Tuesday, March 29, 2011

video lucah dan dosa politik

Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.


Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.


Ramai individu dalam parti-parti telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.


Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi s.a.w

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).


Aib Peribadi

Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian.

Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi –sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama.

Firman Allah(maksudnya):


“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).

Nabi s.a.w sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.


Bukan Bukti Asas

Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.


Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

“Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”


Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.


Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).


Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat.


Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah: (maksudnya)


“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).


Tidak Perlu Suruhanjaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya ‘Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma’ruf(menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy ‘An al-Munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan).


Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”. Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka ‘Umar pun meninggalkannya…


Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).


Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya)


“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12).


Bangkit Generasi Baru!

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakunkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!


http://drmaza.com/home/?p=1379

Thursday, March 24, 2011

Engkau berdosa padaku


Walau dia bukan bapaku, aku tetap sedih. Meremut rasa hati. Memang dia tiada kaitan dengan aku. Tapi dia yang membimbingku dari jauh.

Fitnah lagi. Fitnah lagi. Bukan sekali tapi 2,3,4 kali. Ikutkan hati mau saja aku doakan pembuat fitnah itu dipanah petir. Tapi aku lebih memilih supaya Allah muliakan kembali bapaku.

Sekarang kau buat fitnah. Aku tidak rasa ada sesiapa pun berani menempah tiket ke neraka. Mungkin dalam hati kecil kamu pernah terlintas, maafkan aku, aku sangat terdesak. Bila selesai kerjaku ini aku akan minta maaf padanya. Sedangkan nabi ampunkan umat. Apatah lagi orang biasa.

Mungkin bapaku akan memaafkanmu kerana kesian melihat dirimu koma. Atau kerana kesian melihat keluarga kamu yang tak henti-henti merayu padanya. Tapi boleh jadi juga bapaku takkan memaafkan kamu . Sebab bukan sekali benda ini terjadi. Tunggu saja Allah yang balas.

Kalaupun benar kamu insaf. Kamu dapat kemaafan. Kamu anggap ini selesai? Jangan lupa pada kami. Kami juga berdarah dalam hati. Benar kau boleh ucap saja pada press conference. Maafkan dirimu. Tapi belum tentu dari seribu ada satu yang memafkanmu. Kalau setakat ucapan umum, lebih baik simpan saja maaf dalam hati.

Sebab aku bukan nabi. Susah untuk memaafkan salahmu padaku. Tunggu saja Allah yang balas.

Thursday, March 17, 2011

Islam itu apa ada padanya

Terkejut saya apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang saya sifatkan sangat tidak manis terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi ketika berada di Turki baru-baru ini.

Menurut laman web National Review Online, Perdana Menteri itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan bernada kesal dengan keterlibatan Ikhwanul Muslimin dengan protes mendesak pengunduran Hosni Mubarak di Mesir yang disifatkan oleh beliau berunsur violence and extremism (keganasan dan berfahaman melampau).

Ditambah lagi dengan kenyataan beliau yang menggambarkan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi selaku seorang yang menyokong keganasan. Di antara ayat-ayat kurang manis dalam laporan tersebut ialah :

"Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism"

Saya kira Perdana Menteri itu sudah lupa langit ‘tinggi-rendah’ sewaktu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya khuatir, lawatannya ke Turki hanya untuk berguru dengan tokoh sekular Turki yang jasadnya berkubur di situ. Sudahlah beberapa minggu lepas, salah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia menulis menyerang saya dengan melabelkan Kamal Attarturk sebagai tokoh yang banyak berjasa kepada Islam. Hari ini Perdana Menteri pula menziarahi pusara Kamal Attarturk dan meletakkan kalungan bunga di situ, satu amalan yang telah difatwakan haram di Malaysia. Barangkali itulah Islam sederhana, ajaran baru UMNO.

Ingatlah, sesungguhnya tiada Islam sederhana, Islam melampau atau Islam kedai kopi. Semuanya Islam yang datang dari Rasulullah SAW. Setiap yang berbeza, itu bukannya Islam.

Pertama, saya ingin bertanya, atas neraca mana nama ganas itu mahu ditampal? Adakah setiap perbuatan menuntut hak setelah dinafikan itu ganas? Dalam Islam, neraca yang paling tepat ialah sunnah Rasulullah SAW dan bukan neraca Hillary Clinton. Baginda dan para sahabat telah berada di bumi tempat tumpah darah : Makkah al-Mukarramah selama 13 tahun, selama tempoh itulah umat Islam di Madinah dizalimi, dinafikan hak mereka bahkan pernah dipulau selama tiga tahun di Syi’ib Ali. Mereka tidak dibenarkan berjual beli dengan sesiapa, salam mereka tidak berjawab, sapaan/teguran mereka tidak berbalas. Mereka ditekan dengan pelbagai tekanan namun tidak sekalipun mereka melawan kerana belum mendapat keizinan daripada Allah SWT. Hanya di Madinah, barulah Allah SWT memerintahkan agar umat Islam berperang membela diri dan menjaga maruah. FirmanNya (Al-Quran Surah al-Taubah 9: 36):


Dan perangilah kaum musyrikin (yang memerangi kamu) itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya.


Di Madinah, umat Islam akhirnya dibenarkan melawan dan mengangkat pedang memerangi kezaliman ke atas mereka. Tiga belas tahun mereka bersabar di Mekah, namun kesabaran manusia ada hadnya. Jika binatang sekecil kucing pun boleh melawan jika ditindas, apatah lagi makhluk yang berakal seperti manusia? Adakah Rasulullah SAW dan para sahabat itu boleh disifatkan ganas?

Suka saya nyatakan, jika Rasulullah SAW itu disifatkan ganas, maka semua Muslim seharusnya bersedia untuk menjadi pengganas!

Hosni Mubarak telah menzalimi rakyat Mesir selama 30 tahun. Bila diadakan pilihan raya, dikatakan dia mendapat kemenangan hampir 99.99%. Adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini dianggap sebagai ganas? Janganlah pula membuat tuduhan bahawa Ikhawanul Muslimin yang terlibat, sedangkan apa yang jelas berlaku di Mesir ialah kebangkitan rakyat. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia mengetahui bahawa mereka yang terlibat dengan protes ini terdiri daripada segenap lapisan rakyat Mesir? Muslim, Kristian, kelas bawahan, menengah bahkan atasan sekalipun, hatta aktivis Google telah berdiri dalam satu barisan menuntut pengunduran Mubarak. Isunya ialah penyelewengan, penindasan dan kezaliman rejim Hosni Mubarak. Maka, jangan pula getahnya dipalitkan kepada Ikhwan!

Islam tidak mengajar untuk melakukan keganasan, tetapi Islam tidak membenarkan umatnya menghina diri dan merelakan perlakuan zalim ke atas diri mereka. Peliknya, ketika Hosni Mubarak menzalimi rakyatnya sendiri, mulut-mulut ini diam seribu bahasa, apabila rakyat Mesir bertindak menuntut hak, mereka pula dilabelkan sebagai ganas. Demikianlah juga ketika Iraq dan Afghanistan dihancurkan oleh Amerika Syarikat, mana perginya perkataan ganas itu? Begitu juga dengan tindakan PBB membelah bahagikan bumi Palestin demi kepentingan Israel, PBB dan Israel tidak dilabelkan ganas. Apabila rakyat Palestin bertindak walau pun hanya dengan melontar batu, mereka sudah dianggap ganas! Alangkah sengetnya neraca yang mereka gunakan.

Al-Qaradawi ialah ulama berjasa. Beliau pernah dipenjarakan ketika Perdana Menteri Malaysia hari ini belum lagi lahir ke dunia. Beliau telah mengarang puluhan kitab dalam pelbagai disiplin ilmu, pemikirannya dijadikan kajian oleh ratusan sarjana di seluruh dunia bahkan kerajaan Malaysia sendiri menobatnya sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H.

Istighfarlah banyak-banyak. Ingatlah kepada Allah SWT sebelum melabelkan ulama yang mulia dengan tuduhan seperti itu. Harapan saya Perdana Menteri sekarang tidak berguru dengan salah seorang bekas Perdana Menteri yang semakin mengarut kenyataannya. Saya simpati dengan bekas Perdana Menteri itu.

Semoga Allah SWT memberi hidayah dan keinsafan kepada mana-mana hamba-Nya yang dikehendaki-Nya.

http://www.blogtokguru.com/islam-sederhana-ajaran-baru-umno/

Friday, March 11, 2011

Pilihan raya tidak adil punca Hosni Mubarak ditolak. Lalu bagaimana pula dengan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir (IMAM)??

Faktor utama kejatuhan regim Hosni Mubarak di Mesir sebab rakyat menolak pilihanraya yang penuh dusta.

Setiap kali pilihanraya, pihak pemerintah sentiasa mendapat kemenangan luarbiasa sedangkan hak sebenar rakyat dalam proses itu dinafikan.

lalu bagaimana dengan IMAM? Meskipun dalam bentuk berbeza, keresahan anak-anak Melaka berkait perkara yang sama di negara mesir. Ini bukan perkara remeh.

Kami, anak-anak Melaka sedar dan cuba mengikuti dengan faham tuntutan yang ingin dibawa oleh IMAM. Tetapi banyak persoalan kami tidak dijawab. Suara kami tidak depedulikan. Kami mahu mereka yang terlibat dalam organisasi menjelaskan secara terang. Supaya kami tidak dipermainkan dengan pelbagai kesangsian dalam persatuan ini.

Kami boleh terima mana-mana persatuan. Kami boleh terima siapa yang mengetuai persatuan. Kami boleh terima siapa kalah, siapa menang. Tapi kami tidak mahu kompromi dalam organisasi yang berat sebelah. Tiada pemilihan dibuat. Tahu-tahu kami sudah mempunyai kepimpinan.

Jika perkara ini dibiarkan, kelak organisasi IMAM akan sentiasa dipegang oleh individu-individu yang berkepentingan sahaja. Suara anak-anak Melaka tidak akan dilayan.

Dari perkara paling asas, penubuhan IMAM atas kewujudan BKKIMM hingga kini terus menjadi persoalan. Sungguh kami tidak faham. Berapa banyak yang kami perlu sertai sebenarnya???

Penubuhan persatuan kebajikan IMAM ini sangat pelik dan aneh. Kerana kami diketuai oleh adik-adik yang baru tiba ke Mesir. bukan hendak mempertikaikan kemampuan mereka. Tapi kami anak-anak Melaka ini bagai satu keluarga. Punya senioriti dalam kepimpinan. Mana mungkin adik-adik tahun 1 lebih arif dengan kehidupan disini berbanding abang-abang tahun 4, 5 dan 6.

Malang dan mengejutkan, IMAM terus ditubuhkan walaupun tidak mendapat persetujuan anak-anak Melaka. Lebih mengelirukan BKKIMM pula ditolak keberadaanya.

Semua anak-anak Melaka harus menjadi ahli IMAM. Jika tidak, adakah kebajikan kami tidak akan dijaga?

Lebih teruk, semua pemegang TAPEIM diwajibkan menyertai persatuan ini. Kami pelajar perubatan tiada masa untuk menyertai pelabagai persatuan. Persatuan yang sedia ada sudah terlalu banyak dan tidak mampu kami ikuti. Apatah lagi persatuan rumah negeri yang berpusat di Cairo. Lagi susah untuk pelajar-pelajar cawangan untuk melibatkan diri didalamnya.

Disini saya simpulkan;

Kami mempertikaikan kenapa IMAM ditubuhkan sedangkan BKKIMM sudah ada. Berikan kami sebab kenapa kami perlu menolak BKKIMM yang telah lama membantu kebajikan kami lalu berpaling tadah kepada IMAM?

Kami juga memprtikaikan tentang pemilihan organisasi IMAM. Jika ini persatuan kami, maka tolong hargai suara kami.

Yang menuntut keadilan,

Kauthar Hassan.

Mansurah.

Monday, February 21, 2011

revolusi di balik awan

Umat islam kembali islam. Ia bangun kembali dari nyawa-nyawa ikan. Menyingkap kain tudung malu dan silau. Membuang baju kehinaan dan keaiban. Membelah batu. Menyandang senjata. Berjuang sambil menutup mata. Penduduknya berteriak” Allahu akbar”. “ kembalikan kepunyaan kami” . Kami tak mahu ditindas lagi.

Bukan mudah bagi manusia mencatat revolusi serata bangsayang sedang menjalani gerakan kebangkitan. Tapi kita disini hanya mencatat secebis kecil dari peristiwa. Semoga kita dapat memenuhi sedikit hak agama.

Dimana dia kebangkitan Malaysia? Sungguh, negara kita negara islam. Tetapi title itu hanya sekadar baju. Mereka tukar rupanya. Mereka paksakan keatasnya kepimpinan corak kroni dan bukan corak demokrasi.

Tiba-tiba pada satu masa lampau, Malaysia menjadi Negara islam pertama. Negara pertama dalam pertubuhan OIC. Kelakar dan pelik sekali.

Maka bangunlah Malaysia. Membuat keputusan. Kita islam. Begitulah sepatutnya dibawa oleg bangsa kita. Kita mahu semua bersama islam. Tapi kita tidak menafikan orang lain. Bahkan kita bekerjasama bersama mereka.

Kita mahu Negara yang berprinsip. Tapi bukan dengan pengertian melampau dan tidak dapat diterima.

Kita mahu rakyat Malaysia beragama. Tapi bukan dengan pengertian berpuak-puak yang dibenci.

Kita mahu pemimpin yang berjiwa rakyat. Bertitik tolak dari pintu rumah. Ke masjid. Ke jalan raya. Ke dewan parlimen.

Kita mahu kesegumpalan semua tenaga untuk memerangi kezaliman, keisraelan.

Kita mahu perjuangan itu kekal sebagai perjuangan. Bukan pertelagahan.

Kita mahu kebebasan bersuara yang adil. Bukannya ISA yang hanya menangkap individu yang mempunyai idea lain dari kerajaan.

Kita mahu jadi bangsa yang bermaruah, mulia dan merdeka. Dapat membantu umat islam lain.

Kita mahu tidak berputus asa. Tersumbat otak dengan wang ringgit.

Kita mahu memberontak sampai menang.

Keadilan dan demokrasi mesti ditegakkan demi untuk keamanan.

Dan kami sedar kemenangan itu hanya dari Allah.

Dari Tunisia ke Mesir ke Yaman ke Bahrain ke Algeria ke Libya ke Maghribi. Dari sini aku melihat, kelibat revolusi itu dibalik awan. Kapankan tiba di Malaysia?

Kauthar Hassan

Taman jati, batu berendam, Melaka.

Thursday, February 3, 2011

Kebebasan yang jauh

Gelombong Tunisia terbias ke Mesir. Setelah beratus tahun melihat kelemahan yang memeritkan, bara dalam hati kini berapi. Rakyat Mesir bangkit. Bagaimana kejatuhan Zainal Abidin berjaya, begitu juga kejatuhan Husni Mubarak diharapkan. Rakyat mesir buka mata. Sudah muak dengan kerajaan yang zalim. Kalau rakyat Tunisia boleh kenapa Mesir tidak. Walhal mesir adalah negara yang hebat. Tanahnya tercatat dalam alQuran. Islam menang menjatuhkan kezaliman. Firaun tersungkur di kaki nabi Musa. Tapi kini, mesir jatuh terpijak. Terbenam jauh ke dalam bumi. Hidup rakyat Mesir sengsara. Sengaja kerajaan membiarkan kesusahan rakyatnya. Supaya mereka tiada masa berfikir untuk menukar kerajaan. Supaya mereka tiada masa berpakat untuk menubuhkan jentera keadilan. Lalu Mesir terus dalam jahil. Yang zalim terus diatas. Yang susah terus dipijak. Yang kaya terus kaya. Yang miskin mati.

Sekarang, rakyat mesir terpana. Mata mereka merah. Semangat mereka bangkit. Mereka bangun membuka minda. Mereka keluar dari kepompong . Gegar mengalunkan keadilan. Mereka menerpa menuntut hak yang dirampas. . Bumi ini dulu penuh barakah. Bumi ini dulu tempat lahir manusia mulia. Tapi sekarang hina di mata dunia. Gara-gara kerajaan yang penuh dusta. Maka, pertahankanlah tanah airmu wahai pemuda Mesir. Kalau bukan kalian yang mempertahankan bumi kalian, lantas siapa lagi. Aku disini memberi doa..

Bodohlah siapa yang duduk di rumah. Konon akur dengan perintah berkurung kerajaan. Semua itu hanya propaganda. Sengaja mengugut rakyat supaya takut. Semua itu arahan bagi yang pengecut. Siapa yang keluar akan ditembak. Siapa yang keluar dianggap pemberontak. Kalian itu sudahlah ditindas. Kalau kalian turutkan lagi suara kerajaan, kalian akan terus ditanam. Jangan jadi bodoh. Hidup perlu berani. Hidup dalam hina lebih perit dari mati dijalanNYA.

Melihat kebangkitan ini. Terasa sedih pada diri sendiri. Fiziknya Malaysia sudah merdeka. Tapi benarkah ini merdeka yang hakiki? Hukum Islam jatuh pada kapitalisme,sebuah ideologi barat yang tersebar fahaman dan pengaruhnya ke seluruh dunia. Metodnya melalui penjajahan. Mereka mendominasi politik, ekonomi, sosail pendidikan, budaya malah juga undang-undang.Kita juga belum berdeka. Undang-undang kita bersumberkan barat. Kita terus dicengkam tanpa sedar. Semakin kita turuti, semakin kita menyebarluas fahaman ini. Penjajah telah lama pergi, tapi mereka masih bercokol dalam wajah yang berbeza. Lalu apa tindakan kita?

Masyarakat itu hanya merdeka bila mampu tunduk sepenuhnya pada seluruh perintah dan larangan Allah. Juga mampu melepaskan diri dari cengkaman sistem yang bertentangan dengan nilai2 tauhid. Serta mampu menegakkan syariat Islam. Itulah dia kemerdekaan yang hakiki. Terterap dalam hukum Islam secara total.


Jadi benarkah kita sudah merdeka?

Buka minda. Lihatlah reality yang ada di negara kita dalam setiap bidang. Nilai dengan jujur. Sudahkah kita merdeka menurut islam? Sudahkah semua sistem yang mengatur kehidupan di segala bidang tertegak atas prinsip tauhid? Bila belum,itulah tugas kita mencapai merdeka yang hakiki.

Dulu jalannya berbeza. Kita dijajah secara fizik. Tapi kini suasanya berbeza. Kita dibatas oleh ideology sekuler, hukum jahiliyah, ekonomi kapitalis, budaya barat dan segala jenis penataan yang tidak islamik. Selagi kita tidak merdeka, selagi itu kita tenggelam dalam lumpur kehinaan. Hilang izzul Islam dan ummatnya . Hilang umat yang baik dari dunia. Lalu kita ini telah merdeka dari apa?

Hidup ini satu misi. Misi kita adalah islam. Islam menyeru manusia kepada tauhid dan memerdekakan manusia dimana saja ia berada, dari pengaruh thagut.

“Allah adalah Pelindung orang-orang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah para thaghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya menuju kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (baqarah:257)

Bagi sahabatku yang menjadi saksi. Ambil iktibar. Kita disini bukan satu kebetulan. Kita disini atas kehendak Allah. Segala yang berlaku ada dalam percaturan-Nya. Kalian melihat kebangkitan ini. Tidak terketukkah pasak akalmu? Mungkin jalannya lain di tanah kita. Tetapi hakikatnya kita juga sama. Kita dicengkam undang-undang manusia yang takkan pernah mampu melawan undang-undang yang Esa. Jangan melihat kesenangan yang sementara. Hidup ini untuk ke syurga. Jika kita gagal, kita juga yang merana.

Fikir jauh keatas langit,

KAUTHAR BT HASSAN.

Tuesday, January 25, 2011

Saya melayu. Saya peduli tapi saya tidak setuju!

Membaca mengenai isu Ketuanan Melayu. Tiba-tiba saya keliru. Apa kaitan suprimesi melayu dengan Dasar Ekonom Baru? Seperti dua perkara yang bertentang. Tapi rakyat malaysia setuju.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk; mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi . (Wikipedia)

Apa itu Ketuanan Melayu?

Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Malaysia. Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang, disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perlembagaan Malaysia. (Wikipedia)

***

Persoalan: Adakah Ketuanan Melayu dan DEB adalah hal yang sama?


DEB memperjuangkan keseimbangan ekonomi dan perpaduan kaum. Ketuanan melayu memperjuangkan hak-hak melayu sebagai bangsa asal di Malaysia dengan memberi keistimewaan yang lebih kepadanya.

Persoalan2: Dua dasar tersebut bertentang antara satu sama lain. Tapi kenapa rakyat Malaysia boleh bersetuju dngan keduanya?

Kerana kerajaan sentiasa menggunakan retorik yang sama untuk menyokong Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Ini adalah contoh cemerlang fahaman doublethink Orwellian. Iaitu fahaman menerima atau bersetuju bahawa dua perkara itu adalah benar waluapun saling bertentangan. Tapi ia menimbulkan konflik dalam diri seseorang.

ketuanan politik Melayu hanya melambangkan hak dan warisan kedudukan orang Melayu dan sebagai satu jalan bagi pemimpin politik Melayu mengisi hak-hak orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

***

Walaupun jelas bertentang Ketuanan Melayu dan DEB, tapi tak perlu dipertikai sebab kedua-duanya adalah untuk membantu kemajuan ekonomi bangsa melayu . Siapa yang tidak akan bersetuju kalau membantu sesama warga Malaysia? Bukan sebab kita satu Malaysia. Tapi sebab islam itu adil. Siapa yang susah dibantu. Siapa yang senang membantu.

Apa yang jadi pertikaian adalah, perlukah menobatkan satu bangsa berbanding bangsa lain untuk membantu kemajuan bangsa?

Kalau satu bangsa telah didiskriminasi selama berkurun-kurun. Kemudian untuk mengelokkan semula keadaan, kerajaan mendiskriminasi pula bangsa lain. Boleh dapatkah penyelesaian? Tak logik dan tak masuk akal. Sepatutnya semua bangsa di Malaysia perlu diberi lapangan yang sama untuk berjaya.

Masih ingatkah apa itu Dasar Apartheid?

Dasar Apartheid adalah dasar terkutuk, penindasan diperingkat tertinggi dimana hak pribumi dinafikan secara keseluruhannya oleh pendatang, sebagaimana yang pernah berlaku di Afrika Selatan.

Rejim Apartheid adalah kelompok manusia yang tidak berperikemanusiaan, tidak berhati perut. Bangsa peribumi ditindas, dijadikan hamba abdi. Tenaga mereka dikerah keperingkat maksimum. Tapi sumber kekayaan negara dikaut oleh bangsa asing.


Sama juga di Afrika Selatan. Mereka tidak menyelesaikan masalah aparteid dengan cara membuat orang kulit hitam sebagai tuan. Tapi mereka meratakan lapangan bermain dan beri peluang yang sama pada semua bangsa. Hasilnya mereka punya bangsa yang bersatu.

Contoh lain, kita lihat masaalah diskriminasi yang pernah berlaku di Amerika. Bagaimana ia diselesaikan? Dengan cara jadikan orang kulit hitam sebagai bangsa utama amerikakah? Tidak! Penyelesaianya adalah dengan cara membantu memajukan orang kulit hitam. Bina persamaan sesama bangsa. Dana dilebihkan pada orang kulit hitam, terutamanya dari segi pendidikan. Akhirnya orang kulit hitam mampu bangkit malah president Amerika kini adalah orang kulit hitam. Kenapa kita perlu takut orang selain melayu memegang jawatan tertinggi negara? Saya lebih rela bertuankan orang cina islam berbanding orang melayu yang tak faham islam.

Jadi, solusi bagi diskrimansi takkan pernah selesai dengan diskriminasi. Kalau kita nak maju, maka kita usahalah lebih. Tak payah tunggu jadi tuan dulu baru boleh maju. Apa yang perlu sekarang ini adalah bantu bangsa yang perlu. Bukan mengunggulkan bangsa yang tunggul.
Martabat melayu takkan naik dengan hanya nama ketuanan melayu.Untuk apa ketuanan melayu kalau bukan hanya menyemarkkan api perkauman? Cukuplah, bukan bangsa Melayu yang perlu diperjuangkan, tapi agama Islam!

Tak perlu ada bangsa yang tuan kerana Islam itu lebih tuan.


Islam yang perlu dipertuankan. Hiduplah dalam perjuangan.

Ditulis oleh,

Kauthar Hassan.

Hendawi, Mansurah, Eg.

Monday, January 24, 2011

surat pelajar kepada najib

Assalamualaikum Dato’ Seri.


Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.
SUARA RAKYATWaktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.


Yang benar,
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini


http://blog.marhaen.info/index.php/laman-utama/1-artikelmarhaen/730-surat-pelajar-kepada-najib

Friday, January 14, 2011

seni kreatif terhebat

p/s: teks ini mempunyai daya penelitian dan kefahaman yang tinggi. Jika anda seorang yang berfikiran cetek dan tidak suka berfikir, sila abaikan.

Bayangkan anda dalam sebuah syarikat antarabangsa yang moden lagi besar. Jumlahnya ratusan ribu tinggit, indah serta mewah . Manusia berkualit tinggi saja yang bekerja di bawah organisasi ini.

Semua bekerja atas tujuan yang sama. Syarikat ini mempunyai beratus-ratus biji kilang, kemudahan pengeluaran yang sangat canggih, pusat pemerintahan yang hebat, pejabat cawangan yang sistemetik. Anak syarikat yang ramai lagi banyak diseluruh dunia.

Kemudian bayangkan satu cabang dari syarikat ini memberitahu ibu pejabat. Seorang pelanggan mengadu. Dengan segera, pejabat pengurusan pusat menghantar arahan kepada bahagian penyelidikan dan pembangunan untuk mengkaji aduan tersebut. Baik pulih dijalankan segera Produk yang lebih baik dihasilkan . Diiklankan di peringkat antarabangsa – diedar diserata dunia.

Saya cuba merungkai kehebatan syarikat besar lagi maju. Organisasinya tertata di setiap peringkat. Komunikasi disetiap bahagian terarah dan bersistem. Administrator, jurutera, pekerja, pengiklan, pemasaran, pekerja pejabat sehingga tukang sapu sampah semuanya bekerjasama terus-menerus antara satu sama lain. Kejayaan syarikat ini berkadar langsung pada kejayaan komunikasi. Jika gagal komunikasi, maka syarikat hancur.

Sekarang, cuba kalian bayangkan pula syarikat ke-2. Sebuah organisasi yang jauh lebih besar, jauh lebih mewah, jauh lebih canggih, jauh lebih hebat . Jumlah pekerja jauh lebih ramai. Pekerja2nya jauh lebih intelek. Hanya manusia-manusia terbijak di dunia sahaja bekerja disini. Dalam syarikat tersebut, ada berjuta-juta CCTV yang melihat setiap gerak geri pekerja. Setiap pekerja dibekalkan dengan telefon bimbit canggih bagi mudah berhubung antara satu sama lain. Kelajuan pengeluaran syarikat ini jauh lebih baik, lebih pantas dan lebih bersistem. . Produk yang dihasilkan jauh lebih berkualiti. Tiada cacat cela sedikit pun. Sistem komunkasi di syarikat ini dapat menghubungkan setiap individu walaupun mencecah jutaan. Dengan mudah dapat mengenal pasti lokasi di mana mereka berada di seluruh dunia.

Sekarang, cuba anda bayangkan pula, satu lagi syarikat yang ke-3. Berbillion-billion jauh lebih baik dari syarikat kedua tadi.

Tiba-tiba, datang seorang pemuda tampan mengganggu minda kalian.

Dia berkata: syarikat ni wujud secara kebetulan sahaja.

Kewujudan syarikat itu sudahlah sukar untuk dibayangkan. Mungkin juga tidak larat untuk difikirkan. Susah untuk akal menerima. Mana mungkin ada organisasi yang begitu tersusun sehingga tiada satu pun cacat didalam. Memang ia diluar kemampuan manusia untuk mencapainya, tapi sebenarnya, organisasi terbaik yang sukar untuk difikirkan itu memang WUJUD di dunia.

Organisasi apa? Dimana? Milik siapa?

Itulah dia, oraganisasi tubuh manusia. Yang terletak dalam setiap badan indivdu. Kepunyaan pencipta yang tiada tara. Allah yang maha hebat.

*****

Teks ini mempunyai dua tujuan:

Pertama, untuk menunjukkan bahawa teori Darwin yang mempercayai dunia ini tercipta secara kebetulan adalah salah dan tidak berasas.

Kedua, untuk membawa kalian berfikir sejenak tentang ciptaan Allah yang sangat hampir dengan kita.

*****

Kita sedang membaca artikel ini, tapi dalam badan kita berjuta-juta kegiatan sedang berlangsung di dalamnya.

Siapa yang menghitung keperluan cell di setiap bahagian tubuh?

Siapa yang mengarah apa fungsi setiap cell ?

Siapa yang menentu tindakan yang perlu diambil untuk memenuhi keperluan dari setiap cell?

Siapa yang menyampai maklumat pada setiap cell?

Berapakah jumlah darah yang ditapis oleh kidney?

Bagaimana hati mengawal metabolism badan?

Dalam badan kita terdapat satu system komunikasi antara kimia yang dikenali sebagai system hormone. System hormone inilah yang menjadi pelaras kepada berjuta-juta lemon cell dalam badan. Sistem hormon, berkerjasama dengan sistem saraf, memastikan penyelarasan cell dalam badan. System saraf boleh di analogikan seperti sistem mesej yang dihantar melalui internet. Manakala, system hormone dianalogikan kepada sistem surat yang dihantar melalui pos. Lebih lambat, tapi tugasnya sama. Maka kesan berlangsungnya juga lama. Lalu, siapa yang mengawal system hormon.

Ramai orang terasar bila ditanya siapa yang mengawal diri kita?

Jawapan umum, aku yang mengawal diriku. Mungkin benar dari secubit sudut. Contohnya, aku yang tentukan apa yang aku ingin cakap. Aku yang tentukan kemana kaki mahu melangkah. Aku yang tentukan apa yang aku mahu fikir. Aku yang tentukan kerja apa yang tanganku buat. Tapi, jauh dalam badan ada beribu-ribu opersi kimia dan fizik yang berlaku tanpa perlu atau kita mahu. Jadi, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab penuh atas diri kita?

Orang yang berkata, aku bertanggungjawab atas diriku, mereka orang yang keliru.

*****

System komunikasi dalam badan kita sangat sempurna. Mungkinkah kesempurnaan ini secara kebetulan?

Mungkinkah sebuah syarikat yang hebat terbentuk secara tiba-tiba?

Mungkinkah sebuah organism yang kompleks terbentuk secara tiba-tiba?

Seperti kata Darwin, hidup terbetuk secara spontan dan terjadi seara kebetulan dari material yang tidak bernyawa.

Namun, melalui kajian sekarang sudah diketahui umum bahawa, cell mempunyai rancangan yang sangat kompleks.

Komunikasi antara hormon dan sel dalam badan sahaja sudah cukup untuk menunjukkan ianya adalah system yang luar biasa.

Teori Darwin menjadikan kebetulan sebagai tuhan. Semua perkara dalam dunia boleh dijelaskan pada logic. Tapi, falsafah dasar Darwin sendiri sudah tidak logic. Mana logic perkara kompleks terbentuk secara kebetulan?

Dan apakah mereka tidak memerhatikan kerajaan langit dan dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ini yang akan mereka percaya? (al-a’raf : 185)

*****

Ramai orang percaya pada Allah, tapi tidak ramai yang berfikir tentang kehebatan Allah. Sepatutnya, kita perlu sentiasa memerhati tentang keunggulan ciptaan Allah kerana dengan itu kita dapat melihat kemuliaan, kekuatan dan keagungan Tuhan lalu menggerakkan hati untuk bertasbih kepada-Nya.

Apabila kalian menyemak kerumitan keajaiban ini, akal yang cerdas akan berfikir tentang asal-usul kejdian. Kalian membaca, otak kalian bekerja. Operasi yang beribu-ribu ini dikawal oleh hormone. Maka siapa yang mengawal hormone?

Pada titik ini, ada tugas penting yang menjadi incumbent pada seseorang iaitu berfikir.

Segala kejadian di langit dan di bumi ini adalah bukti kewujudan Tuhan. Berfikir adalah satu-satunya cara untuk melihat bukti tersebut.

Fikir tentang ciptaan allah menjadikan kita mernghargaai kekuasannya.Kita jadi dekat dengan allah. Al-Quran sudah jelaskan, keajaiban Allah itu dimana-mana. Dibumi, dilangit, dilaut, didarat, dimana-mana, semua milik Allah. Cuba kalian fikirkan, tentang satu perkara ciptaannya yang tidak ajaib? Bagi saya pensil tidak ajaib. Boleh dijelaskan. Kerana itu ciptaan manusia. Tapi bagaimana dengan pokok?

Dalam kejadian langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang dengan kecerdasan: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk dan berbaring di sisi mereka, dan mencerminkan tentang kejadian langit danbumi [berkata]: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka! .." (Al-Quran, 3: 190-191)

Kalian seorang pelajar perubatan. Kalian mampu memahami sistam badan. Kalian mempunyai akal yang cerdas. Tapi kalian kalian tidak tergerak hati untuk bertasbih. Kerana pemikiran kalian terhanti sebelum menjumpai asal usul system dalam badan. Kalian tersilau dengan kepayahan belajar. Maka kalian seorang yang berfikiran cetek dan lemah tahap pemikiran! Setiap sudut pandang biologi akan berakhir dengan kebuntuan jika tiada kesedaran ianya datang dari Allah.

Sedarlah bahawa, setiap system yang beroperasi dalam badan itu adalah demonstrasi kehebatan Allah. Berfikir tentang keajaiban dalam badan, renungkan bagaimana mereka terjadi.

Jika kalian seorang yang berfikir, kalian akan sedar kejuruteraan yang tidak adil berada dalam badan. Ia seakan dikawal oleh satu kuasa. Itu bukti kewujudan Allah. Sistem hormon itu adalah satu system integrasi yang terdiri dari sub-sistem. Satu bahagian tidak berfungsi, seluruh sistem akan gagal. Maka, sangat jelas, teori evolusi yang berkata sistem ini datang secara kebetulan seperti dongeng lawak jenaka.

Bentuklah antusias dari akal demi mencari Allah dalam hati . Hiduplah dalam perjuangan.

Ditulis oleh,

Kauthar bt Hassan,

Tahun 2 perubatan,

U Mansurah, EG.

kisah cinta sang raja

Bermulanya alkisah....

Mana hud-hud?

Tanya raja Sulaiman.

Tak lama kemudian, burung hud-hud tiba. Membawa bersama statement penting untuk semua jin, manusia dan haiwan.

Tadi aku nampak, ada seorang ratu menyembah matahari. Kaumnya turut menyembah matahari. Syaitan gembira dengan mereka. Mereka tersilau dengan kehebatan cahaya. Sehingga mereka tidak dapat petunjuk. Sedangkan Allah yang keluakan apa di bumi, apa di langit dan Allah lah yang tahu segala perkara sembunyi. Allah lah yang punya arash yang besar.

Aku nak bukti.

“ berkata sulaiman: akan kami lihat, apa kamu benar ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta. Pergilah membawa suratku ini. Jatuhkan pada mereka . berpalinglah pada mereka. Perhatikan apa yang mereka bicarakan” (an-naml: ayat 27-28)

***

Ratu balqis menawarkan material pada raja Sulaiman. Saja ingin menguji. Apa benar raja sulaiman itu nabi. Atau satu lagi raja biasa. Cuba untuk tunjuk hebat di depannya. Nah… hadapkan segala kemewahan ini pada sulaiman. Titah Balqis pada tenteranya. Tapi raja Sulaiman tolak. Dijemput pula Balqis ke negerinya dengan ancaman, Kalau ratumu tidak datang,aku akan hancurkan kerajaannya.

Balqis gerun jugak dengan ancaman. Berani-berani betul Sulaiman ni mengancam aku. Sebab tiada pilihan, Balqis datang juga. Diiring tujuh puluh komanden perang. Setiap komanden bawa seribu tentera parsi.

Ratu Balqis sangat indah. Pesona tiada tara. Tubuh elok molek menawan. Rupa paras cantik jelita. Jangankan manusia, Jin pun iri hati. Sampai ada yang cemuh “ eleh, badan pendek. Tinggi tak ideal. Betis macam unta” mencemuh kerana dengki . cantiknya ratu Balqis tiada bandingan.

***

Dalam masa yang sama, raja Sulaiman mengarahkan tenteranya mengangkat mahligai ratu Balqis. Sekelip mata, istana bertukar tempat. Berkat doa seorang alim. Istana dibaiki. Istana diperindah. Istana dihias. Lantai diganti dengan kaca. Perabut kayu dan logam diganti dengan logam mulia. Tampak mewah. Nyata mahal. Diluar istana ade kolam. Air mengalir jernih. Ikan-ikan kecil berenang comel.

Ratu saba’ pun tiba. Terkesima. Takjub dia melihat mahligai raja Sulaiman. Hatinya bagai dicengkan keraguan yang menusuk. Tak percaya dengan mata. Mahligai Sulaiman nampak macam istana Balqis. Tapi sangat indah tak macam istana Balqis. Penat dia berfikir. Apa sebenarnya di depan aku ini.

Masuklah dalam istana. Pelawa Sulaiman.

Balqis diam saja. Dia terpaku. Tergamam. Mungkin juga keliru.

“ serupa inikah istanamu?” tanya Sulaiman sebab faham tanda diam itu.

Balqis cuba menyorokkan keraguan dan kekagumannya. Cepat-cepat Balqis angkat kain untuk melangkah masuk. Disangka lantai itu air.

Sulaiman tersenyum. Dengan penuh arif Sulaiman berkata: tenanglah Balqis. Teruskan berjalan. Lantai itu kaca bukan air.

Balqis bertambah kagum. Letih dengan kagum. Akhirnya kagum sampai titik didih. Lalu Balqis tunduk pada kenabian Sulaiman. Akalnya yang jernih mengaku, benar sulaiman itu nabi. Benar Sulaiman raja yang adil. Yang punya pasukan dari manusia, jin dan haiwan. Benar Sulaiman raja yang hebat. Sebab tak mampu fikir, mana mungkin manusia punya kehebatan sebegini, Balqis akur. Allahlah pemilik Sulaiman. Allah yang berkuasa atas segalanya.

Depan Sulaiman, Balqis tunduk. Meluahkan segala isi hati. Jujur dan hina balqis berkata “ sungguh, aku telah menzalmi diriku. Sekarang aku berserah diri bersama Sulaiman pada Allah, tuhan semesta alam. Tulus balqis menuturkan keislamannya. Lalu Sulaiman juga menyunting Balqis sebagai permaisuri hatinya.

The end ……=)