasib anak2 ni?
4.Tarif air di Melaka yang naik, naik, naik.
5.Tuntutan seorang ahli parlimen yang mahukan JPN mengiktiraf bangsa "Anak Malaysia".
6. Kes saman Utusan hina islam.
8. Laman FB 1 Malaysia yang berharga RM1.8 juta.
9. FELDA hutang RM 6billion.
Maka dengan ini, saya ingin BERSIH!